Alhamdulillah.
Wa Astaghfirullah.
Reading Week sudah sampai ke penghujung.
Namun seakan tidak terasa.
Namun seakan tidak terasa.
:'(
......
Jahil bukanlah penghujung.
Jahala: Tidak tahu
Jahil: Orang yang tidak tahu
Bersyukurlah kerana Tuhan masih bagi kita PERASAAN.
Dengan perasaan, kita boleh sedar dan rasa bahawa diri kita masih lagi jahil.
Tidak tahu tentang banyak perkara.
Baik hal agama (asas kehidupan ) mahupun pengetahuan-pengetahuan lain untuk hidup.
Contoh:
Kita boleh jadi amat pandai/excellent dalam ilmu perubatan.
Namun pada masa yang sama tidak mustahil kita jahil dalam hal agama.
Kita boleh jadi pakar dalam bidang bahasa.
Namun kita boleh jadi jahil dalam bidang IT.
Kita boleh jadi amat bagus dalam seni dan nyanyian.
Namun kita juga boleh jadi jahil dalam hal pertukangan.
Bagaimana mahu TAHU?
Bagaimana mahu tingkatkan diri sedikit demi sedikit?
BERGAULLAH dengan yang AHLI.
i.e: Mahu tahu tentang agama, bergaullah dengan orang-orang soleh, ulama', guru-guru.
Mahu tahu tentang IT dan teknologi, bergaullah, bertanyalah kepada yang ahli / lebih tahu.
Mahu belajar kemahiran bertukang, bergaullah dengan ahlinya, bertanyalah dan perhatikanlah.
~ Jangan bersedih. Bergeraklah, walau terpaksa merangkak. Fitrah, kita saling memerlukan! ~
Jangan rasa malu.
Jangan memandang rendah.
Tunjuk ajarmu adalah sangat berharga.
p/s: Moga Allah permudahkan urusan kita sehari-hari.
Mode: GT540. Maju selangkah, terima kasih kepada yang ahli! ^_^
No comments:
Post a Comment