Friday, March 9, 2012

MATI : Saat nyawa terpisah dari jasad.



Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan Nama Allah Yang Pemurah lagi Maha Pengasih,
Semoga sifat pemurah Allah dan kasih sayang Allah terus-terusan melimpah buat kita hamba yang hina.

Allahu Rabbi.




"Setiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."




Al-Anbiya':35




Sungguh, kematian adalah peringatan yang terbaik, untuk kita sebagai hamba kembali mengingat Tuhan, mencintai Dia dengan lebih mendalam, memohon ampun pada-Nya atas dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang, mendekatkan diri kita pada-Nya untuk menjadi hamba yang layak digelar orang soleh, hamba yang menikmati nikma-nikmat Syurga di Akhirat, dan hamba yang jauh dari panas dan dahsyatnya siksa-siksa Neraka-Nya.



Pemergian 2 pelajar UPSI, cukup menyayukan hati. Tidak pernah berjumpa, tidak pernah kenal. Tetapi Allah menyatukan hati-hati kita semua orang yang beriman (insyaAllah) dengan suatu ikatan yang tidak pernah putus, selagi mana hidup kita di atas jalan Aqidah Islamiyah..

Moga Allah ampunkan dosa Almarhumah Fatini dan Almarhumah Hidayah. Moga segala amalmu di dunia menjadi kiraan pahala di sisi Allah, dan moga Allah tempatkanmu bersama orang-orang yang soleh dan memperjuangkan agama-Nya. Allahumma ameen.





Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam iman. Kurniakan kami kesudahan yang baik (husnul khatimah) dan janganlah Engkau kurniakan kami kesudahan yang buruk (su'ul khatimah). Allahumma Ameen.




Al-faqirah ilallah,


nfes

18:06

Bangunan Laud,

CCCU
United Kingdom















Monday, February 27, 2012

Peliharalah kesucian CINTA



Bismillah,


Peringatan yang cukup menyentuh hati oleh seorang kakak yang kuhormati,

Pesan beliau:



1. Dalam perhubungan / pertunangan, jangan sampai ia menjauhkan kita dari Allah. Menyekat hubungan kita dengan Allah.



2. Apa-apa pun, yang utama dan paling utama adalah munajat dan pergantungan kita pada Allah. Kita tak akan tahu apa nasib kita, apa taqdir yang tersedia untuk kita. Jika betul Allah sediakan si dia untuk kita, akan sampai masanya nanti yang Allah akan ketemukan dan satukan kita dan si dia.



3. Orang yang beriman, Allah akan uji dengan musibah untuk dapat sesuatu yang indah dan nikmat. Bukan senang-senang Allah nak bagi suatu kesenangan buat orang yang beriman.



4. Orang yang beriman juga, Allah akan hadirkan suatu rasa dalam hati bilamana dia berbuat sesuatu yang maksiat dan salah dari ajaranNya. bersyukurlah jika masih ada rasa seperti itu, dan kembalilah pada Allah.



5. Taqdir sudah tersedia, tinggal saja untuk kita mendekatkan diri pada Allah, mohon kekuatan daripada Allah, mohon pertolongan daripada Allah, mohon petunjuk daripada Allah, di samping kita berusaha. Jagalah diri, jagalah istiqomah.



6. Istiqomah itu lebih baik dari karamah. Jika karamah itu susah untuk kita dapat, istiqomah lebih susah daripada itu. Sebab itu, ganjaran Allah sangat besar bagi orang yang istiqomah.



Semoga bermanfaat. Semoga terus menjadi pegangan diri dan peringatan buat diri. Moga Allah membalas dengan kebaikan dunia akhirat buatmu ukhti. :)

Semoga Allah beri kekuatan buat semua. Allah menguji untuk menguatkan kita, kerana Allah sayangkan kita. :')


Memetik kata-kata seorang ukhti fillah:


"Pelihara kesucian cinta, agar Allah swt mengurniakan kita cinta insan yang menyintaiNya..dan kita saling menyintai keranaNya.." (UmmuUmarAlFateh)

p/s: Maaf buat yang tidak suka artikel tentang cinta. Saya secara peribadi memandang positif dengan artikel cinta yang kian banyak di internet, kerana isunya juga tidak kurang dekat dengan suasana hari ini. Semoga menjadi peringatan buat diri sendiri dan semua. InsyaAllah.



Wednesday, January 18, 2012

Tuhan, tolong lembutkan hati hamba...

Tuhan tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintaiMu seadanya
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa nerakaMU

Tuhan aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkanMu kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..ampunkanlah hambaMu
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku tak akan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..jatuh air mataku
dan trus mengalir mengiringi doaku
Allah..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah tiba nanti..

Lagu: Mr Bie (Ombak Rindu Parody)
http://www.youtube.com/watch?v=NV80M3MatFs&feature=youtube_gdata_player

Saturday, November 26, 2011

Ibrah dari mata yang melihat...



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Salam 1 Muharam 1433H.
Semoga Allah ampunkan dosa2 yg lalu.
Semoga kita menjadi hamba yang lebih takut dan cinta pada Allah.
Ameen3x.

Ibrah. Pengajaran.

Alam & segala yang ada di dalamnya adalah pengajaran.
Manusia-manusia yang berada bersama kita adalah pengajaran.

Terpegun , kagum. Melihat anak kecil berumur 2 tahun, ikut bersolat di sebelah umminya.
Tidak kekok walau sedikit. Terpnacar jelas kebiasaan dalam setiap 'aksi'nya ruku'. sujud, qiyam. MasyaAllah. Walaupun rukunnya belum tertib, namun hati mana tidak sejuk melihat anak sekecil itu sudah 'pandai' dan turut mendirikan solat.

Terfikir.
Bagaimana boleh 'lahir' anak seperti itu?

Mungkin dengan bi'ah/suasana.
Mungkin juga didikan / suruhan.

'Meungkin' yang pertama lebih kuat rasanya.
Rutin/Amalan/Kewajipan yang setiap hari dilihat.
Bukan sekali dua, malah 5 kali sehari. Maka tidak mustahillah anak sekecil itu sudah faham bila solat, tidak boleh bercakap atau bergurau- hanya fokus melakukan pergerakan2 tertentu...

MasyaAllah.
Alhamdulillah.

"Wa ashlihli fi dzurriyyati..."

p/s: Gambar hiasan.


Wednesday, November 9, 2011

...Refleksi

Bismillah
Salam 'alayk

Refleksi hari ini:

~ Perlu melihat sesuatu lebih dari satu pandangan sahaja

~ Explore sesuatu yang baru untuk belajar sesuatu yang baru -cuba, wahai diri..

~ Kadang kita tidak 'nampak' kenapa kita perlu belajar sesuatu, namun bukan bermakna apa yg kita belajar itu sesuatu yang sia-sia. Menuntut ilmu saja sudah dapat pahala, melawannafsu
malas pun suatu jihad *susah ohh*, usaha untuk buat, juga dikira insya-Allah.

~ Sampai masa, Allah 'tunjuk' kat mana 'hikmah'nya sesuatu yang kita tidak 'nampak' sebelum ini..

~ Bersyukur dengan apa yang Allah bagi, positif dengan Allah . . Dasari kepercayaan kepada
dengan IMAN ( bertunjangkan tawakkal kepada yang Maha Hebat )

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

p/s: Saat lelah, hanya Allah tempat bergantung. Bagaimana pula saat kita tidak lelah?

Monday, November 7, 2011

Eidul Adha 1432 @ Canterbury

Salam 'alayk

Alhamdulillah, telah sampai bulan terakhir dalam kalendar Hijri . Suatu tanda tahun BARU bakal tiba tidak lama lagi, insyaAllah .

Selesai sambutan eidul adha bersama sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Allah England. Sederhana tetapi cukup meriah. Moga ada berkat dan kasih sayang yang Allah limpahkan di sebalik pertemuan/gathering. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita hari ini.

Refleksi diri sepanjang hari ini dan ketika berada di Masjid / Markaz di Uni of Kent usai Solat Sunat Eidul Adha dan Khutbah raya yang disampaikan oleh seorang Ustaz dari Palstine...

~Untuk lahir sebagai Muslim, adalah suatu bonus untuk kita. Untuk hidup sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqeen, adalah suatu harta yang paling bernilai. Bersyukur lahir sebagai muslin dan insyaAllah sama-sama cuba menjadi muslim, mukmin dan muttaqeen. Manusia yang hanya TAKUT pada Allah..

~Pertama kali bertemu orang yang tidak percaya pada mana-mana agama hanya kerana 'tidak mampu' untuk 'membeli' Tuhan.. (katanya) Allahu akbar. May Allah guide him..

~Indahnya Islam, tidak mengira warna kulit dan budaya, 'ubudiyyah / kehambaan kita hanya pada Tuhan yang Satu; Allah...

~Bersangka baik itu perlu, walau kadang terlalu 'tidak sedap' sesuatu itu di hadapan mata kita..

~Indahnya Islam, kerana sebab Islam, kita 'punyai' TAWAKKAL kepada Allah.. (lebih kurang, kata seorang sister)

Alhamdulillah, atas segala nikmatNya.
Moga Allah rahmati antum/all of you, insyaAllah.

nfe



Monday, October 31, 2011

PaTiEnCe



PATIENCE is not about how long one can wait, but how well one behaves while waiting...

~VERY TRUE!~

-Happy Muslim Husband and Wife-









Saturday, October 29, 2011

Jahil bukanlah penghujung...

Salam 'alayk,

Alhamdulillah.
Wa Astaghfirullah.

Reading Week sudah sampai ke penghujung.
Namun seakan tidak terasa.

:'(

......

Jahil bukanlah penghujung.

Jahala: Tidak tahu
Jahil: Orang yang tidak tahu

Bersyukurlah kerana Tuhan masih bagi kita PERASAAN.
Dengan perasaan, kita boleh sedar dan rasa bahawa diri kita masih lagi jahil.
Tidak tahu tentang banyak perkara.
Baik hal agama (asas kehidupan ) mahupun pengetahuan-pengetahuan lain untuk hidup.

Contoh:

Kita boleh jadi amat pandai/excellent dalam ilmu perubatan.
Namun pada masa yang sama tidak mustahil kita jahil dalam hal agama.

Kita boleh jadi pakar dalam bidang bahasa.
Namun kita boleh jadi jahil dalam bidang IT.

Kita boleh jadi amat bagus dalam seni dan nyanyian.
Namun kita juga boleh jadi jahil dalam hal pertukangan.

Bagaimana mahu TAHU?
Bagaimana mahu tingkatkan diri sedikit demi sedikit?

BERGAULLAH dengan yang AHLI.

i.e: Mahu tahu tentang agama, bergaullah dengan orang-orang soleh, ulama', guru-guru.
Mahu tahu tentang IT dan teknologi, bergaullah, bertanyalah kepada yang ahli / lebih tahu.
Mahu belajar kemahiran bertukang, bergaullah dengan ahlinya, bertanyalah dan perhatikanlah.

~ Jangan bersedih. Bergeraklah, walau terpaksa merangkak. Fitrah, kita saling memerlukan! ~

Jangan rasa malu.
Jangan memandang rendah.
Tunjuk ajarmu adalah sangat berharga.

p/s: Moga Allah permudahkan urusan kita sehari-hari.

Mode: GT540. Maju selangkah, terima kasih kepada yang ahli! ^_^



Wednesday, October 5, 2011

To love Allah...


-gambar: Buku Bawa Hatimu Kepada Tuhan fromShudy, Room 3, 3 Hamill Terrace, 2009-

Salam 'alayk

Just sharing a hadeeth (from our beloved Prophet Muhammad , Rasulullah s.a.w) :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Hebatnya CINTA Allah... Maha Hebat..

"Allahumma inna nas'aluka hubbak..Wa hubba man yuhibbuk..Wa'amalallazi yuballighuna/yuqorribuna hubbak.." Ameen ya Allah..

“Oh Allah, we ask You to make us love You, and to love those who love You, and to love the actions which make us near to Your love.”


p/s: Pray for me that I can FOCUS on my work.... T_T





Saturday, October 1, 2011

kosong=1