Saturday, April 30, 2011

Doa waktu Dhuha

Salam Dhuha yang penuh barakah ^^







“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh"





Monday, April 25, 2011

7 golongan 'ISTIMEWA'....


Berkata Abu Hurairah r.a : bahwa Nabi saw telah bersabda: "Ada tujuh kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya. Mereka adalah pemimpin yang adil, anak muda yang senantiasa beribadah kepada Allah Azza wa Jalla, seseorang yang hatinya senantiasa dipertautkan dengan mesjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab: "Sungguh aku takut kepada Allah", seseorang yang mengeluarkan shadaqah lantas di-sembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian ia mencucurkan air mata". (H.R.Bukhary - Muslim)

Selamat menghayati dan muhasabah..


Wednesday, April 20, 2011

Subhanallah......

Subhanallah. Just sharing. May we get closer to our Creator, Allah the Greatest..IsnhaAllah..

Let us recite this du'a when we witness Allah's power from all the creations He made..Subhanallah.. :

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ
فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

[آل عمران :191]

"Robbana ma kholaqta haza baathila..Subhanaka faqina azaabannaar.."

Our Lord! Not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire[3:191]

Surah Ali Imran:

‎190. Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day,- there are indeed Signs for men of understanding,-

191. Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): "Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire.





Ritma Kehidupan


Huluran salam berhias senyuman
Pertemuan mengeratkan perhubungan
Saling bermesra kukuhkan ikatan
Persaudaraan di dalam keredhaanNya

Irama nan syahdu kita dendangkan
Berkias ungkapan penuh makna
Menyatukan kita dalam ritma
Santun kata beralas budi bicara

Di dalam lagu kita dipertemukan
Di dalam restuNya kita bergandingan tangan
Meneruskan cita-cita kehidupan
Dalam suasana kedamaian

Berjauh berpisah berjarak menyusuri fitrah
Merindu menanti mengharap mendamba dalam gundah
Air yang mengalir dicincang tiada kan putusnya
Biduk lalu kiambang bertaut semula

Berpesan-pesan sesama saudara
Meneruskan seruan Rasul junjungan
Saling berdoa memohon rahmatNya
Bertemu tak jemu berpisah tidak gelisah

By: Hijjaz , Ritma Kehidupan

Tuesday, April 19, 2011

How To Be a Productive Muslim

Assalamualaikum ^^

Just sharing.. Thanks to the person who made this video, may Allah bless you..
Youtube link here.
Moga bermanfaat ! ^^

video

Moga Allah bagi kekuatan untuk menjadi lebih baik.
Moga Allah bagi kekuatan untuk istiqomah dalam kebaikan.
Ameen..

[FWD] Daaruttaqwa dan Datuk Johar


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan.
Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

“Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.”

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh.

“Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. “

“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa.”
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…”
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!”
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.”

“Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”.

Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…”

“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….”

Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan !”ujarnya kepada pelayan.

“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.

“Ya ! Apa peliknya?”,

“Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?”tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit …malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.

”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.�
�Oh…!� keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik.

“Tambah nasi sepinggan lagi!” ujarnya kepada pelayan restoran.

“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.

“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram.

“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�

“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.

“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..”

“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya.

“Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma."
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.

Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA’. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI�.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

“Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang…”

“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,”

“Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta…….
stanza hati merindu Ilahi!”
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.”

“Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.”

” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.”

“Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

“Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !”

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr. Johar.

“Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…”

“Habis, mereka mahu apa?”

“Mereka mahu Islam, Datuk!”

“Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

“ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI”

“Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah”

p/s: Ini hanyalah hasil copy and paste daripada apa yang dikongsi oleh seorang sahabat. Moga bermanfaat buat semua. Maaf, tidak dapat kenalpasti penulis asalnya siapa... May Allah bless him/her.. Ameen..

Thursday, April 14, 2011

Maksiat, Dosa dan Taubat

Assalmualaikum. Mari sama2 sucikan jiwa...

-Moga bermanfaat-




Wednesday, April 13, 2011

Teman assignment-ing


Antara dua...


Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya

Sepatutnya rasa malu kepadanya
Kerana anugerahnya kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan

Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya

Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta

By: Hijjaz , Antara mata dan hati

Fitrah


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

By: Hijjaz, Lukisan Alam

Kuasa mata hati jika.....


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

by: Hijjaz (klik link untuk ke Youtube)

Tuesday, April 12, 2011

Imam Hassan Al-Banna dan IkhwanulMuslimeen


Renungan Untuk Aktivis Dakwah



Moga bermanfaat. Selamat mentadabbur Al-Maidah 54-56 :-)

This is dakwah



Buka mata, buka minda, berpandulah pada wahyu :-)
Allahummansurnal islama walmuslimin, fi kulli makan, wa fi kullizzaman..
Allahumma ameen ya Rabb..

(ya Allah, bantulah Islam dan umat2 Islam di mana2 sahaja dan bila2 masa sahaja..Ameen..)

Monday, April 11, 2011

For my sisters out there ^^

Assalamualaikum, Islam is indeed beautiful..Alhamdulillah let us all praise Allah for this ni'ma.. Proud to be a muslimah, alhamdulillah! A special gift for you, my sisters fillah... May Allah bless all of us..ameen ya Rabb.. Enjoy listening/watching/reading! ^^ A reminder for us..


With Love,
Your sister fillah; Ema

Saturday, April 9, 2011

Tulipa~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..

Alhamdulillah3x, atas segala nikmat yang masih melimpah ruah ke atas kita, walau diri penuh dengan dosa.. Sama-sama doakan agar tidak putus rahmat kasih sayang Allah sehinggalah nyawa bercerai dari badan..dan sama-sama mengharap rahmat Allah masih ada untuk terus kita damba SyurgaNya..

Alhamdulillah, Allah izin pagi / dinihari sempat bertanya khabar dengan sahabat-sahabat sepersekolahan di Malaysia. Bermula dengan tanya khabar, kemudian bercerita dan menyebut2 kisah silam yang cukup bermakna. Sahabat-sahabat yang banyak mengajar erti hidup bersama, belajar bersama dan mendapat redhaNya bersama. Tidak kunafikan, kehidupan di asrama SMKA Wataniah, walaupun hanya sekejap, memberi makna yang mendalam .. Di situlah diri ini mula sedikit demi sedikit belajar erti hidup sendiri, belajar mengamalkan ma'thurat, kenal tarbiyyah, mengurus diri dsbg, sebelum melangkah ke bumi tarbiyyah yg lain (Walaupun boleh je balik tiap-tiap minggu ke rumah sebab dekat, jalan kaki pun boleh) ;-)

Alhamdulillah, wanita, secara umumnya tidak dilihat pelik jika meminati bunga. Diri ini sendiri, amat menyukai alam (tumbuhan, bukan haiwan..he..) . Menjadi impian sejak kecil, untuk melihat dan memegang bunga tulip dengan mata kasar dan dengan tangan sendiri.. Sehinggalah jika ada terjumpa gambar yg cantik, atau artikel pasal tulip, akan menjadi koleksi... Tapi dah tak dapat dijejaki koleksi2 itu :( [Pindah rumah and duduk jauh- alasan.he..]

Jika dirujuk pada entry Kembara Istanbul , nota tambahan ke 8; perkara yang dimaksudkan adalah sebuah artikel yang menceritakan tentang asa usul tulip. Allah izin, diri ini ingat-ingat lupa tentang fakta tersebut . Sehinggalah hari terakhir, semasa menunggu di lobby hostel, selagi ingat dan selagi ada wireless internet connection, ku cepat2 buat research kat Google (Ingin tau punya pasal, tak senang duduk) .. Mencari dan mencari artikel yang sama (jika bernasib baik). Dan terjumpalah satu artikel, tak pasti sama atau tidak, namun ada menyebut2 bahawa asalnya tulip adalah dari negara Turki. Ingatan 'ingat2 lupa' ku masih boleh dipakai ;-)

Dan pagi ini, kuhadiahkan sekeping gambar kepada sahabat ku, Ja, yang dikenali sejak berada di SMKAWA. Allah izin, kami berkongsi minat yang sama :-) Then, pagi ini jugalah terjawab suatu persoalan yang tersimpan...

Ini komen Ja:

"cantikkkk..lawaa..comeiii.
.nk g turki~ [ema, asal usul tulip y ema bg ja mase form2 ade lagi smpi sekarang..] "

Ya Allah! Hati mana tak terharu... Artikel yang dihadiahkan masa form 2, masih tersimpan. ( Rupanya diri ni lupa artikel tu dah di bagi kat sahabat..hehe...'ingat2 lupa', nak wat guane. )

Tulipa~

Boleh tengok link ini (Asal Usul Tulip) , tak pasti adakah artikel yang sama yang pernah disimpan dulu .. Tapi isinya lebih kurang.. :-)


~ oh love.. ~

Sekadar meluahkan rasa syukur dikurniakan sahabat2 yang memberi makna pada indahnya ukhuwwah inshaAllah. Moga ikatan yang ada terus disuburi cinta keranaNya, ameen.. Wassalamwrb. :-)

Ya Allah kurniakan kebaikan dunia akhirat buat semua sahabat2 ku..

cc: Sahabat2 sepermainan/sekampung, Tabika Perpaduan, SKAK, SMKAWA, KISAS, PLKN, IPBA, CCCU.. dan di mana2 sahaja yang pernah dikenali..



Wednesday, April 6, 2011

Di hamparan ini ku meminta...




Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

By: Irsyadee & Hafiz Hamidun

Penantian...



Penantian adalah satu ujian,
tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
karena keimanan tak hanya diucapkan,
adalah ketabahan menghadapi cobaan,
sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam asa diri menjemput berkahMu,
tibalah ijinMu atas harapan ini,
Robbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terangmu selalu,
Robbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala rasa diri.



Tuesday, April 5, 2011

Ke mana hilangnya cemburu?

Bismillah.
Salam 'alayk.

Diri ini bukanlah layak, namun ianya untuk peringatan buat pemilik jari-jari yang menulis ini..jua buat sahabat-sahabat..

Dilahirkan sebagai seorang wanita merupakan kurniaan yang amat indah ( Jika dilahirkan sebagai lelaki, diri ini turut akan rasa bertuah). Alhamdulillah, cantik susunannya. Menjadi wanita amatlah senang, namun menjadi wanita mukminah , mujahidah dan solehah bukanlah semudah yang disangka. Sungguh banyak 'halangan' yang menunggu di sepanjang jalan- Terlalu negatif dan tidak adil bukan?

Sahabat-sahabat seperjuangan yang imannya teguh dan kuat dengan izin Allah,

'Halangan' yang ada bukanlah sesuatu yang tidak adil . Halangan yang ada adalah suatu ujian, untuk menguji sejauh mana percayanya kita pada janji-janji Allah. Untuk menguji setebal mana iman (yang sedia nipis) untuk menjadi bekal juga benteng sepanjang pengembaraan kita di bumi yang sementara ini. Jika difikir-fikir dengan lebih mendalam, halangan-halangan yang ada jugalah yang menjadi MOTIVASI buat wanita yang berjiwa hamba. Sungguh, kita tiada daya, melainkan kekuatan itu daripada Allah. Dengan adanya halangan-halangan (ujian), menjadi asbab (penyebab) untuk kita merayu, merintih, meminta secebis kekuatan, keteguhan iman , perlindungan dan macam-macam lagi tanpa pernah rasa jemu daripadaNya. Hebatnya susunan Allah, bukan? Tanpa wujudnya ujian-ujian, kita mungkin akan terus hanyut dan tidak mustahil untuk hilang rasa kehambaan .. (Nauzubillahi minzalik)

Cemburu.

Cemburu itu satu keperluan. Hilangnya rasa cemburu, maka hilangnya sensitiviti dan pudarlah usaha untuk kita meraih sesuatu yang baik. Siapa tidak cemburu melihat sebuah keluarga yang bahagia dan menghidupkan amal-amal islami dalam kehidupan? Siapa tidak cemburu melihat sahabat yang sangat tekun menuntut ilmu dan mengamalkannya pada jalan yang betul? Siapa yang tidak cemburu melihat sahabat-sahabat yang tidak pernah kedekut harta dan selalu menginfaqkannya pada jalan Allah? Dan siapa yang tidak cemburu melihat seorang wanita yang solehah, yang menyejukkan mata-mata yang memandang, serta yang membawa tempias kemanisan iman pada orang-orang sekelilingnya? Ah, aku patut rasa cemburu...

Fasa Mujahadah.

Tidaklah mudah bagi seorang wanita untuk bergelar mujahidah solehah yang berperang dengan segala macam dugaan/ujian/cabaran/nafsu. Selaku wanita yang belum lagi menjadi sayap kiri perjuangan seseorang, aku turut merasainya. Berjuang dengan sesuatu yang amat dekat mahupun jauh dengan diri. Pernah rebah, namun harus bangkit. Rebah sekali bukanlah bermakna tiada ruang untuk kita berdiri semula, sungguh rahmat Allah amat luas. Begitu juga pengampunanNya. Teringat hadis baginda s.a.w:

A group of the Sahabah asked Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him): “Teach us which kind of wealth is best, so that we may try to acquire it?” He (Peace Be Upon Him): said: “The best is a remembering tongue (one that remembers Allah), a grateful heart and a believing wife who helps one’s faith.” (Reported by
Ahmad, 5/278; al-Tirmidhi, 3039; Saheeh al-Jaami’, 5231).


A believing wife who helps one's faith- Bagaimana untuk kita menjadi isteri yang membantu meningkatkan iman suami, andainya dari awal lagi kita menjadi penyebab imannya turun? Astaghfirullah, ampunkan dosa kami ya Allah. Dahsyatnya fitnah yang dibawa oleh seorang wanita. (Namun, lelaki juga boleh menjadi fitnah dan penyebab turunnya iman seorang wanita.) Maka amat penting bagi kedua-dua (lelaki dan wanita) untuk berusaha membenteng diri, memperbanyakkan muhasabah, menambahkan amalan-amalan, membanyakkan istighfar dan mohon ampun, menyibukkan diri dengan urusan-urusan untuk mencapai redhaNya, terus-terusan berdoa dan bermunajat, dan mempersiapkan diri untuk menjadi insan terbaik di mata Allah dan pasangannya apabila tiba waktunya. Ya, bukanlah mudah, malah memakan masa, namun nikmat yang bakal dirasa pasti tidak terbayar dan ternilai. (Berdasarkan pengalaman orang lain dan atas keyakinan pada janjiNya) .

It's never too late..

Muhasabahlah. Phonlah ampun dariNya. Banyakkanlah berdoa. Berusahalah menambah cinta kepada yang paling layak dan lebih layak. Ingatlah, kita tiada daya, andai tiada pergantungan kita padaNya. Sekali rebah, sekali jatuh, bangunlah semula. Sekali terpesong, kembalilah. Moga rahmat Allah sentiasa menjadi milik kita. Moga hidayah Allah sentiasa menemani kita. Moga kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita. Moga kesabaran dan ketaatan yang ada membuahkan kemanisan dalam jiwa. Moga cinta dan perasaan yang tersimpan akan terluah jua pada yang layak. Moga mujahadah kita adalah keranaNya. Moga si dia (yang dalam pengetahuanNya) juga diberi kekuatan, moga si dia juga merasai manisnya mujahadah bersama. Yakinlah, janji Allah itu pasti.

Doa..

Ya Allah, Ilahi Rabbi.. Wahai Tuhan pemilik hati ini, wahai Tuhan yang maha tahu lebih dari aku tahu tentang diriku, wahai Tuhan yang melihat ke dalam hati, wahai Tuhan penyusun segala-galanya, wahai Tuhan yang memegang segala rahsia, wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati...

Ampunkanlah bagi kami segala dosa-dosa kami, dalam sedar mahupun tidak. Sucikanlah hati-hati kami, bersihkan jiwa-jiwa kami, sinarilah wajah-wajah kami dengan cahaya keimananan, saratkanlah hatihati kami dengan rasa cinta dan kasih kepadaMu..Tetapkanlah, teguhkanlah pendirian kami, mantapkanlah iman kami, kuatkanlah kami untuk istiqomah dalam amal kami, terimalah taubat kami , dan suluhlah setiap langkah kami dengan petunjuk dan hidayahMu.. Jangan Engkau biarkan kami hanyut dan mengikut telunjuk makhluk yang Engkau laknat.. Allah, kurniakan kami kemanisan iman, agar kami terus dahaga dan rasa memerlukannya..

Wahai Tuhan yang maha mendengar, jangan Engkau berpaling dari mendengar rintihan hamba..Dan Engkau perkenanlah apa yang kami pinta...Allahumma ameen3x..

T_T

..Semoga Allah terima amal kita semua..
Salam mujahadah buat ikhwah dan akhowat yang dihormati..
~nfes~




KEMBALI ~Secebis Lukisan Hati~




Harapan dari setiap insan
Kesenangan serta ketenangan
Menjalani hidup ini
Tanpa ada cubaan

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan

Huuuuu…

Sayang harapan itu tak pasti
Kerna cubaan akan terjadi
‘Tuk menguji sabar diri
Dan ketaqwaan

Akan kah kita tetap tegar menjalaninya dgn keikhlasan
Ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongannya

Katakanlah kali ini adalah miliknya Allah
Yang akan kembali kepadaNya
Kapan dan dimana sahaja
Dan berdoalah mohon ampunan
Dari semua kesalahan

Agar mendapat keredhaan
Dan pertolongan
Dalam ujian
...

By: Tashiru (Tajuk: Kembali)


Makna Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum wrb, sekadar berkongsi. Moga bermanfaat dan moga kita mendapat solat yang khusyuk serta lebih baik inshaAllah. Makna bacaan dalam solat:


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk, bangun dari rukuk dan i'tidal

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk: Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



"Ya Rabb kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Mahamendengar lagi Mahamengetahui. Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Mahapenerima taubat lagi Mahapenyayang." (QS. al-Baqarah :127-128).


Sunday, April 3, 2011

Tiada daya melainkan dariNya


Homesick
Rindu ibu, rindu ayah.

Ya Allah, peliharalah kedua-dua ibu bapaku
Jua ibu bapa angkatku
Kasihilah mereka
Kasihanilah mereka
Panjangkan umur mereka dalam ketaatan kepadaMu
Kurniakan kesihatan yang baik buat mereka ya Rabb

Allah Allah Allah ya Allah
Allahumma ameen...



~ Ibu ~




Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu


By: Haddad ft. Farhan

Saturday, April 2, 2011

~Kembara Istanbul 2011~


~Secangkir Teh Pengubat Letih, Kembara Istanbul 2011
Gambar: Sarapan hari pertama~

Assalamualaikum warahmatullah wb.

Alhamdulillah3x... Setinggi-tinggi pujian hanyalah layak bagi Allah, Pemilik sekelian alam, Pencipta sekelian makhluk, Sembahan dan Tuhan yang maha Agung.. Alhamdulillah, kerana lidah ini masih diizinkan olehNya untuk berbicara, menyebut kalimah toyyibah..

Sekadar berkongsi perjalanan menjejaki dan menyelusuri sejarah silam di bumi Istanbul, Turki. 28 Mac- 1 April 2011. Bersama ahli beit, muslimat, 5 orang.

Day 1: 28 Mac 2011

Alhamdulillah, kami tiba di Sabiha Gokcen International Airport tengahari. Bergerak ke hostel tempat penginapan by shuttle bus (besar sikit dari taxi seven seaters di UK) . Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, matahari memancar terik, rasa seperti berada di Malaysia. Mata melihat-lihat ke luar tngkap, kubah2 masjid berdiri teguh, tidak terbilang. Hipotesis pertama: ternyata Istanbul bumi Islam, yang dulu pernah dikenali sebagai Islambul (Islam keseluruhan).

Kami teruji.

Sedikit 'bertikam lidah' membela nasib dengan pemandu shuttle bus yang bertindak 'menipu' harga tambang (Asalnya dikatakan 25 lira seorang, namun after that kami diminta bayar 30 lira) . Malas bertekak lama-lama, kami hanya akur.

Allah menguji lagi.

Setibanya di Kucukayasofia; tempat hostel yang sepatutnya kami menginap, kami dapat tahu bahawa hostel itu tidak wujud. What?! Pemandu shuttle bus (walaupun ada masalah dengan kami pada awalnya) tetap membantu menyelesaikan hal tersebut. Hostel di 'call', namun katanya hostel itu under construction, dan telah menghantar cancellation email kepada kami- suatu lagi penipuan? Namun alamdulillah, kami dapat berjumpa dengan manager (kot) hostel tersebut, dan bawa berbincang. Alasan yang diberi kurang munasabah: Hostel under construction, sebab BANJIR? 'Ala kulli hal, alhamdulillah kami dipindahkan ke hostel yg jaraknya hanyalah walking distance, B&B (Bed & Breakfast), Sinbad Hostel. 7 euro satu malam. Maka hanguslah duit deposit hostel yang pertama tadi. Salah satu cara Allah tarik rezeki kita, kan? :-)

'Buku Senjata' & Kempunan

Alhamdulillah, setelah setel down. Rehat sekejap, menyegarkan diri dan bersolat, kami meneruskan aktiviti on the very first day of our trip. - Mencari makan. Alhamdulillah, tempat tinggal kami dikatakan dalan central of Sultanahmet (where the Sultanahmet Camii or Blue Mosque is). Setiap hari akan dengar azan berkumandang dari Masjid Biru, alhamdulillah.

Melepasi dataran dekat dengan Masjid Biru, kami 'diekori' oleh penjual2 buku tentang Istanbul untuk pelancong. Bukan seorang dua, malah mungkin berbelas-belas, atau mencapai puluhan lelaki yang menjual barangan yang sama. Tidak tahan dikejar/diekori, sahabat membeli satu buku, buat pengubat. Alhamdulillah, buku tersebut menjadi 'senjata' buat kami setiap kali melepasi dataran tersebut- "Sorry, we already bought one", sambil tunjuk buku kat penjual. (Square yang berhadapan dengan Marmara University, dan Masjid Biru).

Berjalan ke tram station, dalam keadaan tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa tempatan (Turkish), kami mencuba nasib. Membeli tiket tram, merujuk peta, dan bertanya orang sekeliling dengan bahasa seolah-olah bahasa ayam-itik, kami berusaha mencari KFC, buat pengubat memandangkan di UK sangat susah jumpa KFC halal. (Setahu kami, di London ada satu, jauh..)

Cari , cari , tanya, dan jalan.. Satu KFC pun tak jumpa. (Dalam perjalanan (sejam setengah) dari airport ke hostel ternampak KFC, Pizza Hut, Mc'D berderet, tapi tak dapat dijejaki kembali.)

End up: Kami tawakkal dan masuk ke Mc'D, mengalas perut yang seharian kosong. (Dalam flight tidak diberi makan free)

Pulang dengan keadaan kempunan, namun pengalaman hari pertama cukup bermakna.

Day 2: 29 Mac 2011

Alhamdulillah, malam pertama di Sinbad Hostel kami semua tidur dengan lena. (Lagi-lagi setelah diri ini kepenatan dan mengambil ubat selsema yang cukup melenakan). Malamnya sejuk , nyaman. Pagi2 burung2 berkicau memecah kesunyian, dan matahari bersinar terik. (Hostel kami sangat dekat dengan pantai, Marmara Sea.)

Perjalanan diteruskan, seawal jam 11 pagi (lebih kurang). Setelah bersarapan dengan teh Turki (best), roti dan telur with tomato and cucumber. (Setiap hari menu sama.) Destinasi pertama kami adalah ke Eminonu , untuk mengambil Bosporus Tour. Alhamdulillah, kami belayar merentasi Selat Bosporus, melihat2 beberapa tempat bersejarah seperti Rumeli Hisari (Kubu Rumeli/Kubu Sultan MUhammad Al-Fateh) - Kubu yang mana Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri terlibat dalam pembinaannya. Beliau membuka serban dam menyertai umat Islam yang lain membina kubu tersebut. Angin laut kian sejuk setelah hari kian petang. 2 jam di laut, mendengar azan dari masjid2 sepanjang merentasi selat dan melihat alam, merenung kejadianNya.

Perasaan yang BEST.

Alhamdulillah, pengembaraan diteruskan. Peta dirujuk, kaki meneruskan langkah. Destinasi ke-2 pada hari ke-2 adalah: Sulaymeni Camii (Masjid Sulaiman) . Alhamdulillah, perjalanan agak mencabar, mendaki jalan berbukit dan bertanya pada orang-orang tempatan dalam bahasa/komunikasi yang cukup terbatas, Allah izin kami sampai juga ke sana. Sempat bersolat (Zohor dan Asar, jamak)

Kami lunch di Yesilli et Lokantasi, murah . Nasi + lauk ayam, with salad: 6 lira seorang. Jus delima : 3.50 lira, jus oren: 2.50 lira segelas- SEGAR.

Perjalanan diteruskan, menuju ke Old Bazaar. Banyak souvenir boleh dapat di sini.

Kemudian, tanpa sedar kami tiba di Beyazit, (menghala balik ke Sultanahmet) , dan kami mengambil keputusan untuk terus berjalan balik ke hostel. Waktu sudah malam. Sempat singgah ke KOSKA, dan merasa Baklava serta Turkish Delight :-) Sedap- recommended.

Seakan tidak percaya, kami berjalan kaki dari Eminonu-Sulaymeni Camii-Old Bazaar-Beyazit-Sultanahmet. PENAT.

Day 3: 30 Mac 2011

Hujan di sebelah malamnya, membuatkan pagi terasa sungguh sejuk dan nyaman. Alhamdulillah, seperti biasa, setelah bersarapan, kami meneruskan kembara. Destinasi pertama: Menaiki Cable Car dekat Eyyup Camii (mosque).

Berjalan kaki menuju ke stesen bas di Beyazit, bertanya pada orang tempatan tentang info bas, dan kami bertawakkal. Eyyup Camii agak jauh, melintasi kubu / wall (tak tahu apa nama) dan tugu / patung Sultan Muhammad al-Fateh dekat Edirnekapi. (Memberi sedikit info untuk perjalanan menjejak Fatih Camii pada esoknya.) Sepanjang perjalanan juga kami sempat melihat kubur-kubur yang mana kami sendiri confused sama ada kubur orang Islam atau bukan Islam. Batu-batu nisan besar dan tinggi, ada juga yang seperti ada binaan di atasnya. Mungkin kubur kristian, mungkin. (Tapi kubur2 orang Islam, memang diletak batu nisan yang besar dan tinggi kat sana).

Alhamdulillah, walaupun singkat (cable car: one way, 1.75 lira), tapi dapat pengalaman merentasi kubur2 di atas bukit, serta merentasi Golden Horn dari atas. Juga berpengalaman berbual (mengasah minda yang berkarat) dengan seorang muslimah dari Arab.

Kemudian, solat zohor dan asar di Eyyup Camii. Alhamdulillah, suatu perasaan yang tidak tergambar oleh kata-kata. Damai dan cukup tenang. Masjid yang betul-betul digunakan. Sempat melihat muslimat Turki (kebanyakan orang-orang tua) sedang mengadakan halaqah.

Usai solat, kami meneruskan perjalanan, plan ad-hock, menyertai rombongan ke Miniaturk-miniature park, situated at the north-eastern shore of Golden Horn) Sempat grab our lunch meal - Kebab (the best kebab ever since we arrived) dekat kawasan luar Masjid Eyyup. Murah, hanya 2 lira. Allah izin, kami tidak sempat mengikuti free shuttle bus ke Miniaturk ( . Plan diubah, kami berjalan ke taman, menikmati lunch berhadapan dengan Teluk Golden Horn. Damai .

Perjalanan diteruskan, sehinggalah kami bertemu dengan pakcik pemandu bot kecil. Kami bertanya cara untuk ke Miniaturk. Katanya dia boleh bawa, dengan bot. 12 lira untuk satu group. Dengan penuh tawakkal, kami merentasi Golden Horn dengan sebuah bot kecil- pengalaman yang cukup bermakna, tidak terbeli di mana-mana.

Setibanya di MiniAtturk, ada 3 remaja lelaki sedang menunggu. Ramah. Kami diekori oleh mereka dari awal sehingga akhir perjalanan di situ. Cukup tidak menyenangkan.

Allah uji lagi.

Mini Atturk sudah ditutup, sebaik sahaja kami tiba di sana. Kecewa, namun pasti ada hikmah :-)
Berusaha mendapatkan bas untuk ke Taksim, bagi meng-qadha' harapan pada hari pertama- Mencari KFC . Namun, plan diubah, bas untuk ke Taksim sangat jarang, jadi kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Eminonu, bagi melarikan diri dari 3 remaja nakal (yang akhirnya minta duit dari kami)- scary. Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami, terlepas dari bahaya budak-budak tadi.

Bas berhenti di Eminonu, dan kami turun di situ. Sempat melihat sunset dan suasana pakcik2 pemancing ikan. Azan maghrib berkumandang, malam berlabuh dan kami meneruskan perjalanan pulang, Tram dari Eminonu-Sultanahmet. (oh ya, kat sana semua tambang one way adalah 1.75 lira, tak kira tram atau bas, tanpa mengira jarak. Menarik).

Day 4: 31 Mac 2011

Pagi ini dimulakan dengan perbincangan tentang sejarah Islam di bumi Turki. Mengenali Abu Ayyub al-ansari dan juga Sultan Muhammad Al-Fateh. ALhamdulillah.

Alhamdulillah, perasaan yang tidak sabar untuk menjejaki Hagia Sophia (Ayasofia) dan Masjid Biru. Setiap hari hanya sempat melihat dari luar, kerana mengutamakan tempat-tempat yang jauh. (Ayasofia dan masjid biru bertentangan, dan sangat dekat dengan hostel kami). Destinasi pertama: Hagia Sophia, setelah bergambar di hadapan Masjid Biru. (Belum sempat masuk.) Alhamdulillah, sangat kagum dengan kecantikan Ayasofia ( yang dulunya gereja, namun setelah Muhammad Al-Fateh membuka Konstantinopel, ianya dijadikan masjid, namun kini hanya tinggal sebagai muzium..) Penuh sejarah.. (Harga tiket: 20 lira, tanpa tourist guide)

Perjalanan diteruskan, hajat untuk bersolat di Masjid Biru di tangguhkan dahulu. Bergerak ke Fatih Camii (Masjid Fatih.) Berjalan kaki ke Beyazit dari Sultanahmet, mengambil bas ke Edirnekapi. (Berbekalkan pengalaman menaiki bas pada hari sebelumnya, dan ternampak Fatih Statue di Edirnekapi.) Sekali lagi, kami bertawakkal. Namun hati tergerak untuk bertanya kepada seorang wanita Turki (yang tidak boleh berbahasa Inggeris). Hanya mampu bertnya, "Fatih Camii"? Dan dia menerangkan dalam bahasa Turki. fuhh. amat payah. Hanya dapat memahami sedikit sahaja, dari body language yang digunakan. Kami kemudian bertanya pada bus driver, sekali lagi seperti ayam dengan itik, kami buat-buat faham. Bus driver sanggup berhenti di tengah-tengah jalan, dan katanya sudah dekat dgn Fatih Camii. Alhamdulillah. Kami turun, dan berjalan dalam lebih kurang 2 meter, sebelum sampai ke MAsjid Fatih. Jauh. Sempat bertanya kepada beberapa orang tempatan...

Penat tapi sabar itu hasilnya INDAH.

Alhamdulillah, perjalanan jauh yang cukup berbaloi. Setibanya di Fatih Camii, agak terkejut melihat anjing2 dan kucing2 (wireless) sangat banyak di perkarangan masjid. Sempat menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Sayang, masjid under construction, luar dan dalam. Namun pengalaman indah dan culup bermakna, kami sempat ziarah kubur Sultan Muhammad al-Fateh, pengalaman berharga, ada ruang untuk membaca yaasin di sana. Sangat tenang dan damai, cukup sederhana. Maqamnya ditutupi kain hitam, dihiasi serban putih di kepala kubur. Banyak ruang kosong dalam bilik yang menempatkan kubur beliau, keadaan yang berbeza dari kubur Abu Ayyub- di sana sangat ramai, ruang terhad, kubur lebih terhias indah dan lebih tinggi. (kenapa ya? terfikir.)

Alhamdulillah, air mata mengalir tanpa sedar, perasaan yang sedikit lain berbanding pengalaman sebelumnya., Namun kedua-duanya pengalaman yang sangat berharga.


~Fatih Mehmet Turbesi (Kubur Sultan Muhammad al-Fateh)~

Dalam hati , sempat berdoa, semoga Allah mengizinkan diri ini untuk menjadi ibu kepada generasi seperti Muhammad al-Fateh, suatu hari nanti, inshaAllah!

Pengalaman makan di perkarangan masjid Fatih. Nasi dan ayam golek. NAsi kosong (nasi Turki, rasa macam pulut/tekstur macam nasi dagang) : 2 lira. Ayam golek: 4.90 lira, seekor. Alhamdulillah, kali ke-2 jumpa nasi di Istanbul ;-)

Perjalanan diteruskan, kami pulang menaiki bas ke Eminonu. (plan untuk ke kedai sepanjang jalan ke Sulaymeni Mosque, untuk membeli sedikit souvenir) . ALhamdulillah, sedikit buntu mencari bus stop, namun ALlah tolong. 3 orang pelajar sekolah, perempuan, datang menegur dan sudi membantu. Kami hanya mengikuti mereka ke bus stop, setibanya di sana, terus menaiki bus, tanpa sempat menyalami kesemuanya. Cantik, ramah. ALhamdulillah. Moga Allah berkati mereka.

Setelah berjaya tawar menawar , right before kedai tutup, kami keluar dan meneruskan perjalanan pulang. Berjalan kaki menuju ke Sultanahmet...

Sempat meluangkan masa, bertemankan sahabat, duduk dan melihat view masjid biru pada malam hari. Cukup indah. Perasaan kian mendung, memandangkan bumi bersejarah Istanbul akan ditinggalkan pada esoknya...

Day 5: 1 April 2011

Alhamdulillah. Setelah selesai berkemas dan sarapan, serta check out (Nasib baik beg dapat ditinggalkan di lobby sementara menunggu untuk bergerak ke airport), kami keluar menuju ke Masjid Biru/Blue Mosque/Sultanahmet Camii. Terserempak dengan sekumpulan orang Malaysia; rombongan pengetua2 SBP. Bergambar kenangan bersama mereka, dan juga wanita-wanitaTurki (dengan request dari mereka) di perkarangan masjid biru. Alhamdulillah, usai menunaikan solat sunat , kami sempat mendengar kuliah Jumaat di masjid tersebut, sebelum khutbah Jumaat dimulakan setelah azan zuhur. Namun, memandangkan waktu yang tidak mengizinkan, kami hanya sempat solat sendiri, waktu Imam masih lagi berkhutbah..

Bergerak ke Sabiha Gokcen International Airport pada pukul 2.30 ptg, by shuttle bus dari hostel (bus milik manager hostel) dengan harga 20 lira seorang. Alhamdulillah, selesai menguruskan diri di airport , check in , dan kami terbang pulang ke UK. (London Gatwick Airport.)

Maka tamatlah pengembaraan kami yang culup bermakna, dan ada manfaatnya inshaAllah.

:-)


~Masjid Biru, senja 28 Mac 2011~


~Kubur-kubur di sekitar Fatih Camii~

~Perkarangan luar Masjid Biru, bertentangan Hagia Sophia~

******
Some of new words learnt:

matawang Turki: TL / Turkish Lira
bayan: females (tertulis di toilet)
bay: males
cikis: exit
giris: entrance
gulay-gulay: bye bye
cay: teh
camii: masjid (bahasa arab: jamii')
tuvalet: toilet
turbesi: kubur/makam

*******

Nota tambahan:

1) Di masjid, tempat ambil wudhu' (wanita) yang sekali dgn toilet: berbayar. biasanya 1 lira. (Di masjid Fatih, 50 kurus (cent).

2) Orang-orang Turki kenal kami as Malaysians. (Atau kadang2 kami disalah sangka sebagai orang Indonesia/Singapore/Japanese/Uzbekistan/Filipina/Iran/China..) Macam2.. ~_~

3) Kat Turki kebab merata-rata. Dari harga semurah 2 lira. Tapi jarang jumpa kebab yang ada banyak sos yang best. Ada nasi, yang tekstur macam nasi dagang/pulut. Cepat kenyang.

4) Sediakan duit 1.75 lira untuk beli jeton/token untuk naik tram atau untuk beli tiket bas. Ke mana-mana sahaja (one way), harga sama. :-)

5) Orang Turki (especially wanita) sangat cantik. Kena pandai-pandai jaga mata, terutama kaum Adam ;-) [Natural beauty, sungguh.]

6) Turki ada banyak masjid. Di Istanbul saja, 192 masjid. Jadi tak perlu risau tempat solat. :)

7) Bunga kebangsaan Turki adalah: Tulip

8) Alhamdulillah: menyedari sesuatu pada hari terakhir pengembaraan. Terima kasih Allah- hanya kalimah hamdalah dan sujud syukur mampu diri ini 'balas'.

p/s: Alhamdulillah, Allah izin berjaulah bersama kawan-kawan buat pertama kali keluar dari UK, di saat orang lain sudah pun berkali-kali terbang setiap kali cuti panjang. InshaAllah, moga setiap duit yang dibelanjakan adalah pada jalan yang diredhaiNya, ameen.. (tak mengapa kalau diri ini tidak banyak berjalan bercuti seperti orang lain, cukuplah hanya Dia yang tahu, apa yang lebih baik dan dinilai di sisiNya) :-)

Setakat ini sahaja buat masa ini, Wassalamwrb. :-)