****************************
" Sufee, aku belum puas hati dengan jawapanmu.."
"Tentang apa?"
"Tentang dirimu. Segalanya tentang dirimu, masa depanmu."
"Oh, tidaklah aku mampu untuk berbicara tentang masa depan, ianya di luar kawalanku.." Katanya sambil tersenyum. Penuh ikhlas.
"Hehe, kamu sungguh pandai berkata-kata. Patutlah, ada yang memberitahuku, membaca blogmu cukup untuk membuat orang jatuh hati. Mungkin terpegun dengan susunan kata-katamu yang indah dan menyenangkan.."
"Wah, kamu nampaknya lebih pandai berkata-kata dariku, Aza. Hmm. apa yang kau mahu tahu tentang diriku? Bukankah kita sudah lama kenal? belum setel lagi taaruf kita, ya? hehe.."
Itulah Sufee, takkan pernah orang menang dengannya..
"Hmm. Ya, sebenarnya aku serius bertanya tentang insan istimewamu. Andai benar kamu belum berpunya, mahukah kau jika aku kenalkanmu dengan seseorang?"
"Hmm..Aza..beginilah, aku terus terang saja denganmu.."
"Itu lebih baik. Khabarkan padaku, sahabat.."
"Suatu ketika dulu, aku memang menolak segala bentuk cinta dari insan bernama lelaki. Bukan apa, aku takut. Takut andai akademikku terabai. Takut andai lebih banyak buruknya berbanding baiknya yang kukira engkau sendiri tahu. Dan hati aku sendiri tidak mahu membiasakan dengan semua tu..Lagi-lagi setelah melihat realiti depan mata..Astaghfirullah!"
"Maksudmu..? Aku masih kurang jelas.."
"Hmm. Ya, itu suatu ketika dahulu, di mana kurasakan diriku amat kuat untuk mempertahankan diri aku sendiri. Mempertahankan hati dan perasaanku. Hingga suatu ketika.."
"Macam menarik.."
"Aku dilamar oleh seseorang. Seseorang yang baru kukenal. Bukan sesuatu yang mudah kukira, untuk membuat keputusan pada umur seawal 18 tahun. Setelah berfikir panjang, ku terima si dia. Atas satu alasan, kerana aku berkenan dengan keluarganya. Sesetengah orang mungkin fikir aku ini pelik. Terima seseorang kerana keluarganya, bukan kerana 'dia' sendiri."
"Wah, sesuatu yang tidak kujangka, Sufee. Semestinya keluarganya, dan dirinya hebat, bukan? Sehebat pemuda yang orang sepertimu selalu dambakan.."
"Hehe, sejak bila aku pernah ceritakan tentang pemuda dambaanku? Pandai saja kamu Aza.. Hmm.. Tapi Aza, dipendekkan cerita, aku terlupa sesuatu dalam membuat keputusan tu.."
"Apa dia? istikharah?"
"Hmm..istikharah sudah. Namun Dia jua yang maha Mengetahui. Aku tidak pasti dengan gerak hatiku, tetapi aku terus memilihnya...tanpa...hmm..tanpa aku berbincang dengan ibu ayahku.."
"Oh..jadi adakah itu kau anggap sesuatu yang kau kesalkan?"
"Ya. Aku amat menyesal. Namun di sebalik kekesalanku, aku cuba memikirkan hikmahnya yang mungkin jauh lebih besar dari kekesalan diriku..."
Dan Sufee termenung panjang....
*********************************