Friday, April 27, 2012

...Lelah



Nearly there.
Bi iznillah (By Allah's will)
Make me strong,
please,
My Lord.

Allah
Allah
Allah

---------------------------------

Hasbunallah wani'mal wakeel...
Ilahi Rabbi...
Birahmatika astagheeth..

T_T

____________________________________



Thursday, April 19, 2012

Ku milikMu (I'm Yours)

Maher Zain's song. Ku milikMu (I'm Yours)



Kuberdoa dengan jiwa dan tubuhku

Setiap hari sepanjang hidupku dengan nafasku

Aku berjanji padaMu untuk hidup hanya untukMu

O Allah

Kau bangkitkan jiwaku cahayaMu terangi hatiku

Hidupku ku persembahkan padaMu

Ku milikMu..ku milikMu..



Kini kutahu rasanya hidup dalam cahaya kasihMu

Kini kutahu rasanya menemukan damai di hati

Seandainya semua tahu indahnya mengabdi padaMu

Seandainya semua tahu kasihMu lepaskan belenggu

Bebasknku, kuatkanku..



O Allah kubersyukur padaMu

Walau kata tak sanggup ungkapkan

Kau buatku mampu lawan keraguan

Dan tegar hadapi tentangan

Hanya Kau sanggup bangkitkan jiwaku

CahayaMu terangi hatiku

Dan hidupku ku persembahkan padaMu

Ku milikMu..ku milikMu..



*

Cinta hidup siang malam hatta doa

semua untukMu

Dan tiada satu pun dapat bersaing denganMu di hatiku..






Monday, April 16, 2012

Allah ambil satu, Allah bagi LEBIH..


Bismillah,
Alhamdulillah.

Allah bersifat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.
Alhamdulillah, Allah izin, masih berbaki lebih kurang 2 bulan sebelum menamatkan pengajian di bumi Allah ini. Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Moga Allah mudahkan urusan-urusan yang masih menuntut hak.

Allah izin, tahun terakhir ini banyak ujian yang cukup manis. Pertama,Allah tarik nikmat 'kesihatan laptop' ku. =) Mungkin sebab nikmat tu tak digunakan betul-betul untuk buat kerja yang Allah redha.. asyik fesbuk saja agaknya =P Laptop yang berusia hampir 5 tahun, hadiah daripada insan yang cukup istimewa , Mama. Banyak jasa laptop ACER itu, banyak esaimen yang telah berjaya disiapkan hasil bantuannya, dengan izin Allah, Alhamdulillah..

Aku hanyalah manusia dari zaman dinosor yang hidup di zaman canggih =D

Dalam laptop tu hanya ada program2 asas seperti Microsoft Office (dan yang diguna hanyalah Mic Word dan Powerpoint), Skype , Paltalk dan Movie Maker. Selain untuk surf internet (FB dll), laptop tu memang berbakti sepenuhnya untuk siapkan esaimen.

Tiada movie.
Ada 2 games: Vocabulary. haha. Boring bagi sesetengah orang. =P
Kerana tuannya tidak minat movie. juga tidak minat games.

Problem?

Problem laptop kesayangan ku adalah:

Virus kot.
dan tak cukup memory kot.
Entahlah.
Jangan ditanya pada manusia dari zaman dinosor ini =P
Sudah usaha dirawat, tapi sakit kembali.
Mengambil jalan mudah untuk tidak merawatnya lagi, sebaliknya hanya menggunakan komputer2 di universiti lab atau library...
Stress kalau fikir cara nak ubat dia, sebab tak ada doktor yang mudah didekati =)

Manis...

Tapi alhamdulillah. Ada benda yang Allah nak tegur diri ini kot dengan cara Dia 'sakit'kan laptopku.. Sejak laptop sakit, bilik2 komputer di kampus menjadi bilik keduaku. =) Surau di kampus menjadi tempat tumpah air mataku. =) Kadang-kadang, library menjadi rumah keduaku. =) Alhamdulillah atas segalanya.. =) Hehe. Mula-mula agak sedih dan stress, lagi2 bila Tahun ke3, keperluan kepada laptop untuk tujuan akademik menjadi lebih besar dari sebelum2nya...


Menangisi ujian vs. menginsafi nikmat...

=) Alhamdulillah, Allah izin untuk kurasa nikmat di balik ujian kesakitan laptopku.. Kadang bila berjalan seorang diri ke library, mengatur langkah seorang diri ke uni..dan duduk di depan laptop, di dalam bilik yang kadang2 ada orang, kadang2 hanya kita penghuni tunggal.. banyak mengajar ku tentang erti syukur... Syukur sebab Allah masih bagi keupayaan untuk kaki berjalan ke library, berjalan ke uni.. Syukur sebab Allah atur kehidupanku dgn lebih teratur, siang buat kerja, malam untuk rehat (sebab hanya siang boleh keluar , kalau malam takut/tak berani untuk berjalan sorang2 ke library.. kalau dari uni, boleh balik paling lewat pukul 8, uni hanya +-5 minit dari rumah).

Ujian lagi..

Allah uji sikit dengan sakit neck, lower abdomen / back ---> kaki. Ada sekali terpaksa berjalan henti2 untuk sampai ke uni dan naik tangga ke tingkat dua untuk hantar satu esaimen di pejabat education department. Masa tu rasa cukup insaf dengan nikmat sihat yang sebelum ni tidak dihargai seperti saat itu. Alhamdulillah Allah bagi rasa seperti orang kurang upaya, walaupun sementara tapi bermakna.

Teringat pesan seorang guruku "Jaga kesihatan. Itu pun tanda syukur kita pada Allah. Kesihatan juga amanah Allah juga. Ingat tu. " Begitulah lebih kurang nasihat guru Bahasa Inggerisku di Kolej Islam dulu, di FB.

Nikmat masa...

Allah bagi kita sakit, untuk kita insaf dengan nikmat sihat..
Allah bagi kita susah, untuk kita ingat nikmat senang..
Allah bagi kita sibuk, untuk bagi kita hargai masa yang lapang..

Kadang, manusia perlu bersendirian untuk menginsafi diri.. Kalau betul2 hati kita Allah sentuh , air mata boleh saja jatuh tanpa kita sedar.. =) Banyak masa dan ruang yang ada untuk kita kutip REDHA Allah...

Bila melangkah untuk buat sesuatu yang baik, jangan lupa kita niatkan supaya Allah redha setiap satu langkah yang kita atur..Moga satu per satu langkah diiringi satu pahala.. dan moga langkah kita itu mendekatkan kita ke Syurga Allah..

Indah.. bila membayangkan para Malaikat meneduhi langkah2 kita , doa-doa makhluk Allah di sekeliling kita, di langit, di bumi, di lautan, mengiringi kita...Sambil2, kita sendiri boleh memaknakan lagi langkah yang diatur dengan menyebut2 Allah, mengulangi hafalan al-quran, mendoakan ibu bapa dan keluarga, umat Islam, guru2, sahabat2 dan semua muslimin.. Sehingga kita rasa perjalanan yang jauh menjadi singkat, kerana kita asyik dengan mengingat Allah dan mendoakan yang baik-baik..

Sama-sama doakan supaya Allah yang Maha Lembut, terus murah dengan kelembutan yang dihembuskan ke dalam hati-hati kita semua.. Bila hati kita lembut, insyaAllah mudah untuk menangis kerana Allah.. rasa lebih bersyukur, insaf dengan kekurangan.. dan memandang sesuatu yang mungkin dianggap kecil sebagai nikmat yang sangat besar hadiah daripada Allah... sebab kita memang tak mampu nak mewujudkan sesuatu itu dgn sendiri, melainkan Allah yg bagi..walaupun ianya sekecil-kecil nikmat..







Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..



Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan jadikan kita HAMBA-NYA yang sentiasa bercita-cita untuk lebih dekat pada-Nya. Ameen..

Terima kasih Allah atas PERJALANAN ini =)





p/s 1: Alhamdulillah, ku anggap rezeki tahun ini. Dapat hadiah iPod semasa birthday ke 23. Banyak jasa dia, Terutama untuk check email, baca attachment di email, skype and paltalk, serta FB. Dan banyak applications yang best : Mathurat, iQuran, Doa2, Period Log dll. May Allah bless.


p/s 2: Thank you my dear friend Ira for being my emergency unit. =D


p/s 3: Jom jadi muslim yang sihat.. Jaga postur badan, jangan angkat benda terlalu berat, buat kerja slow2 dan hati-hati...dan..rajin2 minum susu. Sayangi tulang anda. =) (3 tahun di Uk, baru dua kali ke Medical Practice. Alhamdulillah). =)

Monday, April 9, 2012

Realiti dalam mimpi


Kelihatan semua kalut
Berlari mendaki bukit
Menuju ke bilik-bilik kediaman
Yang persis asrama
Kuturut serta berlari2 anak
Menuju Ke arah bangunan di atas bukit
STOP!!!
Sepasukan askar
Lengkap berseragam dan bersenjata
Kami di arah untuk tidak berlari- lari
Jika tidak
Tembakan akan dilepaskan

Takut
Hanya mengharap pada Allah.

Ku terbangun
Hampir Subuh
Mimpi masih segar
Ketakutan masih bersisa
Namun yang pasti
Ketakutan yang dirasa hanyalah sedikit
Hanya 'al-khouf' yang sedikit
Belum lagi 'al-joo3'
Seperti yang dideritai oleh saudara-saudaraku
Di Palestine
Di Syria
Di Somalia
Dan mungkin di lain-lain tempat lagi...

Ya Allah, menangkan kami ke atas mereka yang zalim!

Al-khouf الخوف: ketakutan
Al-joo3 الجوع:kelaparan

Wednesday, April 4, 2012

Belajarlah dari duniamu





Bismillahirrahmanirrahim,
Salam 'alayk.

Sekadar berkongsi sesuatu yang menarik perhatian saya- Sekeping gambar yang penuh cerita dan pengajaran, insyaAllah. (bagi saya).

Gambar : Basikal yang menarik dan unik. Dikayuh oleh seorang lelaki (mungkin seorang ayah muda) di universiti saya.

Kagum. Mungkin dia bawa anak (atau mungkin anak-anak) dengan basikal ini.
Semangat. Rasanya beliau seorang pelajar di uni ni. Atau mungkin tutor? Allah knows.
Oh, para pensyarah di sini, ramai yang berbasikal datang uni. Dengan baju formal / kot . =) Tidak pernah dilihat di negara ku. Menarik. =)

Pengajaran:

- Kegigihan
- Status bukanlah material, dan material bukanlah status
- Terkenang waktu dahulu, ayah sangat gigih menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, dengan motor. =) May Allah bless my Ayah. Allahumma ameen.. =)

Nota kaki:

Belajarlah dari duniamu sekelilingmu. Mereka adalah guru. =)



nfes


St Augustine House


040412


~85 days to go~