Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Peliharalah kesucian CINTA



Bismillah,


Peringatan yang cukup menyentuh hati oleh seorang kakak yang kuhormati,

Pesan beliau:



1. Dalam perhubungan / pertunangan, jangan sampai ia menjauhkan kita dari Allah. Menyekat hubungan kita dengan Allah.



2. Apa-apa pun, yang utama dan paling utama adalah munajat dan pergantungan kita pada Allah. Kita tak akan tahu apa nasib kita, apa taqdir yang tersedia untuk kita. Jika betul Allah sediakan si dia untuk kita, akan sampai masanya nanti yang Allah akan ketemukan dan satukan kita dan si dia.



3. Orang yang beriman, Allah akan uji dengan musibah untuk dapat sesuatu yang indah dan nikmat. Bukan senang-senang Allah nak bagi suatu kesenangan buat orang yang beriman.



4. Orang yang beriman juga, Allah akan hadirkan suatu rasa dalam hati bilamana dia berbuat sesuatu yang maksiat dan salah dari ajaranNya. bersyukurlah jika masih ada rasa seperti itu, dan kembalilah pada Allah.



5. Taqdir sudah tersedia, tinggal saja untuk kita mendekatkan diri pada Allah, mohon kekuatan daripada Allah, mohon pertolongan daripada Allah, mohon petunjuk daripada Allah, di samping kita berusaha. Jagalah diri, jagalah istiqomah.



6. Istiqomah itu lebih baik dari karamah. Jika karamah itu susah untuk kita dapat, istiqomah lebih susah daripada itu. Sebab itu, ganjaran Allah sangat besar bagi orang yang istiqomah.



Semoga bermanfaat. Semoga terus menjadi pegangan diri dan peringatan buat diri. Moga Allah membalas dengan kebaikan dunia akhirat buatmu ukhti. :)

Semoga Allah beri kekuatan buat semua. Allah menguji untuk menguatkan kita, kerana Allah sayangkan kita. :')


Memetik kata-kata seorang ukhti fillah:


"Pelihara kesucian cinta, agar Allah swt mengurniakan kita cinta insan yang menyintaiNya..dan kita saling menyintai keranaNya.." (UmmuUmarAlFateh)

p/s: Maaf buat yang tidak suka artikel tentang cinta. Saya secara peribadi memandang positif dengan artikel cinta yang kian banyak di internet, kerana isunya juga tidak kurang dekat dengan suasana hari ini. Semoga menjadi peringatan buat diri sendiri dan semua. InsyaAllah.



Saturday, November 26, 2011

Ibrah dari mata yang melihat...



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Salam 1 Muharam 1433H.
Semoga Allah ampunkan dosa2 yg lalu.
Semoga kita menjadi hamba yang lebih takut dan cinta pada Allah.
Ameen3x.

Ibrah. Pengajaran.

Alam & segala yang ada di dalamnya adalah pengajaran.
Manusia-manusia yang berada bersama kita adalah pengajaran.

Terpegun , kagum. Melihat anak kecil berumur 2 tahun, ikut bersolat di sebelah umminya.
Tidak kekok walau sedikit. Terpnacar jelas kebiasaan dalam setiap 'aksi'nya ruku'. sujud, qiyam. MasyaAllah. Walaupun rukunnya belum tertib, namun hati mana tidak sejuk melihat anak sekecil itu sudah 'pandai' dan turut mendirikan solat.

Terfikir.
Bagaimana boleh 'lahir' anak seperti itu?

Mungkin dengan bi'ah/suasana.
Mungkin juga didikan / suruhan.

'Meungkin' yang pertama lebih kuat rasanya.
Rutin/Amalan/Kewajipan yang setiap hari dilihat.
Bukan sekali dua, malah 5 kali sehari. Maka tidak mustahillah anak sekecil itu sudah faham bila solat, tidak boleh bercakap atau bergurau- hanya fokus melakukan pergerakan2 tertentu...

MasyaAllah.
Alhamdulillah.

"Wa ashlihli fi dzurriyyati..."

p/s: Gambar hiasan.


Monday, October 31, 2011

PaTiEnCe



PATIENCE is not about how long one can wait, but how well one behaves while waiting...

~VERY TRUE!~

-Happy Muslim Husband and Wife-









Wednesday, December 8, 2010

Teman Hidup Ketika Belajar

Petikan: Artikel IluVislam

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.

Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.

Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.

Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.

Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

"Dari Allah, Kepada Allah"

Penulis: Shauqah Mujahidah

Editor: Azzahra


p/s: Moga bermanfaat untuk semua. Sekadar berkongsi...

Alam Rumahtangga



Petikan dari: Artikel IluvIslam

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi".

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang institusi perkahwinan.

Hal ini sudah semestinya mempunyai perkaitan rapat dengan istilah kekeluargaan.

Deskripsi perkahwinan secara umumnya adalah berkenaan penyatuan antara dua jiwa dalam meneruskan kehidupan yang berperanan untuk melahirkan pewaris di masa hadapan.

Dewasa ini, sering kedengaran tentang isu keruntuhan rumahtangga sama ada ia melibatkan golongan dikenali (public figure) mahupun di kalangan masyarakat setempat di sekeliling kita.

Perkataan 'kahwin' merujuk kepada ikatan atau pertalian keluarga yang dijalinkan melalui upacara tertentu dengan melibatkan dua pihak keluarga.

Namun pemahaman tentang institusi kekeluargaan itu sendiri tidak diambil berat menyebabkan pertelingkahan sehingga terputusnya jalinan atau pertalian keluarga.

Pelbagai ragam dapat kita lihat.

Secara umumnya perkahwinan bermakna pasangan suami dan isteri yang tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung dan bersedia untuk berkongsi segala suka-duka yang bakal ditempuhi dalam meneruskan kehidupan.

Namun yang demikian, ada juga pasangan yang sudah berkahwin itu tidak dapat bersama atas masalah-masalah tertentu.

Perihal perkahwinan ini sebenarnya menuntut kita untuk mendalami serta memahami tentang kesungguhan dan kesediaan dalam membina sebuah institusi kekeluargaan.

Pengetahuan dari segi agama dan kemasyarakatan adalah amat penting sebelum sesebuah institusi perkahwinan itu dapat diteruskan dengan berkesan.

Persediaan dari segi rohaniah dan lahiriah adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan sebelum seseorang individu itu memulakan institusi keluarga.

Persediaan rohaniah bermaksud pengetahuan tentang hukum-hakam dalam rumahtangga.

Seharusnya setiap individu itu perlu mengetahui dan memahami segenap perkara yang dituntut dan yang ditegah bagi memastikan institusi perkahwinan yang dibina itu terus teguh.

Jika pegangan agama itu kuat, insya-Allah institusi perkahwinan juga akan lebih utuh dan secara tidak langsung mentaliti tentang istilah sebenar dalam membina institusi perkahwinan juga akan lebih difahami.

Berbicara tentang kesediaan dari aspek lahiriah, kecergasan fizikal adalah perkara yang perlu diutamakan.

Kecergasan dari segi fizikal secara umumnya dapat menjamin dari segi kewangan.

Dalam institusi perkahwinan, isu berkaitan kewangan juga adalah suatu perkara yang menjadi faktor dalam aspek pengukuhan.

Dengan kewangan yang kukuh sesebuah institusi kekeluargaan yang dibina itu juga bakal menemui kebahagiaan.

Namun harus diingat, dalam memenuhi tuntutan ini, kita harus peka akan sumber pencarian kita itu diperoleh dari sumber yang benar dan halal.

Jangan terlalu leka dalam pencarian duniawi sehingga melupai hal-hal yang membawa keberkatan.

Mari kita renungi bersama.

Dalam membina sesebuah institusi keluarga yang diredhai, kita harus sedar bahawa kita sebenarnya menjalankan serta menunaikan satu kewajipan berupa amanah daripada Yang Maha Esa.

Pembentukan sesebuah institusi keluarga itu akan terus berkesinambungan dari generasi ke generasi.

Pendidikan tentang membina keluarga yang bahagia harus ditekankan dalam diri anak-anak yang bakal mewarisi perjalan kehidupan ini.

Di sini dapat kita lihat bahawa peranan ibubapa itu amat penting dalam mendidik zuriat kurniaan Ilahi agar mementingkan keutuhan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Sekian.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah S.W.T. telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah S.W.T. dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya..." - Surah An-Nisa' ayat 34

Syurga bagi isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami.

"Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Bermakna".

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Penulis: Isyrak

Editor: Rosniza Abdullah


p/s: Kerja cepat dan mudah untuk share: Copy Paste..he..Dengan izin ya, IluVISlam :)

"Bersama-sama ke arah baitul muslim dan baituddakwah InshaAllah"