Wednesday, April 6, 2011

Penantian...



Penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,
sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah ijinMu atas harapan ini,
Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.



Tuesday, April 5, 2011

Ke mana hilangnya cemburu?

Bismillah.
Salam 'alayk.

Diri ini bukanlah layak, namun ianya untuk peringatan buat pemilik jari-jari yang menulis ini..jua buat sahabat-sahabat..

Dilahirkan sebagai seorang wanita merupakan kurniaan yang amat indah ( Jika dilahirkan sebagai lelaki, diri ini turut akan rasa bertuah). Alhamdulillah, cantik susunannya. Menjadi wanita amatlah senang, namun menjadi wanita mukminah , mujahidah dan solehah bukanlah semudah yang disangka. Sungguh banyak 'halangan' yang menunggu di sepanjang jalan- Terlalu negatif dan tidak adil bukan?

Sahabat-sahabat seperjuangan yang imannya teguh dan kuat dengan izin Allah,

'Halangan' yang ada bukanlah sesuatu yang tidak adil . Halangan yang ada adalah suatu ujian, untuk menguji sejauh mana percayanya kita pada janji-janji Allah. Untuk menguji setebal mana iman (yang sedia nipis) untuk menjadi bekal juga benteng sepanjang pengembaraan kita di bumi yang sementara ini. Jika difikir-fikir dengan lebih mendalam, halangan-halangan yang ada jugalah yang menjadi MOTIVASI buat wanita yang berjiwa hamba. Sungguh, kita tiada daya, melainkan kekuatan itu daripada Allah. Dengan adanya halangan-halangan (ujian), menjadi asbab (penyebab) untuk kita merayu, merintih, meminta secebis kekuatan, keteguhan iman , perlindungan dan macam-macam lagi tanpa pernah rasa jemu daripadaNya. Hebatnya susunan Allah, bukan? Tanpa wujudnya ujian-ujian, kita mungkin akan terus hanyut dan tidak mustahil untuk hilang rasa kehambaan .. (Nauzubillahi minzalik)

Cemburu.

Cemburu itu satu keperluan. Hilangnya rasa cemburu, maka hilangnya sensitiviti dan pudarlah usaha untuk kita meraih sesuatu yang baik. Siapa tidak cemburu melihat sebuah keluarga yang bahagia dan menghidupkan amal-amal islami dalam kehidupan? Siapa tidak cemburu melihat sahabat yang sangat tekun menuntut ilmu dan mengamalkannya pada jalan yang betul? Siapa yang tidak cemburu melihat sahabat-sahabat yang tidak pernah kedekut harta dan selalu menginfaqkannya pada jalan Allah? Dan siapa yang tidak cemburu melihat seorang wanita yang solehah, yang menyejukkan mata-mata yang memandang, serta yang membawa tempias kemanisan iman pada orang-orang sekelilingnya? Ah, aku patut rasa cemburu...

Fasa Mujahadah.

Tidaklah mudah bagi seorang wanita untuk bergelar mujahidah solehah yang berperang dengan segala macam dugaan/ujian/cabaran/nafsu. Selaku wanita yang belum lagi menjadi sayap kiri perjuangan seseorang, aku turut merasainya. Berjuang dengan sesuatu yang amat dekat mahupun jauh dengan diri. Pernah rebah, namun harus bangkit. Rebah sekali bukanlah bermakna tiada ruang untuk kita berdiri semula, sungguh rahmat Allah amat luas. Begitu juga pengampunanNya. Teringat hadis baginda s.a.w:

A group of the Sahabah asked Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him): “Teach us which kind of wealth is best, so that we may try to acquire it?” He (Peace Be Upon Him): said: “The best is a remembering tongue (one that remembers Allah), a grateful heart and a believing wife who helps one’s faith.” (Reported by
Ahmad, 5/278; al-Tirmidhi, 3039; Saheeh al-Jaami’, 5231).


A believing wife who helps one's faith- Bagaimana untuk kita menjadi isteri yang membantu meningkatkan iman suami, andainya dari awal lagi kita menjadi penyebab imannya turun? Astaghfirullah, ampunkan dosa kami ya Allah. Dahsyatnya fitnah yang dibawa oleh seorang wanita. (Namun, lelaki juga boleh menjadi fitnah dan penyebab turunnya iman seorang wanita.) Maka amat penting bagi kedua-dua (lelaki dan wanita) untuk berusaha membenteng diri, memperbanyakkan muhasabah, menambahkan amalan-amalan, membanyakkan istighfar dan mohon ampun, menyibukkan diri dengan urusan-urusan untuk mencapai redhaNya, terus-terusan berdoa dan bermunajat, dan mempersiapkan diri untuk menjadi insan terbaik di mata Allah dan pasangannya apabila tiba waktunya. Ya, bukanlah mudah, malah memakan masa, namun nikmat yang bakal dirasa pasti tidak terbayar dan ternilai. (Berdasarkan pengalaman orang lain dan atas keyakinan pada janjiNya) .

It's never too late..

Muhasabahlah. Phonlah ampun dariNya. Banyakkanlah berdoa. Berusahalah menambah cinta kepada yang paling layak dan lebih layak. Ingatlah, kita tiada daya, andai tiada pergantungan kita padaNya. Sekali rebah, sekali jatuh, bangunlah semula. Sekali terpesong, kembalilah. Moga rahmat Allah sentiasa menjadi milik kita. Moga hidayah Allah sentiasa menemani kita. Moga kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita. Moga kesabaran dan ketaatan yang ada membuahkan kemanisan dalam jiwa. Moga cinta dan perasaan yang tersimpan akan terluah jua pada yang layak. Moga mujahadah kita adalah keranaNya. Moga si dia (yang dalam pengetahuanNya) juga diberi kekuatan, moga si dia juga merasai manisnya mujahadah bersama. Yakinlah, janji Allah itu pasti.

Doa..

Ya Allah, Ilahi Rabbi.. Wahai Tuhan pemilik hati ini, wahai Tuhan yang maha tahu lebih dari aku tahu tentang diriku, wahai Tuhan yang melihat ke dalam hati, wahai Tuhan penyusun segala-galanya, wahai Tuhan yang memegang segala rahsia, wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati...

Ampunkanlah bagi kami segala dosa-dosa kami, dalam sedar mahupun tidak. Sucikanlah hati-hati kami, bersihkan jiwa-jiwa kami, sinarilah wajah-wajah kami dengan cahaya keimananan, saratkanlah hatihati kami dengan rasa cinta dan kasih kepadaMu..Tetapkanlah, teguhkanlah pendirian kami, mantapkanlah iman kami, kuatkanlah kami untuk istiqomah dalam amal kami, terimalah taubat kami , dan suluhlah setiap langkah kami dengan petunjuk dan hidayahMu.. Jangan Engkau biarkan kami hanyut dan mengikut telunjuk makhluk yang Engkau laknat.. Allah, kurniakan kami kemanisan iman, agar kami terus dahaga dan rasa memerlukannya..

Wahai Tuhan yang maha mendengar, jangan Engkau berpaling dari mendengar rintihan hamba..Dan Engkau perkenanlah apa yang kami pinta...Allahumma ameen3x..

T_T

..Semoga Allah terima amal kita semua..
Salam mujahadah buat ikhwah dan akhowat yang dihormati..
~nfes~




KEMBALI ~Secebis Lukisan Hati~




Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan

Huuuuu…

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongannya

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian
...

By: Tashiru (Tajuk: Kembali)


Makna Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum wrb, sekadar berkongsi. Moga bermanfaat dan moga kita mendapat solat yang khusyuk serta lebih baik inshaAllah. Makna bacaan dalam solat:


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk, bangun dari rukuk dan i'tidal

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk: Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



"Ya Rabb kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Mahamendengar lagi Mahamengetahui. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Mahapenerima taubat lagi Mahapenyayang." (QS. al-Baqarah :127-128).


Sunday, April 3, 2011

Tiada daya melainkan dariNya


Homesick
Rindu ibu, rindu ayah.

Ya Allah, peliharalah kedua-dua ibu bapaku
Jua ibu bapa angkatku
Kasihilah mereka
Kasihanilah mereka
Panjangkan umur mereka dalam ketaatan kepadaMu
Kurniakan kesihatan yang baik buat mereka ya Rabb

Allah Allah Allah ya Allah
Allahumma ameen...



~ Ibu ~




Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu


By: Haddad ft. Farhan

Saturday, April 2, 2011

~Kembara Istanbul 2011~


~Secangkir Teh Pengubat Letih, Kembara Istanbul 2011
Gambar: Sarapan hari pertama~

Assalamualaikum warahmatullah wb.

Alhamdulillah3x... Setinggi-tinggi pujian hanyalah layak bagi Allah, Pemilik sekelian alam, Pencipta sekelian makhluk, Sembahan dan Tuhan yang maha Agung.. Alhamdulillah, kerana lidah ini masih diizinkan olehNya untuk berbicara, menyebut kalimah toyyibah..

Sekadar berkongsi perjalanan menjejaki dan menyelusuri sejarah silam di bumi Istanbul, Turki. 28 Mac- 1 April 2011. Bersama ahli beit, muslimat, 5 orang.

Day 1: 28 Mac 2011

Alhamdulillah, kami tiba di Sabiha Gokcen International Airport tengahari. Bergerak ke hostel tempat penginapan by shuttle bus (besar sikit dari taxi seven seaters di UK) . Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, matahari memancar terik, rasa seperti berada di Malaysia. Mata melihat-lihat ke luar tngkap, kubah2 masjid berdiri teguh, tidak terbilang. Hipotesis pertama: ternyata Istanbul bumi Islam, yang dulu pernah dikenali sebagai Islambul (Islam keseluruhan).

Kami teruji.

Sedikit 'bertikam lidah' membela nasib dengan pemandu shuttle bus yang bertindak 'menipu' harga tambang (Asalnya dikatakan 25 lira seorang, namun after that kami diminta bayar 30 lira) . Malas bertekak lama-lama, kami hanya akur.

Allah menguji lagi.

Setibanya di Kucukayasofia; tempat hostel yang sepatutnya kami menginap, kami dapat tahu bahawa hostel itu tidak wujud. What?! Pemandu shuttle bus (walaupun ada masalah dengan kami pada awalnya) tetap membantu menyelesaikan hal tersebut. Hostel di 'call', namun katanya hostel itu under construction, dan telah menghantar cancellation email kepada kami- suatu lagi penipuan? Namun alamdulillah, kami dapat berjumpa dengan manager (kot) hostel tersebut, dan bawa berbincang. Alasan yang diberi kurang munasabah: Hostel under construction, sebab BANJIR? 'Ala kulli hal, alhamdulillah kami dipindahkan ke hostel yg jaraknya hanyalah walking distance, B&B (Bed & Breakfast), Sinbad Hostel. 7 euro satu malam. Maka hanguslah duit deposit hostel yang pertama tadi. Salah satu cara Allah tarik rezeki kita, kan? :-)

'Buku Senjata' & Kempunan

Alhamdulillah, setelah setel down. Rehat sekejap, menyegarkan diri dan bersolat, kami meneruskan aktiviti on the very first day of our trip. - Mencari makan. Alhamdulillah, tempat tinggal kami dikatakan dalan central of Sultanahmet (where the Sultanahmet Camii or Blue Mosque is). Setiap hari akan dengar azan berkumandang dari Masjid Biru, alhamdulillah.

Melepasi dataran dekat dengan Masjid Biru, kami 'diekori' oleh penjual2 buku tentang Istanbul untuk pelancong. Bukan seorang dua, malah mungkin berbelas-belas, atau mencapai puluhan lelaki yang menjual barangan yang sama. Tidak tahan dikejar/diekori, sahabat membeli satu buku, buat pengubat. Alhamdulillah, buku tersebut menjadi 'senjata' buat kami setiap kali melepasi dataran tersebut- "Sorry, we already bought one", sambil tunjuk buku kat penjual. (Square yang berhadapan dengan Marmara University, dan Masjid Biru).

Berjalan ke tram station, dalam keadaan tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa tempatan (Turkish), kami mencuba nasib. Membeli tiket tram, merujuk peta, dan bertanya orang sekeliling dengan bahasa seolah-olah bahasa ayam-itik, kami berusaha mencari KFC, buat pengubat memandangkan di UK sangat susah jumpa KFC halal. (Setahu kami, di London ada satu, jauh..)

Cari , cari , tanya, dan jalan.. Satu KFC pun tak jumpa. (Dalam perjalanan (sejam setengah) dari airport ke hostel ternampak KFC, Pizza Hut, Mc'D berderet, tapi tak dapat dijejaki kembali.)

End up: Kami tawakkal dan masuk ke Mc'D, mengalas perut yang seharian kosong. (Dalam flight tidak diberi makan free)

Pulang dengan keadaan kempunan, namun pengalaman hari pertama cukup bermakna.

Day 2: 29 Mac 2011

Alhamdulillah, malam pertama di Sinbad Hostel kami semua tidur dengan lena. (Lagi-lagi setelah diri ini kepenatan dan mengambil ubat selsema yang cukup melenakan). Malamnya sejuk , nyaman. Pagi2 burung2 berkicau memecah kesunyian, dan matahari bersinar terik. (Hostel kami sangat dekat dengan pantai, Marmara Sea.)

Perjalanan diteruskan, seawal jam 11 pagi (lebih kurang). Setelah bersarapan dengan teh Turki (best), roti dan telur with tomato and cucumber. (Setiap hari menu sama.) Destinasi pertama kami adalah ke Eminonu , untuk mengambil Bosporus Tour. Alhamdulillah, kami belayar merentasi Selat Bosporus, melihat2 beberapa tempat bersejarah seperti Rumeli Hisari (Kubu Rumeli/Kubu Sultan MUhammad Al-Fateh) - Kubu yang mana Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri terlibat dalam pembinaannya. Beliau membuka serban dam menyertai umat Islam yang lain membina kubu tersebut. Angin laut kian sejuk setelah hari kian petang. 2 jam di laut, mendengar azan dari masjid2 sepanjang merentasi selat dan melihat alam, merenung kejadianNya.

Perasaan yang BEST.

Alhamdulillah, pengembaraan diteruskan. Peta dirujuk, kaki meneruskan langkah. Destinasi ke-2 pada hari ke-2 adalah: Sulaymeni Camii (Masjid Sulaiman) . Alhamdulillah, perjalanan agak mencabar, mendaki jalan berbukit dan bertanya pada orang-orang tempatan dalam bahasa/komunikasi yang cukup terbatas, Allah izin kami sampai juga ke sana. Sempat bersolat (Zohor dan Asar, jamak)

Kami lunch di Yesilli et Lokantasi, murah . Nasi + lauk ayam, with salad: 6 lira seorang. Jus delima : 3.50 lira, jus oren: 2.50 lira segelas- SEGAR.

Perjalanan diteruskan, menuju ke Old Bazaar. Banyak souvenir boleh dapat di sini.

Kemudian, tanpa sedar kami tiba di Beyazit, (menghala balik ke Sultanahmet) , dan kami mengambil keputusan untuk terus berjalan balik ke hostel. Waktu sudah malam. Sempat singgah ke KOSKA, dan merasa Baklava serta Turkish Delight :-) Sedap- recommended.

Seakan tidak percaya, kami berjalan kaki dari Eminonu-Sulaymeni Camii-Old Bazaar-Beyazit-Sultanahmet. PENAT.

Day 3: 30 Mac 2011

Hujan di sebelah malamnya, membuatkan pagi terasa sungguh sejuk dan nyaman. Alhamdulillah, seperti biasa, setelah bersarapan, kami meneruskan kembara. Destinasi pertama: Menaiki Cable Car dekat Eyyup Camii (mosque).

Berjalan kaki menuju ke stesen bas di Beyazit, bertanya pada orang tempatan tentang info bas, dan kami bertawakkal. Eyyup Camii agak jauh, melintasi kubu / wall (tak tahu apa nama) dan tugu / patung Sultan Muhammad al-Fateh dekat Edirnekapi. (Memberi sedikit info untuk perjalanan menjejak Fatih Camii pada esoknya.) Sepanjang perjalanan juga kami sempat melihat kubur-kubur yang mana kami sendiri confused sama ada kubur orang Islam atau bukan Islam. Batu-batu nisan besar dan tinggi, ada juga yang seperti ada binaan di atasnya. Mungkin kubur kristian, mungkin. (Tapi kubur2 orang Islam, memang diletak batu nisan yang besar dan tinggi kat sana).

Alhamdulillah, walaupun singkat (cable car: one way, 1.75 lira), tapi dapat pengalaman merentasi kubur2 di atas bukit, serta merentasi Golden Horn dari atas. Juga berpengalaman berbual (mengasah minda yang berkarat) dengan seorang muslimah dari Arab.

Kemudian, solat zohor dan asar di Eyyup Camii. Alhamdulillah, suatu perasaan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Damai dan cukup tenang. Masjid yang betul-betul digunakan. Sempat melihat muslimat Turki (kebanyakan orang-orang tua) sedang mengadakan halaqah.

Usai solat, kami meneruskan perjalanan, plan ad-hock, menyertai rombongan ke Miniaturk-miniature park, situated at the north-eastern shore of Golden Horn) Sempat grab our lunch meal - Kebab (the best kebab ever since we arrived) dekat kawasan luar Masjid Eyyup. Murah, hanya 2 lira. Allah izin, kami tidak sempat mengikuti free shuttle bus ke Miniaturk ( . Plan diubah, kami berjalan ke taman, menikmati lunch berhadapan dengan Teluk Golden Horn. Damai .

Perjalanan diteruskan, sehinggalah kami bertemu dengan pakcik pemandu bot kecil. Kami bertanya cara untuk ke Miniaturk. Katanya dia boleh bawa, dengan bot. 12 lira untuk satu group. Dengan penuh tawakkal, kami merentasi Golden Horn dengan sebuah bot kecil- pengalaman yang cukup bermakna, tidak terbeli di mana-mana.

Setibanya di MiniAtturk, ada 3 remaja lelaki sedang menunggu. Ramah. Kami diekori oleh mereka dari awal sehingga akhir perjalanan di situ. Cukup tidak menyenangkan.

Allah uji lagi.

Mini Atturk sudah ditutup, sebaik sahaja kami tiba di sana. Kecewa, namun pasti ada hikmah :-)
Berusaha mendapatkan bas untuk ke Taksim, bagi meng-qadha' harapan pada hari pertama- Mencari KFC . Namun, plan diubah, bas untuk ke Taksim sangat jarang, jadi kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Eminonu, bagi melarikan diri dari 3 remaja nakal (yang akhirnya minta duit dari kami)- scary. Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami, terlepas dari bahaya budak-budak tadi.

Bas berhenti di Eminonu, dan kami turun di situ. Sempat melihat sunset dan suasana pakcik2 pemancing ikan. Azan maghrib berkumandang, malam berlabuh dan kami meneruskan perjalanan pulang, Tram dari Eminonu-Sultanahmet. (oh ya, kat sana semua tambang one way adalah 1.75 lira, tak kira tram atau bas, tanpa mengira jarak. Menarik).

Day 4: 31 Mac 2011

Pagi ini dimulakan dengan perbincangan tentang sejarah Islam di bumi Turki. Mengenali Abu Ayyub al-ansari dan juga Sultan Muhammad Al-Fateh. ALhamdulillah.

Alhamdulillah, perasaan yang tidak sabar untuk menjejaki Hagia Sophia (Ayasofia) dan Masjid Biru. Setiap hari hanya sempat melihat dari luar, kerana mengutamakan tempat-tempat yang jauh. (Ayasofia dan masjid biru bertentangan, dan sangat dekat dengan hostel kami). Destinasi pertama: Hagia Sophia, setelah bergambar di hadapan Masjid Biru. (Belum sempat masuk.) Alhamdulillah, sangat kagum dengan kecantikan Ayasofia ( yang dulunya gereja, namun setelah Muhammad Al-Fateh membuka Konstantinopel, ianya dijadikan masjid, namun kini hanya tinggal sebagai muzium..) Penuh sejarah.. (Harga tiket: 20 lira, tanpa tourist guide)

Perjalanan diteruskan, hajat untuk bersolat di Masjid Biru di tangguhkan dahulu. Bergerak ke Fatih Camii (Masjid Fatih.) Berjalan kaki ke Beyazit dari Sultanahmet, mengambil bas ke Edirnekapi. (Berbekalkan pengalaman menaiki bas pada hari sebelumnya, dan ternampak Fatih Statue di Edirnekapi.) Sekali lagi, kami bertawakkal. Namun hati tergerak untuk bertanya kepada seorang wanita Turki (yang tidak boleh berbahasa Inggeris). Hanya mampu bertnya, "Fatih Camii"? Dan dia menerangkan dalam bahasa Turki. fuhh. amat payah. Hanya dapat memahami sedikit sahaja, dari body language yang digunakan. Kami kemudian bertanya pada bus driver, sekali lagi seperti ayam dengan itik, kami buat-buat faham. Bus driver sanggup berhenti di tengah-tengah jalan, dan katanya sudah dekat dgn Fatih Camii. Alhamdulillah. Kami turun, dan berjalan dalam lebih kurang 2 meter, sebelum sampai ke MAsjid Fatih. Jauh. Sempat bertanya kepada beberapa orang tempatan...

Penat tapi sabar itu hasilnya INDAH.

Alhamdulillah, perjalanan jauh yang cukup berbaloi. Setibanya di Fatih Camii, agak terkejut melihat anjing2 dan kucing2 (wireless) sangat banyak di perkarangan masjid. Sempat menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Sayang, masjid under construction, luar dan dalam. Namun pengalaman indah dan culup bermakna, kami sempat ziarah kubur Sultan Muhammad al-Fateh, pengalaman berharga, ada ruang untuk membaca yaasin di sana. Sangat tenang dan damai, cukup sederhana. Maqamnya ditutupi kain hitam, dihiasi serban putih di kepala kubur. Banyak ruang kosong dalam bilik yang menempatkan kubur beliau, keadaan yang berbeza dari kubur Abu Ayyub- di sana sangat ramai, ruang terhad, kubur lebih terhias indah dan lebih tinggi. (kenapa ya? terfikir.)

Alhamdulillah, air mata mengalir tanpa sedar, perasaan yang sedikit lain berbanding pengalaman sebelumnya., Namun kedua-duanya pengalaman yang sangat berharga.


~Fatih Mehmet Turbesi (Kubur Sultan Muhammad al-Fateh)~

Dalam hati , sempat berdoa, semoga Allah mengizinkan diri ini untuk menjadi ibu kepada generasi seperti Muhammad al-Fateh, suatu hari nanti, inshaAllah!

Pengalaman makan di perkarangan masjid Fatih. Nasi dan ayam golek. NAsi kosong (nasi Turki, rasa macam pulut/tekstur macam nasi dagang) : 2 lira. Ayam golek: 4.90 lira, seekor. Alhamdulillah, kali ke-2 jumpa nasi di Istanbul ;-)

Perjalanan diteruskan, kami pulang menaiki bas ke Eminonu. (plan untuk ke kedai sepanjang jalan ke Sulaymeni Mosque, untuk membeli sedikit souvenir) . ALhamdulillah, sedikit buntu mencari bus stop, namun ALlah tolong. 3 orang pelajar sekolah, perempuan, datang menegur dan sudi membantu. Kami hanya mengikuti mereka ke bus stop, setibanya di sana, terus menaiki bus, tanpa sempat menyalami kesemuanya. Cantik, ramah. ALhamdulillah. Moga Allah berkati mereka.

Setelah berjaya tawar menawar , right before kedai tutup, kami keluar dan meneruskan perjalanan pulang. Berjalan kaki menuju ke Sultanahmet...

Sempat meluangkan masa, bertemankan sahabat, duduk dan melihat view masjid biru pada malam hari. Cukup indah. Perasaan kian mendung, memandangkan bumi bersejarah Istanbul akan ditinggalkan pada esoknya...

Day 5: 1 April 2011

Alhamdulillah. Setelah selesai berkemas dan sarapan, serta check out (Nasib baik beg dapat ditinggalkan di lobby sementara menunggu untuk bergerak ke airport), kami keluar menuju ke Masjid Biru/Blue Mosque/Sultanahmet Camii. Terserempak dengan sekumpulan orang Malaysia; rombongan pengetua2 SBP. Bergambar kenangan bersama mereka, dan juga wanita-wanitaTurki (dengan request dari mereka) di perkarangan masjid biru. Alhamdulillah, usai menunaikan solat sunat , kami sempat mendengar kuliah Jumaat di masjid tersebut, sebelum khutbah Jumaat dimulakan setelah azan zuhur. Namun, memandangkan waktu yang tidak mengizinkan, kami hanya sempat solat sendiri, waktu Imam masih lagi berkhutbah..

Bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport pada pukul 2.30 ptg, by shuttle bus dari hostel (bus milik manager hostel) dengan harga 20 lira seorang. Alhamdulillah, selesai menguruskan diri di airport , check in , dan kami terbang pulang ke UK. (London Gatwick Airport.)

Maka tamatlah pengembaraan kami yang culup bermakna, dan ada manfaatnya inshaAllah.

:-)


~Masjid Biru, senja 28 Mac 2011~


~Kubur-kubur di sekitar Fatih Camii~

~Perkarangan luar Masjid Biru, bertentangan Hagia Sophia~

******
Some of new words learnt:

matawang Turki: TL / Turkish Lira
bayan: females (tertulis di toilet)
bay: males
cikis: exit
giris: entrance
gulay-gulay: bye bye
cay: teh
camii: masjid (bahasa arab: jamii')
tuvalet: toilet
turbesi: kubur/makam

*******

Nota tambahan:

1) Di masjid, tempat ambil wudhu' (wanita) yang sekali dgn toilet: berbayar. biasanya 1 lira. (Di masjid Fatih, 50 kurus (cent).

2) Orang-orang Turki kenal kami as Malaysians. (Atau kadang2 kami disalah sangka sebagai orang Indonesia/Singapore/Japanese/Uzbekistan/Filipina/Iran/China..) Macam2.. ~_~

3) Kat Turki kebab merata-rata. Dari harga semurah 2 lira. Tapi jarang jumpa kebab yang ada banyak sos yang best. Ada nasi, yang tekstur macam nasi dagang/pulut. Cepat kenyang.

4) Sediakan duit 1.75 lira untuk beli jeton/token untuk naik tram atau untuk beli tiket bas. Ke mana-mana sahaja (one way), harga sama. :-)

5) Orang Turki (especially wanita) sangat cantik. Kena pandai-pandai jaga mata, terutama kaum Adam ;-) [Natural beauty, sungguh.]

6) Turki ada banyak masjid. Di Istanbul saja, 192 masjid. Jadi tak perlu risau tempat solat. :)

7) Bunga kebangsaan Turki adalah: Tulip

8) Alhamdulillah: menyedari sesuatu pada hari terakhir pengembaraan. Terima kasih Allah- hanya kalimah hamdalah dan sujud syukur mampu diri ini 'balas'.

p/s: Alhamdulillah, Allah izin berjaulah bersama kawan-kawan buat pertama kali keluar dari UK, di saat orang lain sudah pun berkali-kali terbang setiap kali cuti panjang. InshaAllah, moga setiap duit yang dibelanjakan adalah pada jalan yang diredhaiNya, ameen.. (tak mengapa kalau diri ini tidak banyak berjalan bercuti seperti orang lain, cukuplah hanya Dia yang tahu, apa yang lebih baik dan dinilai di sisiNya) :-)

Setakat ini sahaja buat masa ini, Wassalamwrb. :-)

Kerana Allah bersamamu...


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah (3x)
Ada jalannya
Insha Allah (3x)
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

by: Maher Zain, InshaAllah Malay version.

Monday, March 21, 2011

Pemilik Cintaku





Wednesday, February 9, 2011

Doa robithoh

~Doa robithoh~

Ya Allah eratkanlah ukhuwwah sesama kami bagi melaksanakan amanah di muka bumi ini....

Hati ini telah bersatu...Berkumpul di perut bumi-Mu
Hati ini telah berpadu...Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia...Untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat-Mu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahaya-Mu
Tiada malap terangi alam-Mu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia 2x