Saturday, November 26, 2011

Ibrah dari mata yang melihat...



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Salam 1 Muharam 1433H.
Semoga Allah ampunkan dosa2 yg lalu.
Semoga kita menjadi hamba yang lebih takut dan cinta pada Allah.
Ameen3x.

Ibrah. Pengajaran.

Alam & segala yang ada di dalamnya adalah pengajaran.
Manusia-manusia yang berada bersama kita adalah pengajaran.

Terpegun , kagum. Melihat anak kecil berumur 2 tahun, ikut bersolat di sebelah umminya.
Tidak kekok walau sedikit. Terpnacar jelas kebiasaan dalam setiap 'aksi'nya ruku'. sujud, qiyam. MasyaAllah. Walaupun rukunnya belum tertib, namun hati mana tidak sejuk melihat anak sekecil itu sudah 'pandai' dan turut mendirikan solat.

Terfikir.
Bagaimana boleh 'lahir' anak seperti itu?

Mungkin dengan bi'ah/suasana.
Mungkin juga didikan / suruhan.

'Meungkin' yang pertama lebih kuat rasanya.
Rutin/Amalan/Kewajipan yang setiap hari dilihat.
Bukan sekali dua, malah 5 kali sehari. Maka tidak mustahillah anak sekecil itu sudah faham bila solat, tidak boleh bercakap atau bergurau- hanya fokus melakukan pergerakan2 tertentu...

MasyaAllah.
Alhamdulillah.

"Wa ashlihli fi dzurriyyati..."

p/s: Gambar hiasan.


Wednesday, November 9, 2011

...Refleksi

Bismillah
Salam 'alayk

Refleksi hari ini:

~ Perlu melihat sesuatu lebih dari satu pandangan sahaja

~ Explore sesuatu yang baru untuk belajar sesuatu yang baru -cuba, wahai diri..

~ Kadang kita tidak 'nampak' kenapa kita perlu belajar sesuatu, namun bukan bermakna apa yg kita belajar itu sesuatu yang sia-sia. Menuntut ilmu saja sudah dapat pahala, melawannafsu
malas pun suatu jihad *susah ohh*, usaha untuk buat, juga dikira insya-Allah.

~ Sampai masa, Allah 'tunjuk' kat mana 'hikmah'nya sesuatu yang kita tidak 'nampak' sebelum ini..

~ Bersyukur dengan apa yang Allah bagi, positif dengan Allah . . Dasari kepercayaan kepada
dengan IMAN ( bertunjangkan tawakkal kepada yang Maha Hebat )

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

p/s: Saat lelah, hanya Allah tempat bergantung. Bagaimana pula saat kita tidak lelah?

Monday, November 7, 2011

Eidul Adha 1432 @ Canterbury

Salam 'alayk

Alhamdulillah, telah sampai bulan terakhir dalam kalendar Hijri . Suatu tanda tahun BARU bakal tiba tidak lama lagi, insyaAllah .

Selesai sambutan eidul adha bersama sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Allah England. Sederhana tetapi cukup meriah. Moga ada berkat dan kasih sayang yang Allah limpahkan di sebalik pertemuan/gathering. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita hari ini.

Refleksi diri sepanjang hari ini dan ketika berada di Masjid / Markaz di Uni of Kent usai Solat Sunat Eidul Adha dan Khutbah raya yang disampaikan oleh seorang Ustaz dari Palstine...

~Untuk lahir sebagai Muslim, adalah suatu bonus untuk kita. Untuk hidup sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqeen, adalah suatu harta yang paling bernilai. Bersyukur lahir sebagai muslin dan insyaAllah sama-sama cuba menjadi muslim, mukmin dan muttaqeen. Manusia yang hanya TAKUT pada Allah..

~Pertama kali bertemu orang yang tidak percaya pada mana-mana agama hanya kerana 'tidak mampu' untuk 'membeli' Tuhan.. (katanya) Allahu akbar. May Allah guide him..

~Indahnya Islam, tidak mengira warna kulit dan budaya, 'ubudiyyah / kehambaan kita hanya pada Tuhan yang Satu; Allah...

~Bersangka baik itu perlu, walau kadang terlalu 'tidak sedap' sesuatu itu di hadapan mata kita..

~Indahnya Islam, kerana sebab Islam, kita 'punyai' TAWAKKAL kepada Allah.. (lebih kurang, kata seorang sister)

Alhamdulillah, atas segala nikmatNya.
Moga Allah rahmati antum/all of you, insyaAllah.

nfe