Sambungan Nota Cinta ( label: NC )
********************************
Kembara Cinta (1) : Begini Cinta Jarak Jauh
Suasana amat suram, sejuk dan berteman bunyi kereta yang lalu-lalang tanpa mengira masa. Petang yang sayu, sesayu hati Sufi Soleha yang menahan rindu yang sarat buat suami yang jauh di lain benua. Saat itu, Sufi Soleha melayan perasaan , hanyut dalam keresahan jiwa. Tersedar, sudah hampir setahun, Sufi Soleha menjadi suri hati kepada Naufal. Masih dalam usia perkahwinan setahun jagung, dengan keadaan jarak yang memisahkan; mereka sentiasa hangat bercinta dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Memandang beratnya sesuatu amanah, membuatkan Naufal, terutamanya, mencuba sehabis baik menjadi imam buat seorang wanita permata hatinya.
Lamunannya tiba-tiba terusik.
" Sayang.. Mengelamun ya.. "
Sufi Soleha tersenyum sendirian, membaca message di laman bual Skype- Antara medan perhubungan antara bumi Inggeris dan Bumi Russia. Dan sekarang, Sufi amat menghargai teknologi itu, kerana menjadi penghangat cinta yang sentiasa hangat.
" Tahu saja Abang ya.. ^_* "
" Semestinya, kerana bukan Sufi saja yang sedang dilamun cinta ^_* "
" Ahh.. sering saja aku jatuh cinta, tanpa pernah serik , padamu suamiku! " Sufi hanya memendam rasa dalam hati yang berbunga-bunga..
" Sayang.. tidurkah?? "
" Eh. Sorry Abang, ter ralit melayan rasa. Mengutip kembali hati yang terjatuh pada orang tu. hehe.. " Sufi termalu , namun penuh rasa cinta dan bahagia.
Kedua-duanya terus bersembang, bertanya khabar dan sebagainya, walaupun setiap hari berhubung dengan pelbagai cara. Masing-masing juga memahami tika mana waktu sibuk seperti musim exam dan sebagainya, dan kedua-duanya mampu bertoleransi. Itulah salah satu kunci bahagia- saling memahami.
" Abang.. Sufi minta maaf.. "
" Eh , kenapa tiba-tiba? Apa yang Sufi buat? "
" Erm.. Sufi tidak mampu untuk jadi seorang isteri untuk abang.. "
" Erk..maksudnya..? Kan Sufi memang isteri Abang.. Jangan mengarut Sayang.. Mengantuk ya? hehe "
Cubaan Naufal mengubah suasana kurang berjaya. Sufi membalas...
" Abang tak menyesal nikah awal dan terpaksa jauh dengan isteri? Abang bahagia tanpa isteri di sisi? Abang tidak terfikir mahu cari isteri yang sentiasa menemani Abang..? Hmm.. "
" Ya Allah! Sufi Soleha..... Andai kau di sisiku waktu ini, ingin aku biarkan hati ini berbicara sendiri denganmu.. " Naufal terkejut, namun masih dapat mengawal diri.
" Sufi Soleha, isteri yang Abang cinta, Abang kasih.. Sufi pasti ingat , saat akad diterima, saat itulah Abang memegang janji. Saat itulah Abang menggalas amanah, dan bermula saat itulah Abang menyemai cinta, sampai bila-bila hanya buat yang bergelar ISTERI Abang.. Dan Abang cukup bertuah, kerana ISTERI Abang adalah Sufi, yang Abang pinjam dari Allah, sampai akhir hayat, dan Abang harap dapat memiliki Sufi sampai bila-bila setelah kita bertemu kembali di Syurga.."
" Sayang, mahu dengar hati Abang berkata-kata lagi? Abang risau, nanti ada yang tak dapat tidur malam ni. Mengelamun lagi teringat kekasih hati. hehe.. "
Sufi hanya tersenyum. Dibacanya berulang kali setiap kata-kata yang terzahir dalam bentuk tulisan itu. Hati kecilnya merasakan sesuatu yang cukup indah, telus dan tulus dari seorang insan bergelar suami. Dia tahu, suaminya tetap suaminya yang dulu, walaupun setelah hampir setahun tidak bersua muka. Namun hati wanitanya kadang terusik, emosi mempengaruhi hati dan akal. Jiwa berasa bersalah, kerana tidak dapat berkhidmat untuk suami tercinta. Seringkali hati terusik, apabila melihat suami makan hanya ala kadar seperti orang bujang, sedangkan dia mengalami kehidupan yang sedikit berbeza bersama kawan-kawan.
" Sayang.. "
AbuAnas- Calling.....
- Accept
" Abang.. " Air mata yang jatuh masih bersisa.
Dan keduanya terus menyemai cinta...Lagu 'Permata Buat Isteri' terus berkumandang..
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
************************************************
2 comments:
Perghh!!! Mantap2..
4 Thumbs up!
Far better than before ^^ d^^b
Sayu..ase ikut menanges spt Sufi T__T
huhu timo kaseh ^^
smbil2 isi masa free after exam hehe..
huuu.. rase2 mampu jd sufi dop Miss Ciput?;)
Post a Comment