Friday, June 19, 2009

hari yang penuh makna...

00:46, Sabtu
Bismillah...

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu akbar...

Detik 5.40 petang
Jumaat (26 Jamadil akhir 1430)
19 June 2009

(Tersimpan suatu cerita.)

Pagi ini, bangunku dikejutkan dengan berita maut..pertengahan pagiku, dikejutkan dgn satu lagi berita yang sama..namun tak terhenti di situ..detik 5.4o ptg tadi paling memberi kesan pada diriku. selama lbh kurang 20 tahun aku hidup di dunia ini, inilah kali pertama aku mengalaminya.itulah sebuah kesedihan atas kehilangan, namun disulam lafaz Alhamdulillah atas rahmat di sebaliknya..Tuhan, Kau Maha Tahu...

Pagi, sekitar jam 9 lebih dan seterusnya..

Sudah menjadi rutin harian ibuku dan ibu2 saudaraku serta saudara mara yang lain, secara bergilir2 dan ikut kelapangan masing2, untuk memandikan atukku yang sudah dlm lbh kurang 2/3 bulan terlantar sakit (sakit tua). Aku yang jarang berada di rumah atas tuntutan belajar, hanya sesekali dapat mencurah bakti yg hanya sedikit, amat sedikit. sejak cuti ni lah aku mndpt peluang serba sdikit menjaganya...dan hari ini, kuturut serta dlm tugas memandikan atuk, yg kami panggil tokche'..emm..ibuku dan mak sedara yg dipanggil su ckp "tokche' nmapak lain hari ni..nampak letih sgt je.."dan aku pun perasan, nampak lemah. selesai mewudhu'kan tokche' maka selesailah urusan memandikannya...wangi..=)

emm..hari ni tokche' memang nampak lain...biasanya bila ditanya nak air tak, tok che' akan angguk, tanda mahu. tapi tidak hari ini. tokche' tak mahu minum..cuma sekali je tadi bile cuba disuap, sgt seksa tokche' nak telan..tak larat agaknye..

tokche' lelah..nafasnya sgt perlahan..dapat bukak mata sket,kecik je..tangan kanannya sentiasa mencari tgn sesape yg duk sebelah, untuk dipegang..matanya beralih dari seorang ke seorang yg ade kat sekelilingnya, n ditenung mata orang tu...

jiran2 dan anak2 tokche' balik, setelah dihubungi..bacaan al-Quran dan surah Yaasin memenuhi ruang rumah tokche'..kepalanya disapu air bacaan yaasin,sekali sekala..kaliamah toyyibah dibisik di telinga tokche' tiga kali setiap ketika, berselang2.Alhamdulillah, dgn susah payah, dapat juga disebut kalimah toyyibah itu..Allah jua yang permudah, InsyaAllah..

Menjelang petang, sesudah asar, tokche' nampak macam lelah lagi..ibu jari kakinya mulai sejuk..kemudian diikuti dgn seluruh kakinya..betisnya..sampaila ke atas..nafasnya hanya di bahagian perut ke atas..perlahan..tangannya mulai sejuk..mukanya mulai sedikit pucat..matanya sekejap buka, sekejap tutup,lemah...direnung lagi setiap mata anak2,sedara mara n cucu2nya...

bapa saudaraku,anak bongsu yang juga anak lelaki tunggal sebelah ibuku, setia disebelah kepala tokche', diajar mengucap dan menyebut Allah...nafas tokche' semakin perlahan, sehinggalah...tiba suatu detik yg sgt mengharukan..nafas tokche' berakhir di situ..detik 5.40 petang, jumaat. Innalillahi wainna ilaihi rooji'uun...Perginya tokche' menyahut seruan Yang Maha Agung...

Alhamdulillah, pengurusan jenazah tokche' berjalan lancar..tokche' selamat dikebumikan selepas Isya'..terima kasih tidak terhingga buat semua yang terlibat..Alhamdulillah, anak cucu sedara mara tokche' jugak yang uruskan..dengan bantuan jiran2..

tiada muslimat yang mengiringi jenazah ke kubur..namun hatiku agak terasa nak pegi..nak tgk pengkebumian buat pertama kali..tiba2 adikku menelefon, minta dihanatar tikar ke tanah perkuburan..alhamdulillah, aku dan sepupuku berpeluang pergi, dengan niat nak tengok cara pengkebumian..sambil2 anta tikar..kulihat turut mengiring jenazah adalah abang kpd kawan karibku waktu sekolah rendah (shidah).terima kasih semua.

seumur hidupku, 20 tahun ini, inilah kali pertama aku menyaksikan ambang maut..Subhanallah,kukira agak jelas tanda2 nya..Alhamdulillah, pemergian tokche' tidaklah terlalu menyiksakan, (namun hanya Allah yang tahu sakitnya sakarat itu)..Mudah2mudahan tokche' pergi dgn mudah, dengan izinNya...

mengimbau kembali apa yang berlaku pada hari ini, cukup menginsafkan diri yang kerdil ini..panggilan maut daripada Ilahi memang tidak mengenal waktu dan sesiapa..ya, Ajal maut itu di tanganNya..semalam, satu kematian. Hari ini, lagi 3..Allahummaghfirlahum, warhamhum wa'aafihim, wa'fu 'anhum..

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 atukku, rahmatilah ia dan sejahterkanlah ia..tempatkanlah rohnya bersama hamba2mu yang mati di jalanMu, yang beriman dan yang beramal soleh..

Ya Allah, semoga pemergian ini memberi tarbiyyah yang berpanjangan buat yang masih hidup..

amin, ya Rabbal 'alamin..



Lagi Peringatan daripadaNya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Jumaat, penghulu segala hari...

Pagi2 lagi aku diberitakan dengan maut..bukan satu, tapi dua..Berita maut semalam masih lagi bermain di minda, dan kedatangan 2 lagi berita hari ini seolah2 satu lagi ketukan kesedaran dan keinsafan daripada yang Maha Agung lagi Besar..Pemergian 2 insan seaqidah, moga dapat menjadi tarbiyyah buat yang masih bernyawa..

SEBUAH KEHIDUPAN ADALAH SATU KEMBARA....TIDAK LENGKAP TANPA SEBUAH KEMATIAN...

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya...

Itulah sebuah kehidupan, dimulakan dengan perjalanan roh ke alam rahim, kemudian dunia...Dunia yang merupakan suatu persinggahan sementara sebelum berangkat ke alam barzakh, melalui satu kematian..tidak terhenti di situ, amalan kita akan diperhitung untuk penentuan sebuah kehidupan Akhirat yang abadi...Subhanallah, sungguh cantik susunan Maha Pencipta..Semoga kita sentiasa disuluh hidayah Allah dan tidak alpa dalam dunia yang hanya sementara..Hidup dalam dunia yang penuh perhiasan, memerlukan bekal iman dan taqwa. Moga2 bekal ilmu yang kita cari makin mendekatkan diri kita padaNya, tambah iman, tambah taqwa,InsyAAllah..

"Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa'aafihim, wa'fu'anhum..amin ya Allah..."

~Salam 'alayk~

Thursday, June 18, 2009

Info...=)

actuali, i have another blog..kat frenster..yg tu dah lame wujud..kalu2 nak jenguk, bleh la..

http://20011989.blog.friendster.com

Maha Suci Allah...comeylnyee si dia...

Bismillah…

Subhanallah..maha suci Allah yang menciptakan segalanya..

at this moment, i’m truly amazed with the great creator of God…hati mana tak terusik bila mendengar kalimah2 suci keluar dari mulut si kecil..di ruang tamu rumah, seorang si kecil tgh leka main basikal..sambil2 tu tv juga terpasang..tak taulah cite ape..mcm crte agak mengarot sket kot..maybe cte seram..just dengar tanpa aku lihat..

tibe2, telingaku tertarik oleh sst..”la ilahaillallah..la ilaha illallah..eeii..tkotnye..la ilaha illallah..” itulah yg kudengar…then, kulihat seorang si kecil yg tgh leka bermain basikal tadi terhenti, sambil mulut terkumat-kamit menyebut kalimah toyyibah itu..

apa yg buat kuteruja adalah dia mampu mengingat Tuhan di kala hati terusik dgn sedikit ketakutan…mgkin si kecil itu takut bile melihat sst yg seram kat tv (sst yg nrmal).namun dia mamp menyalurkan ketakutan itu dgn zikrullah…alhamdulillah..berkat didikan orang tua, dan suluhan hidayah Allah..sejak kecil lg, si dia yang comeyl mempunyai lidah yg amat ringan untuk menyebut namaNya..em..mgkin ASTRO lebih kepada hiburan yg melalaikan..tapi apa yg bleh dikatakan agak bagus ngn astro ni adlh channel 106, OASIS.. setiap sbl n (slps) waktu solat, biasanya ade alunan zikir oleh ustaz MUnif, Akhil Hayy, n ustaz2 lain di’udarakan’(betul ke ttbhsa ni?huhu). seingatku, si kecil sorang ni memang suke channel oasis dr dulu lg..n hasilnye serba se’banyak’ dapat menerapkan alunan zikir2 lazim dlm minda n hati dia..alhamdulillah..

mase mandikan dia pun..kukira dia sudah habis bersih kumandikan..tibe2..dia ckp..”tggu dulu, adik nk amek air smyg dlu nih..”dgn bhsenye yg comeyl tu.. then mula lah dia mengangkat hadas.klaka gak, dimulakan dgn kaki dulu lah..belum tertb lagi..tp kuyakin dgn asuhan yg lebih, dapatla tertibnya nanti tu..=)

sekali2 tgk ksian gak kat dia, takde kwn sebaya nak temankan hari2nyee..then kdh kulihat dia pun keboringan..ape dia buat??diambilnya telefon bimbit, then dia buat2 tkan no..pastu mulala dia sembang..”ello..ibuu..ibu kat mane? ibu amek jim deh??ok ibu…misshhh you..luv u..bababababai…asyalamualaikum..babababaiii.”hehe..kesiannn..terlebih boring agaknye dia, smpi rase nak balik umah dia yg slalu bising2 ngn abang2nye…huh!!mcm2..

adeh,,tu si kecik tu tgh bising2 tnye ape ntah kat ma..kadang ye nih nakal smpai kesabaran hati yg disalut iman yg amat tipis ni teruji..Astaghfirullah..bile diuji mcm ni, baru lah diri ni sedar yg diriku belum mantap kesabaran dan ketahanan dr perasaan marah..moga dpt perbaiki dr dari hari ke hari..amin…

……………kesimpulannya..maha Suci Allah yg menciptakan manusia yang penuh keunikan..fitrahnya seorang bayi itu lahir suci bersih..hatinya penuh jujur..n wajahnya comeyl untuk ditatap..sesungguhnya di sebalik setiap ciptaanNya itu terselit berjuta-juta hikmah dan tanda2 kebesaranNya..Allahu akbar!!!!!!

Tarbiyyah dari Pencipta..

Innalillahiwainna ilaihi roojiuun..sekalung doa dan alfatihah buat saudaraku..

Alhamdulillah, pagi hari ini aku diberi peringatan olehNya, terima kasih ya Allah..sahabatku dari Mesir menghidupkan kembali berita tentang kepulangan sahabat kita, saudara ‘Ammar bin Zulkifli, pelajar Medic Mesir. “Walaupun sy tak pernah bercakap dgnnya, namun terasa kehilangan insan sepertinya..”begitulah lebih kurang komen sahabatku, Fakhriah. digambarkan arwah ‘Ammar seorang anak yg sangat baik dan soleh. Jiwa muda yang sentiasa membara dgn usaha2 dakwah di samping menjalankan tuntutan berjihad dalam bidang akademik. namun, pada usia semuda 21 tahun, Arwah pergi menyahut seruanNya..Shbtku yg berada di Jordan juga turut merasa kesedihan atas pemergian saudara ‘Amar,sekalipun dirinya memang tidak dikenali oleh shbtku. Subhanallah! itulah ukhuwwah kerana Allah, jalinan yang tersedia atas aqidah yang sama..meneroka link blog arwah dan rakan2 yang terlibat, aku sungguh terharu.terutamam apabila membaca entry yg dipost oleh ummu ammar, ibu arwah. terbayang ketabahan hati seorang ibu yang terpaksa merelakan pemergian seorang anak soleh yang dianggap sebutir permata berharga dalam keluarganya. Pada pengamatanku, Arwah seorang anak yang disenangi oleh orang2 di sekelilingnya..Semoga Allah menempatkan roh ‘Ammar bersama para syuhada’ dan solehin..amin..


“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat…melihat dunia dari jendela akhirat.” (dipetik dari ‘Ammar)

di sini ade link ke blog ‘Ammar:

kalam-puncak.blogspot

http://kalam-puncak.blogspot.com/2009/06/ummu-allahyarham-ammar-berbicara.html

amadanaksoleh.blogspot (kwn Ammar)

**mgkin tempias kesolehan arwah bleh membantu kita memperbaiki diri..insyaAllah..

Al-Fatihah….


sekali lagi, lebih kurang jam 11 lebih pagi ini, aku dikejutkan dgn satu lagi berita kematian..saudaraku (dua pupu) meninggal, accident. Apa yang membuatkan kami terkilan adalah, malam ini sepatutnya menjadi majlis penuh kenangan buat arwah kerana akan dilangsungkan majlis akad nikah..namun takdir dan perancangan Allah menukar segalanya..semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg soleh..amin..

…………..begitulah sedikit perkongsian..ujian itu satu tarbiyyah daripada Allah. tarbiyyah yang mampu menjentik hati yg kadang leka dan terlupa tentang maut. semoga kesedaran ini sentiasa mekar dalam hati kita..insyAAllah….

“kullu nafsin zaaiqotul maut”

(setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai maut/mati)

Bermulanya di sini...


Bismillahirrahmanirrahim..

18 June 2009, 17:49.

Kumulakan langkahku pada detik ini..Alhamdulillah, harapan agar blog ini mampu memberi kepuasan dan manfaat pada diri sendiri dan pembaca budiman, InsyaAllah. Lahirnya blog ini juga bersama impian agar diri yang lemah ini dapat diperbaiki dengan adanya teguran membina dan perkongsian ilmu daripada sahabat sekalian.

Kembara sufi, suatu kembara yang tiada penghujungnya, selagi amanah; nyawa masih bersemadi dalam jasad ini, insyaAllah..Moga kembara yang ditempuh menjadi suatu kembara penuh makna, kembara penyucian jiwa yang membawa diri lebih dekat kepada-Nya..amin..

Salam ta'aruf, salam ukhuwwah, salam mahabbah fillah..
~faizatul ema