Thursday, January 27, 2011

Inilah sebahagian dari hidup

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam 'alayk..

Kumulakan dengan menyebut nama-Mu dan memuji-Mu wahai Tuhan, Pemilik segala-galanya, dan Penguasa atas segala-galanya..

Engkau yang telah menjadikan diriku
Aku hambaMu berada digengamanMu
Ku berlindung dari kejahatan
Yang telah ku lakukan
Hanyamu tuhan pengampun segala dosa

Kau Maha Pengasih...

Ya Allah bagaimana ku ingin ku mengadu padamu, Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari Mu, Bagaimana ingin jelaskan segala urusanku,Sedangkan segala-galanya dariMu..

Hari berganti hari, masa yang berlalu tetap pergi, dan mengukir segala macam kenangan dalam lukisan hidupku. Kini usiaku mencecah 22 tahun, telah banyak yang Dia telah perlihatkan kepadaku, tentang apa yang ada di hadapan mataku. Nikmat yang Dia kurniakan terlalu banyak, sehingga kadang ku terlepas pandang, lupa untuk melafazkan syukur, memahatkan hamdalah di hati, jua menambah amal ku yang sedikit cuma tanda terima kasih padaNya. Namun , di balik nikmatNya yang tidak terhitung, kadang Dia menguji diri hamba yang amat mudah mengikut arus yang membawa ke lembah kelalaian dan kealpaan. Aku akui, aku insan biasa, yang mustahil terlepas dari sebarang khilaf. Bunyinya agak 'cliche', namun itulah hakikat yang ingin hati ini ungkapkan. Aku mahu ditegur, aku mahu dengar nasihat. Namun aku tidak mengharapkan tohmahan mahupun cacian, kerana aku insan lemah, yang punya hati sebagaimana kamu juga punya hati.

Alangkah baiknya, andai yang berkata-kata juga memandang diri sendiri. Anggaplah kamu berbicara di hadapan sebuah cermin, yang mana setiap bait nasihat mahupun teguran yang keluar dari mulutmu itu juga ditujukan buat pemilik lisan yang sedang menyusun kata. Islah, seiring muhasabah..

Alangkah baiknya jika niat kita menegur itu adalah atas dasar sayangnya kita kepada yang ditegur, bukanlah kerana perasaan mahu menang, mahupun perasaan mahu lihat yang ditegur itu jatuh tersungkur seolah-olah sedang kalah dalam satu perlawanan..


Masuklah ke dalam sepatu yang sedang ku pakai, kau akan rasai betapa selesa mahupun tidak selesa sepatu itu..

Aku manusia. Aku perlukan manusia. Namun yang paling penting, aku perlukan Dia yang Menciptakan aku.

Sahabat yang benar-benar sahabat menghulurkan tangan, membantu aku bangkit semula..
Bagai insan yang sedang menahan dahaga dihulurkan air yang cukup menyejukkan..

Al-Maidah :54 menjadi hadiah yang tidak ternilai harganya..Alhamdulillah..

Apa-apa pun, aku mempercayai bahawa, setiap yang berlaku, sudah pasti ada hikmahnya , pasti.







Tuesday, January 4, 2011

PUISI 2010: Tazkiyatunnafs

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wrb.
Mari bersihkan hati dan jiwa, inshaAllah..
Perkongsian video Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland ; PUISI 2010: Kembara Tian Xia. (Kembara di bawah langit)


3 Jenis Hati dari buku 'Purification of the Heart': 1. Hati yang sihat 2. Hati yang sakit 3. Hati yang mati


4 Racun hati dari buku 'Purification of the Heart: 1. Banyak berbicara 2. Banyak makan 3. Berkumpul bersama teman yang jahat 4. Tidak menjaga pandangan


5 Ubat Hati dari buku 'Purification of the Heart: 1. Baca al-Quran dan maknanya 2. Solat malam dirikanlah 3. Berkumpulah dengan orang soleh 4. Perbanyakkan berpuasa 5. Zikir malam perpanjanglah


Moga bermanfaat inshaAllah :-)

Saturday, January 1, 2011

syukur 2011

Salamullahi alaikum warahmatuhu wa barakatuh..

Alhamdulillah. Ahlan wasahlan 2011.

Selamat hari lahir buat ayahanda tersayang. Terima kasih kerana menjaga diri ini sejak 21 tahun yang lalu. Moga Allah pelihara iman hgga akhir hayat. Moga Allah pjg kan umur dlm ketaatan dan kesejahteraan akal dan tubuh. Ameen..

Salam sayang salam rindu drp anakanda d perantauan..

Puterimu..

Saturday, December 18, 2010

Not the Primrose Path: Allah Knows


Wahai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.
Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu
dan masuklah ke dalam syurgaKu. (Surah al Fajr 27-30)

Bismillah.
Assalamualaikum wrb.

Terkenang kembali saat kali pertama bertemu dengan beliau. Setahun yang lalu, pada musim salju yang dingin, di bumi Telford, UK. Sungguh singkat waktu perkenalan..Hanyalah sesingkat kuliah Subuh yang dikendalikan oleh beliau. Allah, semangat dan simpati bercampur baur setelah mendengar serba sedikit tentang liku-liku sebuah kehidupan seorang pelajar Medicine, pejuang agama Allah, jua seorang penghidap kanser... T-T

Perkenalan yang singakt dipanjangkan dengan pembacaan blog beliau ( Not the Primrose path ) .. Penulisan yang boleh membuatkan hati yang membacanya menjadi sebak, mata yang menyusuri kata-katanya menitiskan air mata kagum, bercampur keinsafan dengan ujian yang Allah timpakan pada hambanya...

Entri blog beliau yang menyanjung insan bergelar IBU yang tidak pernah jemu berada di sisinya, menjadi entrinya yg terakhir sebelum beliau pergi menyahut seruan Yang Maha Agung, Khaliq (Pencipta) segala isi dunia..

Mas Afzal Masaruddin, perginya di 'tangisi' ramai insan di bumi.. Beruntung sungguh beliau, kerana ramai sahabat yang sentiasa, tidak putus2 mendoakan beliau, inshaAllah. Pergilah, Pergilah...Tuhanmu sedang menunggumu...Cukuplah apa yang beliau tempuhi selama nyawa masih dikandung badan..selama ruh masih bersatu dengan jasad...

Dalam keadaan kesiahatn yang kurang mengizinkan, beliau masih tetap menyumbang semampunya dalam hal2 persatuan, aktiviti2 agama dan pada masa yang sama Allah izinkan beliau berjaya menamatkan pengajiannya dan bergelar seorang doktor.. Itulah dia Mas. Namun , kita yakin Allah telah susun yang terbaik buatnya...

Al-Fatihah buat Allahyarham Mas Afzal..

Memetik 'status FB' salah seorang sahabat Allahyarham:

"Good friends write song after you die. Better friends offer prayers on your death. Best friends pray for you until their death."


اَلَّلهُمَ غْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ . وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya

Entri Ustaz Hasrizal: http://saifulislam.com/?p=9004

p/s: primrose path means a life of ease and pleasure..

Tuesday, December 14, 2010

Amanat Ustaz Erfino

Rakaman Amanat dari Ustaz Erfino (Klik di sini)


Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allah, Allahu Rabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya, indahnya, oh indahnya

Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanglah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskan oh teruskan
Perjuangan menegak kebenaran
Di dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku pejuang Islam yang satu
Diriku pejuang Islam yang satu

Kelebihan orang yang mengajak mengerjakan amal yang baik dan sebaliknya.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Huraiannya hadis di atas:

Sesuatu amal kebajikan, atau sesuatu perkara yang menyesatkan, banyak juga dilakukan orang dengan sebab ajakan atau pimpinan atau pun arahan orang lain. Demikian pula orang yang mengajak itu, banyak juga dapat menarik orang-orang melakukan perkara-perkara yang disebarkannya itu sama ada baik atau buruk.

Oleh itu, sesiapa yang mengajak melakukan sesuatu perkara, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa setiap orang yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal salih, sama ada amal itu kecil atau besar, maka ia diberi pahala sebanyak pahala yang didapati oleh orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan amal yang baik itu tersebar dikerjakan orang.

Sebaliknya, sesiapa yang mengajak ke jalan melakukan sesuatu amalan sesat, maka ia akan menanggung dosa, sebanyak dosa yang ditanggung oleh orang-orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan perkara yang menyesatkan itu tersebar dilakukan orang.

Demikianlah besarnya kelebihan dan kebaikan yang akan didapati oleh orang-orang yang mengajak, memimpin, menunjuk dan menyebabkan berlakunya sesuatu amalan yang diredhai Allah; dan sebaliknya amatlah besar padahnya bagi orang-orang yang menyebabkan berlakunya sebarang perkara yang dimurkai Allah `Azza wa Jalla.



Lega Sebentar



16 Nov :-Poetry

10 Dec-: Educational Issues

13 Dec :- CLIL


Sunday, December 12, 2010

Red , Red Rose ^^


Semangat2 buat coursework! :)

p/s: I dont like teddy bears, but I love those red roses ;p

Saturday, December 11, 2010

Go Away The Past!


Bismillah.
Assalamualaikum wrb..

KETENANGAN adalah suatu KEBAHAGIAAN yang hakiki. Aku berpegang teguh dengan kata-kata ini. Tiada makna segala yang baik pada pandangan mata, namun tidak langsung memberi ketenangan pada hati.

Setiap manusia pasti ada kisah silam yang menyakitkan, jua yang membahagiakan. Memori yang mengukirkan senyum , mahu diulang..Namun memori yang mengundang air mata, sudah pasti seperti mahu dipadamkan terus dari ingatan.

After all.... Diriku juga sangat-sangat percaya bahawa setiap yang berlaku sudah pasti ada HIKMAH. Tinggal nampak atau tidak sahaja. Tinggal kita nak fikir atau tak saja. Namun kebenaran masih dalam RAHSIA-NYA.

Masa lepas adalah di luar kuasa kita. Begitu juga masa hadapan. Yang ada, hanya masa kini, itu pun bukan sepenuhnya dalam kuasa kita. Apa yang kita mampu, hanyalah melakukan yang terbaik semampunya, dengan bimbingan petunjuk dariNya. Ya, orang kata it's easier said than done...Tapi yakinlah dengan diri sendiri , kerana kita berhak untuk memilih sesuatu keputusan utk diri sendiri, untuk kebaikan diri. Kebaikan diri??? Ada pula yang kata, kita ni PENTINGkan diri sendiri sahaja.. Setakat manalah sangat orang mengenali diri kita, selain diri kita sendiri.. (Dan ibu sendiri, bagi diri saya). Jadi, harus kuat dengan pegangan yang ada dalam diri sendiri...

Semoga diri sendiri sentiasa tabah dan kuat. InshaAllah.
Buat sahabatku tersayang juga, moga sentiasa tabah..Allah sentiasa bersamamu..
Sama2 banyakkan istighfar atas segala yg berlaku..

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Seeru 'ala baarakatillah...

p/s: Duhai Cinta, Belahan Jiwa, banyak yang ingin ku cerita...

Wednesday, December 8, 2010

Teman Hidup Ketika Belajar

Petikan: Artikel IluVislam

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Kalau ada yang lamar itu , kahwin je lah. Tak payah tunggu sampai habis belajar.

Bercakap untuk berkahwin memang mudah tapi adakah diri sudah benar-benar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab.

Untuk syabab , bersediakah untuk menjaga amanah yang Allah berikan? Untuk akhwat , bersediakah untuk menyenangkan hati suami?

Memandangkan ramai sangat yang bertanya mengenai isu yang sentiasa panas zaman berzaman ini, dengan rendah hatinya ingin saya kongsikan sesuatu.

Isu perkahwinan sentiasa mendapat tempat dalam list cerita-cerita untuk dibualkan oleh para pelajar. Tidak terkecuali lelaki mahupun wanita.

Teringatkan saya reaksi teman-teman yang pelbagai apabila isu ini dibincangkan. Memang fitrah insan normal begitu saya kira, semoga semua tidak leka dan sentiasa berhati-hati agar tidak termasuk ke kawasan larangan yang tidak sepatutnya.

Pembinaan masjid yang utuh pastinya menjadi idaman semua. Sekadar sedikit muhasabah untuk kita semua sebelum berangan-angan lebih jauh ke hadapan. Salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan musleh juga. InsyaAllah! Memperbanyak umat nabi yang benar-benar bertaqwa dan melahirkan lebih ramai individu muslim yang menerima tarbiyah islami sejak kecil lagi.

Jika kalian menyingkap kisah isteri Imran yang disebut di dalam Al-Quran, itulah contoh isteri dan ibu yang terbaik dari Al-Quran. Semangat isteri Imran yang disebutkan didalam Al-Quran itu wajar dijadikan idola, panduan dan ikutan semua wanita akhir zaman.

Berdasarkan ayat 35-36 surah al-imran.

"(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata "Ya tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi kepadamu, maka terimalah nazar dariku. Sungguh engkaulah maha mendengar, maha mengetahui"

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Ya tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan" Padahal Allah lebih tau apa yang dia lahirkan, dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberinya nama Maryam, dan aku mohon perlindunganMu untuknya dan anak cucunya dari syaitan yang terkutuk"

Lihatlah bagaimana hebatnya isteri Imran, seorang wanita yang sangat suci sengaja diceritakan di dalam al-Quran telah bernazar kepada Allah untuk mengorbankan atau menginfaqkan anaknya yang masih dalam kandungannya di jalan Allah. Dia dengan tulus sucinya benar-benar menyerahkan masa hadapan anaknya supaya berjihad mengabdikan diri padaNya.

Secara fitrahnya, pastilah ibu yang telah bersusah payah mengandungkan anaknya ke hulu hilir selama 9 bulan mengharapkan anaknya kelak berbakti kepada dirinya sekurang-kurangnya.

Namun ibu Maryam ikhlas, beliau berniat melahirkan anak untuk dikorbankan sebagai seorang syahid di jalanNya. Benar-benar hebat dan suci, inilah semangat yang kita inginkan.

Dari isteri Imran lahirlah Maryam, antara wanita paling hebat dalam sejarah. Darinya pula lahirlah nabi Isa a.s, utusan Allah yang suci, seorang hamba yang mengabdikan diri kepada Allah semata2.

Kita mengharapkan anak yang soleh dan musleh hasil perkahwinan yang dibina. Persoalannya adakah kita sudah bersedia menjadi ibu seperti isteri Imran dan Maryam?

Wahai teman-teman [untuk diri sendiri khasnya] sekiranya kau mengimpikan anak seperti imam syafie... ibunya perlu hebat lagi

Dirimu perlulah dilengkapi dengan sekurangkurangnya 30 juzuk Al-Quran didada. Apatah lagi ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu tajwid untuk diajarkan kepada anak-anak nanti. Ibadah malam yang terjaga sebagai bekalan kekuatan dan hati yang penuh kasih sayang serta sifat sanggup berkorban.

Macamana ingin berkahwin kalau membaca Al-Quran masih merangkak-rangkak lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau tak sanggup berkorban lagi?

Macamana ingin berkahwin kalau masih kurang menjaga ibadah lagi?

Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak umat nabi Muhammad yang terbaik. Bimbang tak mampu melahirkan anak-anak yang berjihad mengabdikan diri di jalanNya.

"Ya Allah, kurniakanlah kami anak dan keturunan yang soleh sebagai penyejuk mata"

Pra Perkahwinan

Buat teman-teman, anggaplah kehidupan harian kita bersama teman-teman serumah kini sebagai pra-perkahwinan, latihan sebelum benar-benar memikul tanggungjawab yang asli.

Latih diri untuk sentiasa bermanis muka dengan teman-teman walau sepenat mana kita.

Latih diri untuk menjaga rahsia dan cerita teman-teman dan cuba menyelesaikan masalah sesama sendiri.

Latih diri untuk sanggup berkorban, banyak bersabar dan tidak banyak berkira sesama teman-teman.

Dan latihlah diri dengan macam-macam lagi.

Untuk syabab, sekiranya kalian telah benar-benar mampu dan bersedia, bernikahlah. Pilihlah jodoh yang terbaik yang diberikan Allah untuk kalian. Terima seadanya. Utamakan diri kalian dalam soal memilih jodoh yang terbaik.

Untuk akhwat sekalian, dan sekiranya telah sampai masanya , kalian dilamar, dan telah dibukakan laluannya untuk kalian bernikah, silalah bernikah. Allah sentiasa bersamamu.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua. Dan semoga teman-teman akan memperoleh teman untuk ke syurga yang terbaik untuk kalian.

"Dari Allah, Kepada Allah"

Penulis: Shauqah Mujahidah

Editor: Azzahra


p/s: Moga bermanfaat untuk semua. Sekadar berkongsi...