Thursday, June 23, 2011

Sharing: Anak amanah Allah.

Bismillah.
Salam 'alayk.

Alhamdulillah.
Masih diberi kekuatan, kesihatan dan peluang.
Cuti summer kali ini, seperti tahun lepas, diisi dgn 'babysitting'. Kadang 3 org. Atau 4. Atau 5. :)

Allahu Allah.
Sungguh indah susunan Allah.

Diri yang suka pada kanak-kanak, tidak semestinya SABAR dengan ciptaan Allah yang sangat unik itu.

Babysitting: Medan tarbiyyah, medan muhasabah untuk diri ini.

Moga Allah beri kekuatan, kesabaran, dan ketetapan hati... jua moga terpelihara keikhlasan, ameen. Moga Allah terima sebagai amal....

Muhasabah...

- Bagaimana susah dan payahnya IBU membesarkan kita , mengasuh kita , menjaga kita dari dalam kandungan hingga sekarang..

- Bagaimana susahnya ayah belajar menjadi IBU kedua buat kita, melakukan dan membantu ibu mengasuh , menjaga, mendukung, mengajar, melayan dan melakukan segala-galanya untuk kita..

- Bagaimana IKHLASnya seorang IBU dan AYAH menjaga kita tanpa mengharap BALASAN dan BAYARAN..

- Bagaimana PENATnya IBU berhadapan dengan kita 24 jam di saat diri tengah mengenal dunia sekeliling dan melakukan segalanya tanpa berfikir. nakal. aktif. manja. dsbg.

- Bagaimana IBU dan AYAH mengertikan sebuah PENGORBANAN dan TANGGUNGJAWAB..

Subhanallahi wabihamdihi. Subhanallahil adzeem..Allahu Akbar.

************************************

Me " Tengok tu, anak lembu tgh minum susu ibu dia.. "

Kanak-kanak: " Mana ayah dia ea? "

:)

***********************************

Kanak-kanak:

" Allah kita tak nampak kan? "

" Kilat tu ye nak sambar dengan api neraka kat syaitan. "

" Hujan, kilat..Kesian kat ummi dengan abah (kat luar, cari rezeki) "

************************************

Hanya mampu balas dengan senyuman, dan hati yang sentiasa berkata-kata...Alhamdulillah.

Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihan mereka sebagaiman mereke mengasihaniku/ mengasihi dari kecil. Ameen.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak ini permata yang soleh dan solehah. Jadikan mereka ummat yang tetap dan taat kepadaMu. Ameen.



Saat hati berbicara dengan diri...

Selamat tinggal kenangan lalu. Wahai diri, jangan pernah rasa MENYESAL atas sesuatu yang tanpa engkau sedar engkau kesali, kerana ia adalah sebahagian dari hidup, membawa suatu erti untuk pembaikan diri, InshaAllah. Wahai diri, buatlah sesuatu mengikut kemampuanmu.

Memang harapan kadang terlalu tinggi, hingga tidak tergapai oleh kudrat. Wahai diri, berikanlah DIRImu sedikit penghargaan, bukan terus-terusan menyalahkan.

Wahai diri, kenanglah sesuatu dengan hati yang baik.

Wahai diri, jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan manusia yang pelbagai ragam di dunia ini. Yang dilihat buruk oleh matamu, mungkin itulah yang baik bagimu. Wahai diri, setiap yang berlaku adalah yang tersurat buatmu, dan setiap darinya juga adalah untuk dihargai, walaupun ianya sesuatu yang pahit.

Wahai diri, belajarlah untuk meminta maaf dan bersifatlah kamu dengan sifat yang pemaaf dan penyabar. Wahai diri, belajarlah untuk menerima dan untuk berubah.

Dan ingatlah wahai diri, yang dilihat cantik dan elok di matamu, mungkin juga bukan yang terbaik dan baik buatmu..

( Ibrah 2:216)

Terima Kasih Allah Atas NikmatMu

Bismillah.. Walhamdulillah..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah3x.
14June-23June. So far, masih dipinjamkan nyawa dan diberi peluang untk bersama keluarga.
Kalimah hamdalah dan air mata kesyukuran belum cukup menunjukkan betapa syukurnya diri ini.

Tarbiyyah

Pulang membawa azam.
dan harapan.
semoga diri menjadi insan yang lebih baik. Anak yang lebih taat dan rajin. Bakal ibu/Pengasuh(ameen) yg lebih penyabar. * babysitting at home.
Student yg lebih bertanggungjawab.
dan.
paling penting.
HAMBA ALLAH yang lebih DEKAT denganNya....

Ramadhan

Kini kita masih dalam bulan mulia, Rejab. Moga Allah berkati.
Sya'ban bakal menjelang, moga Allah sampaikan padanya dan berkati kita.
Moga Allah sampaikan kita pada bulan yang dinanti-nanti oleh Pemburu Cinta; Ramdhan al-Mubarak.
Mari sama-sama persiapkan diri.
Puasa sunat. Solat sunat. Tilawah. Hafazan. Qiamullail.
InshaAllah moga Allah ampunkan dosa-dosa lalu.
Dan kita kembali dalam keadaan BERSIH dan SUCI. Ameen.
Ramadhan, moga kita bertemua lagi tahun ini.

Genap

Cukuplah 2 tahun pemergian atuk. 19 June.

Hikmah

Segala yang berlaku pasti membawa sejuta makna dalam hidup.
Pengalaman.
Pengajaran.
Yang berlalu, sebagai panduan.
InshaAllah.

Allahumma baariklana fi Rajab wa Sya'ban wa ballighna Ramadhan..Ameen.

" Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikan kami pada Ramdhan..Ameen. "


nfes
alor keladi
4.10 a.m
24 June 2011


Sunday, June 12, 2011

I'm a big, big girl...

Bismillah.

Sayu. Sedih. Sebak.
Suasana muram. Sejuk.

Bakal meninggalkan bumi Inggeris buat sementara waktu.
InshaAllah, bakal menikmati masa berharga bersama keluarga tercinta yang amat dirindu.

Alhamdulillah.
Bermacam-macam perkara berlaku.
Sepanjang lebih kurang 10 bulan ( selepas cuti musim panas yang lepas) bersama kawan-kawan di sini.
Pelbagai ragam. Pelbagai kenangan. Pelbagai cerita.
Air mata, suka dan duka.

Dan baru-baru ini.
Air mata tumpah, sebak.
Melihat seorang sahabat selamat bernikah di sini. Alhamdulillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah. Moga mereka BAHAGIA dalam REDHA Allah dan berKASIH SAYANG kerana Allah.
Juga.
Menyaksikan sahabat yang amat baik, menjadi tunangan orang.
Perasaan tak tergambar.
Banyak cerita di sebalik suatu senyuman.
Banyak kisah di belakang, namun menjadi kenangan dan pengajaran.
InshaAllah.

My dear Miss Ciput Pink ,
I'm speechless.
Kita dah besar.
Jangan nakal-nakal,
Take Care.
And Moga Allah jaga hati.

" Tempoh pertunangan, sangat banyak cabaran hati " ;)

All the best !

My dear housemates,

Take care juga.
Semoga sihat-sihat selalu.
Dan moga kita ketemu lagi, inshaAllah.

Ema MOHON MAAF atas segala kesalahan Ema, perbuatan dan kata-kata ema yg mengguris hati kalian.

You are a special gift from Allah . Alhamdulillah. Moga Allah pelihara ukhuwwah yg ada.

Love,

Ema
98 Broad Street
Canterbury
6.13 petang
12 June 2011

Salah satu tanda dah 'besar'..


Wslmwrb..

Saturday, June 11, 2011

bola dan fb~



Tahniah Ganu!
&
Thank You Fesbuk!

Buka homepage FB-
Penuh updates pasal bola.
Ganu vs. Kelate.
Hangat.

Walaupun suasana kat sini sejuk.

Ibrah:

Rezeki,
luar tangan kita.

:-)

p/s: Harap-harap bakal 'roomate' tak layan (baca: taksub) bola.. Entah.


Friday, June 10, 2011

Sejuk~

(Seram) Sejuk. Sesejuk malam-malam musim sejuk.
Angin mendamaikan, namun amat dingin mencengkam tulang.
Sesekali menyapa pipi dan rambut, lalu dengan perlahan.
Sejuk,

dan jag air panas elektrik mengeluarkan asap.
tanda air kian menggelegak.

Air coklat panas diteguk.
Mengimbangkan suhu.

Malam musim panas yang aneh,
mengingatkan kembali suasana malam-malam musim sejuk yang lepas..

*********
tingkap dapur masih terbuka,
membawa angin sejuk malam.



Monday, June 6, 2011

Kembara Cinta ( bahagian 1 )

Sambungan Nota Cinta ( label: NC )

********************************

Kembara Cinta (1) : Begini Cinta Jarak Jauh

Suasana amat suram, sejuk dan berteman bunyi kereta yang lalu-lalang tanpa mengira masa. Petang yang sayu, sesayu hati Sufi Soleha yang menahan rindu yang sarat buat suami yang jauh di lain benua. Saat itu, Sufi Soleha melayan perasaan , hanyut dalam keresahan jiwa. Tersedar, sudah hampir setahun, Sufi Soleha menjadi suri hati kepada Naufal. Masih dalam usia perkahwinan setahun jagung, dengan keadaan jarak yang memisahkan; mereka sentiasa hangat bercinta dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Memandang beratnya sesuatu amanah, membuatkan Naufal, terutamanya, mencuba sehabis baik menjadi imam buat seorang wanita permata hatinya.

Lamunannya tiba-tiba terusik.

" Sayang.. Mengelamun ya.. "

Sufi Soleha tersenyum sendirian, membaca message di laman bual Skype- Antara medan perhubungan antara bumi Inggeris dan Bumi Russia. Dan sekarang, Sufi amat menghargai teknologi itu, kerana menjadi penghangat cinta yang sentiasa hangat.

" Tahu saja Abang ya.. ^_* "

" Semestinya, kerana bukan Sufi saja yang sedang dilamun cinta ^_* "

" Ahh.. sering saja aku jatuh cinta, tanpa pernah serik , padamu suamiku! " Sufi hanya memendam rasa dalam hati yang berbunga-bunga..

" Sayang.. tidurkah?? "

" Eh. Sorry Abang, ter ralit melayan rasa. Mengutip kembali hati yang terjatuh pada orang tu. hehe.. " Sufi termalu , namun penuh rasa cinta dan bahagia.

Kedua-duanya terus bersembang, bertanya khabar dan sebagainya, walaupun setiap hari berhubung dengan pelbagai cara. Masing-masing juga memahami tika mana waktu sibuk seperti musim exam dan sebagainya, dan kedua-duanya mampu bertoleransi. Itulah salah satu kunci bahagia- saling memahami.

" Abang.. Sufi minta maaf.. "

" Eh , kenapa tiba-tiba? Apa yang Sufi buat? "

" Erm.. Sufi tidak mampu untuk jadi seorang isteri untuk abang.. "

" Erk..maksudnya..? Kan Sufi memang isteri Abang.. Jangan mengarut Sayang.. Mengantuk ya? hehe "

Cubaan Naufal mengubah suasana kurang berjaya. Sufi membalas...

" Abang tak menyesal nikah awal dan terpaksa jauh dengan isteri? Abang bahagia tanpa isteri di sisi? Abang tidak terfikir mahu cari isteri yang sentiasa menemani Abang..? Hmm.. "

" Ya Allah! Sufi Soleha..... Andai kau di sisiku waktu ini, ingin aku biarkan hati ini berbicara sendiri denganmu.. " Naufal terkejut, namun masih dapat mengawal diri.

" Sufi Soleha, isteri yang Abang cinta, Abang kasih.. Sufi pasti ingat , saat akad diterima, saat itulah Abang memegang janji. Saat itulah Abang menggalas amanah, dan bermula saat itulah Abang menyemai cinta, sampai bila-bila hanya buat yang bergelar ISTERI Abang.. Dan Abang cukup bertuah, kerana ISTERI Abang adalah Sufi, yang Abang pinjam dari Allah, sampai akhir hayat, dan Abang harap dapat memiliki Sufi sampai bila-bila setelah kita bertemu kembali di Syurga.."

" Sayang, mahu dengar hati Abang berkata-kata lagi? Abang risau, nanti ada yang tak dapat tidur malam ni. Mengelamun lagi teringat kekasih hati. hehe.. "

Sufi hanya tersenyum. Dibacanya berulang kali setiap kata-kata yang terzahir dalam bentuk tulisan itu. Hati kecilnya merasakan sesuatu yang cukup indah, telus dan tulus dari seorang insan bergelar suami. Dia tahu, suaminya tetap suaminya yang dulu, walaupun setelah hampir setahun tidak bersua muka. Namun hati wanitanya kadang terusik, emosi mempengaruhi hati dan akal. Jiwa berasa bersalah, kerana tidak dapat berkhidmat untuk suami tercinta. Seringkali hati terusik, apabila melihat suami makan hanya ala kadar seperti orang bujang, sedangkan dia mengalami kehidupan yang sedikit berbeza bersama kawan-kawan.

" Sayang.. "

AbuAnas- Calling.....
- Accept

" Abang.. " Air mata yang jatuh masih bersisa.

Dan keduanya terus menyemai cinta...Lagu 'Permata Buat Isteri' terus berkumandang..

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

************************************************

Wednesday, June 1, 2011

seakan lupa..



terkadang..
diri seakan lupa..
lupa bagaimana sifat seorang anak soleh..
lupa bagaimana cara untuk belajar..
lupa bagaimana mahu fokus..
lupa matlamat hidup..
lupa bahawa Tuhan Kekasih pertama,
lupa bahawa Tuhan Pendengar setia,
lupa adab,
lupa apa itu akhlak,
lupa segalanya..

hanya kerana
NAFSU
dan
EMOSI
yang meraja..

ampun, maaf
atas segala khilaf yang ada
kerana diri manusia biasa
amat biasa
malah penuh ketidaksempurnaan..

cukuplah ia sebagai rencah hidup
menambah rasa
mengajar diri menjadi lebih matang
lebih pandai mengurus emosi
lebih pandai menjaga adab
lebih ingat bahawa HIDUP adalah medan penuh ujian..


~ jiwa ingin bebas seperti burung ~


saat hati berbicara..

hati kita berbicara,
saat kita 'berbicara' dengan Tuhan..
air mata kita berbicara,
saat kita 'berbicara' dengan Tuhan..
naluri kita berbicara,
saat kita 'berbicara' dengan Tuhan..

Luahkanlah,
kerana Dia sentiasa ada,
kerana Dia sedia mendengar..



" Inspirasi 2:45 "

khusyu'

khusyuk dalam ibadah bukan mudah..
khusyuk mungkin boleh dicapai sehingga rakaat ke4 solat,
tapi boleh hilang sesaat sebelum memberi salam..
mahalnya nilai khusyuk,
tinggi ganjaran,
iaitu
halawatul iman.
kemanisan iman , ketenangan..



" Moga kita khusyuk dan rendah diri dalam ibadah..Ameen.."

p/s: Sujud menyembah Tuhan, mencium bumi tempat kaki berpijak.


midnight..

Something I might not do at home (back in Malaysia) is going downstairs / being in the kitchen- alone, at midnight, and carrying out experiments on new, yet simple recipe for my 'dinner' or 'supper'.

Don't worry, I rarely do this- sometimes, when 'TIME' needs doing.

- Found a new recipe 'campak' (just throw everything down the bowl) :

Ingredients:

-4 eggs
-Lettuce
-carrot (half of it)
-tomatoes (half of it)
-Onion (half of it)
-1 garlic
-salt
-blackpepper
-chilli

Mix everything well in a bowl. Then fry it!

^^

p/s: literally slept with books as if osmosis happens to transfer the knowledge. ~_~
Continue revising..yoshhhhh!