Jumaat, penghulu segala hari...
Pagi2 lagi aku diberitakan dengan maut..bukan satu, tapi dua..Berita maut semalam masih lagi bermain di minda, dan kedatangan 2 lagi berita hari ini seolah2 satu lagi ketukan kesedaran dan keinsafan daripada yang Maha Agung lagi Besar..Pemergian 2 insan seaqidah, moga dapat menjadi tarbiyyah buat yang masih bernyawa..
SEBUAH KEHIDUPAN ADALAH SATU KEMBARA....TIDAK LENGKAP TANPA SEBUAH KEMATIAN...
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya...
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya...
Itulah sebuah kehidupan, dimulakan dengan perjalanan roh ke alam rahim, kemudian dunia...Dunia yang merupakan suatu persinggahan sementara sebelum berangkat ke alam barzakh, melalui satu kematian..tidak terhenti di situ, amalan kita akan diperhitung untuk penentuan sebuah kehidupan Akhirat yang abadi...Subhanallah, sungguh cantik susunan Maha Pencipta..Semoga kita sentiasa disuluh hidayah Allah dan tidak alpa dalam dunia yang hanya sementara..Hidup dalam dunia yang penuh perhiasan, memerlukan bekal iman dan taqwa. Moga2 bekal ilmu yang kita cari makin mendekatkan diri kita padaNya, tambah iman, tambah taqwa,InsyAAllah..
"Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa'aafihim, wa'fu'anhum..amin ya Allah..."
~Salam 'alayk~
"Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa'aafihim, wa'fu'anhum..amin ya Allah..."
~Salam 'alayk~
No comments:
Post a Comment