Monday, November 7, 2011

Eidul Adha 1432 @ Canterbury

Salam 'alayk

Alhamdulillah, telah sampai bulan terakhir dalam kalendar Hijri . Suatu tanda tahun BARU bakal tiba tidak lama lagi, insyaAllah .

Selesai sambutan eidul adha bersama sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Allah England. Sederhana tetapi cukup meriah. Moga ada berkat dan kasih sayang yang Allah limpahkan di sebalik pertemuan/gathering. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita hari ini.

Refleksi diri sepanjang hari ini dan ketika berada di Masjid / Markaz di Uni of Kent usai Solat Sunat Eidul Adha dan Khutbah raya yang disampaikan oleh seorang Ustaz dari Palstine...

~Untuk lahir sebagai Muslim, adalah suatu bonus untuk kita. Untuk hidup sebagai seorang muslim, mukmin dan muttaqeen, adalah suatu harta yang paling bernilai. Bersyukur lahir sebagai muslin dan insyaAllah sama-sama cuba menjadi muslim, mukmin dan muttaqeen. Manusia yang hanya TAKUT pada Allah..

~Pertama kali bertemu orang yang tidak percaya pada mana-mana agama hanya kerana 'tidak mampu' untuk 'membeli' Tuhan.. (katanya) Allahu akbar. May Allah guide him..

~Indahnya Islam, tidak mengira warna kulit dan budaya, 'ubudiyyah / kehambaan kita hanya pada Tuhan yang Satu; Allah...

~Bersangka baik itu perlu, walau kadang terlalu 'tidak sedap' sesuatu itu di hadapan mata kita..

~Indahnya Islam, kerana sebab Islam, kita 'punyai' TAWAKKAL kepada Allah.. (lebih kurang, kata seorang sister)

Alhamdulillah, atas segala nikmatNya.
Moga Allah rahmati antum/all of you, insyaAllah.

nfe



2 comments:

Sufiana Mohamed said...

salam, singgah baca kisah hidup penulis, xkenal tp blh brkenalan kn.....alhamdulillah, anda terpilih utk berada di luar negara, cabarn psti brbeza, ruang lingkup dkwh semakin besar agknya...anda bertuah! kita semua beruntung hdup dlm ISLAM...): Sibuk ke buat-buat sibuk??

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Waalaikumussalam ukhti fillah, terima kasih sudi singgah dan komen.. =) alhamdulillah alhamdulillah alahamdulillah wa astaghfirullah. Nikmat yg juga boleh jadi ujian, kan? :)

doakan saya di sini. Salam ukhuwwah =)

ema