Sunday, February 28, 2010

What happened in Sheffield?

Bismillah.
Salam..

Alhamdulillah, selamat sudah menjadi penyokong pasukan netball n badminton CCCU n penyokong wakil futsal and basketball CCCU di Sheffield Games. Perjalanan yg bermula 7p.m. until 1a.m. agak berbaloi walaupun agak kepenatan. Tahniah kepada pasukan badminton CCCU, Fyza and Huda, dapat first runner-up. Netball, tempat ketiga drp 3 pasukan yg bertanding ;). Alhamdulillah 'ala kulli haal.. And antara part yg best, dpt rasa makanan Malaysia n rasa suasana pasar malam Kerinchi kat Food Stall yang memang happening! huhu.. First time jumpa nasi kerabu, sambal petai etc di UK :)

Namun di sebalik kemeriahan Sheffield Games yang berlangsung, rupa2nya something unexpected happened..Sedih bila dengar about Syah, Rahim and Fairus Inteam yang tersekat di UK Border Agency, Stansted Airport, London. Patut pun nampak Hazamin sedih je semalam ;(
Ada masalah rupanya..Plan Nasheed Extravaganza (NEXT) yg patut berlangsung dgn kehadiran Inteam, terpaksa di adjust disebabkan masalah yg tak dapat dielakkan tersebut..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(al-Ankabut: 2)

Sangat terharu baca corat coret In Team and tengok video Amin perform sorang2 (klik sini, sweet sgt video ni) , without other Inteam members..Manisnya ukhuwwah apabila semuanya kerana Allah :)

Moral of the story, about NEXT ni.. Kita merancang, sedetail2 perancangan sekalipun, Allah jua yang menentukan pengakhirannya.. Di sinilah perlunya sentiasa optimis/ husnu dzon / bersangka baik dengan Allah..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(al-Insyirah: 5-6)


Tahniah buat organiser dan semua yang terlibat dalam Weekend @ Sheffield.. Semoga setiap usaha diberi ganjaran olehNya..InshaAllah.

p/s: Mungkinkah akan ada Weekend @ Canterbury suatu hari nanti? ;)



Wednesday, February 24, 2010

Rehat2.CoratCoretMalamHari..

Salam.
Bismillah..
Corat-coret sambil ber esaimen..

Kenapa ada blog?
-Sebab 'best'..
Kenapa best?
-Sebab boleh tulis apa kita suka..
-Boleh luah apa kita nak luah..
Kat kawan2, takleh luah ke?
-Boleh..tapi tak sama..Kalau kat blog, instant projection of feelings can take place..Ngan kwn, tengok time diorang busy or tak nk dgr kita bebel..hehe..
Lagi?
-Kat blog, bila terlajak tulis,at least boleh la jugak di edit..Kalau lisan, terlajak tak boleh diundur..
"Terlajak perahu, masih boleh diundur lagi..Terlajak kata, buruk padahnya.."
Owh..

Lain2 sebab?
-Kepuasan..Menulis time ade feelings..main ikut je jari nk taip apa.. Macam sekarang.. Disaat kepenatan ber dating ngn esaimen n homework, (I should click this; as a reminder..hoho) sempat lagi membebel di blog..(n buka FB.That's the way.hehe) Kalau bebel sorang2, pelik pulak org bilik sebelah dgr..Bebel kat blog org tak dgr ;)

Lagiii sebab?
-Just simply because my heart loves putting my feelings into words..(when I feel like to) ^^

Daa~
Salam..

p/s: Takutnyaa.. sistem kt cni, nk dapat results distinction pun susah..huhu..Allahu yassir!!!

Monday, February 22, 2010

Pleading You...




Ya Allah..
Tuhan Yang Maha Mendengar segala rintihan.
Tuhan Yang Maha Pemberi kekuatan.
Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang tersirat.
Tanpa kami mengadu, sesungguhnya Engkau sudah tahu.
Namun, inilah harapan kami..
Kami mohon agar..

Engkau permudahkanlah segala urusan kami..
Jangan Engkau susahkan..
Kurniakanlah ketabahan dan kesabaran buat kami..
Akhirilah segalanya dengan pengakhiran yang baik..

Ameen..

"Don't despair and never lose hope, cos Allah is always by our sides.."

*Sabar ya kawan2 Hamill 3..May Allah ease..Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..
Teringat kata Kumpulan Mawaddah:

Kalaulah kita faham..
Tuhan ini siapa sebenarnya..
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya...

*Buat yang sedang exam, best of luck ya! Doa Ibu Ayah jangan lupa minta selalu..Berkat dan sangat mustajab inshaAllah..

Sunday, February 21, 2010

Tenang...


Alam sumber Ma'rifatullah...
Alam sumber Zikrullah...
Alam sumber Ketenangan..











Friday, February 19, 2010

Pray For me..*the list's getting longer*



Bismillah..
Salam..

MY IMPORTANT DATES

Assignments n tasks: Deadlines

Micro-teaching 1: 8 Mac
Language Awareness Portfolio: 10 Mac
Language Development Presentation:11/12 Mac
Understanding Learners and Learning's presentation:16 Mac
Drama:19 Mac
Micro-teaching 2: 22nd Mac
Language Development Portfolio: 24 Mac
Creative Drama Portfolio: 28 April
English Language Teaching Methodology: 5 May
Literary Analysis Essay2: 12 May

FINAL EXAM: 24 May - 4 June
HomeSweetHome: 5 July - 21 Sept (Summer Break)

*5 Mac
*25Mac


Allahummayassir wa la tuassir waatmim bilkhair ya Kareem..

Words of Wisdom from Mama

Bismillah..
Salam Mesra :)

Alhamdulillah..di saat2 minda yang kepenatan memikirkan hal2 kerja, sedikit motivasi disuntik dalam diri ini.. jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Mungkin ramai yang sudah enak dibuai mimpi..Dan di tanah air, masing2 sudah bertebaran di muka bumi Allah yang luas, mencari rezeki dalam redhaNya..

Alhamdulillah.. Terima kasih Ma and Mama.. Kalian buatku tersenyum dengan kata yang tersusun indah.. Menyuntik semangat untuk terus berusaha dan bekerja despite halangan dan cabaran yang kuat berjauhan dari insan2 tersayang..

Tidak cukup dengan membaca text sms, ku call direct..Terima kasih, aku insan bertuah memiliki kalian berdua... Ma and Mama, I love u both so much..

"Hujan mas di negeri orang, baik lagi hujan batu d negeri sendiri..Kuatkan iman di dada menempuh ketidakselesaan. Jangan mudah terpengaruh budaya yg merosakkan. Buktikan Islam itu indah, terbaik dari segi akhlak, aqidah, pakaian..Peluang pelajar2 menjelaskan apa itu Islam dan cara langsung pelajar2 harus berilmu utk memberi penjelasan dan tidak membayangkan kepada 'mereka' bahawa kita jahil bila menjawab soalan2 yg dikemukakan. Ramai pelajar tidak dapat memberi jawapan tepat berkaitan Islam kepada orang bukan Islam. Semoga menjadi insan sejati.."

Sungguh mahal ayat2 ini.
Bagaikan terketuk hati membacanya..
Semoga terus menjadi motivasi diri untuk terus tabah dan tidak jemu menuntut ilmu..
Penguat semangat untuk terus melakukan yang terbaik dalam segala hal..

Terima kasih Mama..
"Haaza min fadhli Rabbi.."

Anakanda yang jauh (namun dekat di hati),
~Faizatul Ema~

p/s: Duit elaun cukup?
"Alhamdulillah setakat ni cukup Ma.."
Bagus kerajaan.. :) Sempat Mama pesan, Balik nanti, jangan lawan kerajaan! hik hik.
"Takpe Ma, Ema tak tunjuk! hehe " ;))

Thursday, February 18, 2010

Sugus dan Mentos


Bismillah.
Salam.. ^^

Alhamdulillah, hari yang ceria!
Dah setelkan beberapa hal. Termasuklah tukar password Uni Email. Syukur . ^^

Sugus dan Mentos.
Tanda rindu.
Pada si dia.

Nakal tapi baik.
Banyak cakap, bijak.
Manja.
Cepat jealous.
Miss You.


~Wan Muhd NurHazeem~

Sekeping poskad bergambar DINOSOUR.
Sungguh bermakna buat insan kecil berumur 3 tahun.

"Ma, cepatla anta Ajim balik umah Ibu, nk tunjuk dinosour K.Ema bagi.."
"Ma, comey dop dinosour jim?"
"Ma, Ajim sayang Keyma (mcm2 diriku dipanggil.huhu).."

Terharuuu...

Sangat menyedarkanku tentang..The sense of being appreciative..
Uniknya tarbiyyah.
Betul, kadang yang tua di tarbiyyah oleh yang kecil, muda.

Hargailah apa yang anda ada.
He gives all what we need, but maybe not all that we ask..

Salam Rindu buat si kecil :)

Wassalam..

Feel like having Insomnia..

Salam...

I'm writing for the sake of doing something worthwhile (hopefully) whilst spending my emergency time of waiting for these pair of stubborn eyes to close..Trying hard to lay on my back and have some rest but it's just too hard, just like they did last night. Huhh. Feel like vomiting every time I force myself to sleep. The same feelings which I always have during assignment seasons, I guess. huhu. Why oh why: no idea! (-_-").

Nothing much academic to do at this particular moment in which I think my brain is not working at its optimum ability. Just replaying Devotees' song, Setiap Kali..Such a very nice and meaningful song..




Not forcing myself to continue my work, yet forcing my eyes to close..Is it because I'm reaching the limit now? Or should I say that I'm playing with the skills of reasoning? ;). ----> NO. and. YES. ;)

One thing I kinda dislike is: Checking emails, which I usually force myself hard to do so. I'm sorry, my bad. That's why I was sometimes lagged behind . huhu. Seeing bundles of emails in my inbox gives me a deep sigh. Huhh..


Huhh..*again*

"Indeed, mankind was created anxious"

(Al-Maarij:19)

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat suka mengeluh..

Not blaming the nature of the creation, but highlighting that it's something common to feel anxious :)


Setiap Kali...

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

Wassalam..

~Just dropping by. It seems that my stubborn eyes still refuse to close. insomnia kah?


Tuesday, February 16, 2010

Aku manusia biasa

Sekejap cuma rasa diri ini kuat..
Alhamdulillah, berbekalkan kekuatan darinya..
Namun..
Ia datang lagi..

R.I.N.D.U.

Rindu pada insan yang telah pergi...
Semoga Allah tempatkannya bersama hamba2Nya yang beriman..
Semoga 'dia' baik2 saja di sana..
Ameen..

Ada ayat2 suci yang betul2 mengingatkan aku padaNya..
Ayat2 yang selalu bermain di bibirnya..
MaashaAllah!
Sungguh rindu saat itu..

Pusaranya yang belum pernah ku kunjungi..
Hanya doa dari jauh mampu kukirimkan..
Terlintas niat, untuk menziarahinya nanti..
InshaAllah!

Allah..
Sampaikan rinduku yang lama terpendam, buatnya yang jauhhh...
Kumerinduimu, dengan rindu yang terus berpanjangan tanpa noktahnya..

T_T


Thursday, February 11, 2010

In a relationship...

Bismillah.
Salam buat semua.

"In a relationship". Itu antara option untuk status d FB. hehe.
Kenapa takde "In many relationships"? kalau ada, itu yg saya pilih! :)

Saya bukanlah insan yang layak untuk berkata-kata banyak dalam hal relationship ni. Namun terdetik dan terfikir...betapa persefahaman sangat2 penting dalam sesebuah perhubungan.. Apa-apa bentuk perhubungan saja, i.e: antara family, adik beradik, suami isteri, kawan2....

Pentingnya saling memahami..Kalau kita tak faham seseorang tu, maka boleh timbul mcm2 masalah..Anak tak faham yang ayah sibuk, maka mulalah salah sangka yg ayah tak sayang dia.. Mak suka asam pedas, ayah suka kari, maka boleh gaduh..sebab masing2 tak faham selera msing2, n tidak mahu memahami dan tolerate..Cikgu tak faham student y tu slow learner, pastu marah2 sebab student tu susah faham bila diajar..Huhh..macam2...Pentingnya MEMAHAMI orang lain dalam kehidupan kita..

Bab nikah kawin pun satu hal..(bab kawen lagi?ayyookk). Penting nya ade persefahaman..pentingnya ade penyatuan fikrah..Pentingnya jika fikiran, kefahaman itu bersatu..Kerana bnyak masalah yang boleh dielak.. Jika suami sibuk berdakwah n berprogram, isteri tak faham..mesti tak bagi greenlight, sape sanggup kene tinggal sokmo? huhu. Macam tu jugak bila isteri pulak sibuk berprogram, dapat suami yg kurang faham, ade plak yg jealous n sangsi tak bertempat.huhu. Maka, dilihat sgt2 penting jika kedua2nya faham ERTI HIDUP, jelas dengan fikrah Islam yang dipegang, dan BERSATU atas kepercayaan yang sama..

Itu dari segi fikrah...Lagi satu..

(Fikrah Islam ialah ajaran Allah,yang LENGKAP yang SEMPURNA, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin. Aspek kehidupan, termasuklah: EKONOMI, SOSIAL, POLITIK, PENDIDIKAN, IBADAH dan macam2..senang kata segala yang ada dalam hidup, wajib berlandaskan ajaran Syar'ie @ agama..)

Men are from Mars, Women are from Venus..sebuah buku yang famous meng highlight kan bhawa sesungguhnya lelaki dan wanita itu dicipta dengan ciri2 yang berbeza...Namun, itulah complement :)

"When men and women are able to respect and accept their differences then love has a chance to blossom."
(John Gray)

Sekadar berkongsi:

Wassalam..wbt..

Wednesday, February 3, 2010

Musim Kawen

Salam :)


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

**Bakal2 isteri, semoga semua menjadi penyejuk mata penenang hati ya..inshaAllah..

KAWEN.
Topik hangat sepanjang zaman rasanya, lagi2 bg golongan2 yg dah n bakal masuk so-called alam dewasa. 21, I guess? hehehe..

Lately, makin bnyak cerita pasal kawen yg menjdi buah mulut org sekeliling..jd subject matter. Topik after makan, topik tgh jln balik dr kelas, topik time break, senang kata topik yang tak pernah jemu dibincangkan? kenapa ya? ;)

Baru2 ni:Tumpang gembira dgn sahabat sekelas mse Form 4 di Kolej Islam, selamat melahirkan seorang puteri..Tahniah buat Husna and suami dengan kelahiran Hibriyah :). And lately juga, sibuk bincang hal kawen one of my best friends..Moga Allah permudahkan jalan kebaikan :). And baru hari ni, ternmpak kat page FB my batch-mate, nmpak gaya macam on the way je tak lama lagi..huhu. And today jugak, dapat berita yg my Class monitor, again, Classmate mse Form 4, akan melangsungkan akad nikah tak lama lagi.. Sekalung tahniah. Semoga Allah memberkati kalian semua..

Jalan dulu ya, kawan2..saya bagi chance. hehe.. Well I guess, kene kawen lambat kot, coz tak puas bermnja dgn mak lagi ;)

Apa-apa pun.. rasanya tak salah jika mengambil langkah macam kawan2 yg sy sebut di atas.. Kahwin time belajar.. Jika itu adalah yg lebih baik n boleh elak maksiat , n dah rasa mampu and bersedia utk pikul tanggungjawab sebagai suami or isteri, and at the same time, anak n student.. Boleh je.. Mintak greenlight drp parents, doa supaya dilembutkan hati utk terima keputisan kita, then langsungkanlah yg baik itu.. :) *ceh cakap senang je ni ..hehe*

Tapi itulah, personally..Rasanya kalau dah duk se uni, selalu jumpa, selalu spend time together..ada baiknya KAWEN saja..Mungkin itu yg lebih baik. *Budak2 KPM, ingat, kawin boleh, jgn pregnant je dulu. hehe.. :)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

**Selamat memilih yang terbaik! ;)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

**He..tengok tu..sweetnyaaa.. bakal2 suami..contohilah Rasulullah :)

Sekian bab kawen utk kali ini~
Wassalam..

Tuesday, February 2, 2010

Surah2 dalam Al-Quran

Bismillah..
Teringat nostalgia mase duk asrama mase skolah dulu..Mase tu kat Kolej Islam..Sangat2 merindukan program2 tarbiyyah yg berterusan..Nk share nasyid surah2 dalam al-quran yg kami bce bila abis sesi tahsin qiraat sbl Maghrib..Indahnya hidup dalam tarbiyyah! :)

Kalu nk dengar, pause background song ni ye..for a clearer audio ;)



Hafal nasyid ni, boleh ingat nama2 surah dlm Al-Quran ;)