Wednesday, November 3, 2010

Dariku Untukmu




Siapa sangka, sebaris ayat yang ringkas, mampu membuatkan kita menitiskan air mata..
Siapa sangka, sebaris kata yang terucap, mampu membuat hati terluka..
Kadang, profesionalism yang cuba dipertahankan tertewas oleh emosi yang beraja..
Apakan daya...

Diriku seorang wanita, dan ku menulis atas dasar dekatnya diriku dengan kaumku sendiri. Dan ku kenal mereka, melalui diriku..Mungkin tidak semua, tapi pasti ada persamaan.

Terkadang tersembunyi sejuta rahsia di balik senyuman seorang wanita. Siapa sangka, di wajahnya terukir senyuman indah menawan, namun di hati, duka tersimpan..Lara terpendam...

Kadang dia rasa lelah dan lemah..
Maka, kuatkanlah dia..
Cukuplah dengan ungkapan indah, belaian lembut..
Jiwanya kembali kuat..

Siapa sangka juga, di balik kata-kata indah yang lahir dari mulutnya, senang di dengar
.. Tidak lokek dengan nasihat..Dan telinga yang tidak penat mendengar...Namun di balik semua itu, hatinya sarat dengan beban yang ditanggung...

Kadang, dia perlu masa untuk bersendiri..Kadang, dia perlu seseorang ada di sisi..Tiada lain, yang didambakan hanyalah telinga untuk mendengar luahan hati..lisan yang ringan dengan kata-kata pujukan pemberi semangat, sentuhan lembut penuh perlindungan..

Jangan takut untuk dekati dia, kerana mungkin dia tidak mampu untuk meminta, namun jauh di sudut hati, menanti-nanti ada yang tiba..
Jangan takut jika tiada bicara darinya, kerana terkadang waktu yang dinantinya..
Jangan terlalu memaksa, kerana yang lebih baik adalah dalam rela..
Yang kau perlu hanyalah, sabar menanti dia memulakan bicara...

Dalam jiwa seorang wanita, ada sekeping hati yang mudah tersentuh..
Dalam jiwa wanita juga, ada sekeping hati yang boleh jadi amat kental..
Siapa sangka, kedua-duanya adalah sekeping hati yang sama..?


"Setiap air mata yang mengalir..Setiap derai tangis membasahi.."


p/s 1: Jangan tertipu dengan simbol ini: =)
Kadang, 'smiley' tidak menjanjikan 'senyuman' di hati seorang wanita..

p/s 2: Please note the use of 'kadang'... it means, 'not always..'

3 comments:

Anonymous said...

Mengingatkan pada seorang insan..

~Ntah~

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Anonymous..
Siapa anonymous ni ya?

Oh..mungkin ramai yang berperwatakan macam tu...Dan mungkin juga ada wanita yang tidak sama..

Anonymous said...

salam.. maaf lupa nk perkenalkan diri.. saya mr.Ntah.. hehe.. kita kenal sebenarnya..

honestly sy tertarik dgn nukilan awak.. saperti saya tertarik dengan ungkapan dalam lagu Nice-Delusi ummi.. "Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa".. paperpun terima kasih.. =)

~Ntah~