Memang harapan kadang terlalu tinggi, hingga tidak tergapai oleh kudrat. Wahai diri, berikanlah DIRImu sedikit penghargaan, bukan terus-terusan menyalahkan.
Wahai diri, kenanglah sesuatu dengan hati yang baik.
Wahai diri, kenanglah sesuatu dengan hati yang baik.
Wahai diri, jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan manusia yang pelbagai ragam di dunia ini. Yang dilihat buruk oleh matamu, mungkin itulah yang baik bagimu. Wahai diri, setiap yang berlaku adalah yang tersurat buatmu, dan setiap darinya juga adalah untuk dihargai, walaupun ianya sesuatu yang pahit.
Wahai diri, belajarlah untuk meminta maaf dan bersifatlah kamu dengan sifat yang pemaaf dan penyabar. Wahai diri, belajarlah untuk menerima dan untuk berubah.
Dan ingatlah wahai diri, yang dilihat cantik dan elok di matamu, mungkin juga bukan yang terbaik dan baik buatmu..
( Ibrah 2:216)
No comments:
Post a Comment