Friday, June 19, 2009

hari yang penuh makna...

00:46, Sabtu
Bismillah...

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu akbar...

Detik 5.40 petang
Jumaat (26 Jamadil akhir 1430)
19 June 2009

(Tersimpan suatu cerita.)

Pagi ini, bangunku dikejutkan dengan berita maut..pertengahan pagiku, dikejutkan dgn satu lagi berita yang sama..namun tak terhenti di situ..detik 5.4o ptg tadi paling memberi kesan pada diriku. selama lbh kurang 20 tahun aku hidup di dunia ini, inilah kali pertama aku mengalaminya.itulah sebuah kesedihan atas kehilangan, namun disulam lafaz Alhamdulillah atas rahmat di sebaliknya..Tuhan, Kau Maha Tahu...

Pagi, sekitar jam 9 lebih dan seterusnya..

Sudah menjadi rutin harian ibuku dan ibu2 saudaraku serta saudara mara yang lain, secara bergilir2 dan ikut kelapangan masing2, untuk memandikan atukku yang sudah dlm lbh kurang 2/3 bulan terlantar sakit (sakit tua). Aku yang jarang berada di rumah atas tuntutan belajar, hanya sesekali dapat mencurah bakti yg hanya sedikit, amat sedikit. sejak cuti ni lah aku mndpt peluang serba sdikit menjaganya...dan hari ini, kuturut serta dlm tugas memandikan atuk, yg kami panggil tokche'..emm..ibuku dan mak sedara yg dipanggil su ckp "tokche' nmapak lain hari ni..nampak letih sgt je.."dan aku pun perasan, nampak lemah. selesai mewudhu'kan tokche' maka selesailah urusan memandikannya...wangi..=)

emm..hari ni tokche' memang nampak lain...biasanya bila ditanya nak air tak, tok che' akan angguk, tanda mahu. tapi tidak hari ini. tokche' tak mahu minum..cuma sekali je tadi bile cuba disuap, sgt seksa tokche' nak telan..tak larat agaknye..

tokche' lelah..nafasnya sgt perlahan..dapat bukak mata sket,kecik je..tangan kanannya sentiasa mencari tgn sesape yg duk sebelah, untuk dipegang..matanya beralih dari seorang ke seorang yg ade kat sekelilingnya, n ditenung mata orang tu...

jiran2 dan anak2 tokche' balik, setelah dihubungi..bacaan al-Quran dan surah Yaasin memenuhi ruang rumah tokche'..kepalanya disapu air bacaan yaasin,sekali sekala..kaliamah toyyibah dibisik di telinga tokche' tiga kali setiap ketika, berselang2.Alhamdulillah, dgn susah payah, dapat juga disebut kalimah toyyibah itu..Allah jua yang permudah, InsyaAllah..

Menjelang petang, sesudah asar, tokche' nampak macam lelah lagi..ibu jari kakinya mulai sejuk..kemudian diikuti dgn seluruh kakinya..betisnya..sampaila ke atas..nafasnya hanya di bahagian perut ke atas..perlahan..tangannya mulai sejuk..mukanya mulai sedikit pucat..matanya sekejap buka, sekejap tutup,lemah...direnung lagi setiap mata anak2,sedara mara n cucu2nya...

bapa saudaraku,anak bongsu yang juga anak lelaki tunggal sebelah ibuku, setia disebelah kepala tokche', diajar mengucap dan menyebut Allah...nafas tokche' semakin perlahan, sehinggalah...tiba suatu detik yg sgt mengharukan..nafas tokche' berakhir di situ..detik 5.40 petang, jumaat. Innalillahi wainna ilaihi rooji'uun...Perginya tokche' menyahut seruan Yang Maha Agung...

Alhamdulillah, pengurusan jenazah tokche' berjalan lancar..tokche' selamat dikebumikan selepas Isya'..terima kasih tidak terhingga buat semua yang terlibat..Alhamdulillah, anak cucu sedara mara tokche' jugak yang uruskan..dengan bantuan jiran2..

tiada muslimat yang mengiringi jenazah ke kubur..namun hatiku agak terasa nak pegi..nak tgk pengkebumian buat pertama kali..tiba2 adikku menelefon, minta dihanatar tikar ke tanah perkuburan..alhamdulillah, aku dan sepupuku berpeluang pergi, dengan niat nak tengok cara pengkebumian..sambil2 anta tikar..kulihat turut mengiring jenazah adalah abang kpd kawan karibku waktu sekolah rendah (shidah).terima kasih semua.

seumur hidupku, 20 tahun ini, inilah kali pertama aku menyaksikan ambang maut..Subhanallah,kukira agak jelas tanda2 nya..Alhamdulillah, pemergian tokche' tidaklah terlalu menyiksakan, (namun hanya Allah yang tahu sakitnya sakarat itu)..Mudah2mudahan tokche' pergi dgn mudah, dengan izinNya...

mengimbau kembali apa yang berlaku pada hari ini, cukup menginsafkan diri yang kerdil ini..panggilan maut daripada Ilahi memang tidak mengenal waktu dan sesiapa..ya, Ajal maut itu di tanganNya..semalam, satu kematian. Hari ini, lagi 3..Allahummaghfirlahum, warhamhum wa'aafihim, wa'fu 'anhum..

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 atukku, rahmatilah ia dan sejahterkanlah ia..tempatkanlah rohnya bersama hamba2mu yang mati di jalanMu, yang beriman dan yang beramal soleh..

Ya Allah, semoga pemergian ini memberi tarbiyyah yang berpanjangan buat yang masih hidup..

amin, ya Rabbal 'alamin..



4 comments:

maisarah said...

semoga Allh mencucuri rhmt ke atas arwah..
takziah buat ema skeluarga.

izyanhamizah said...

salam ema.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas alhayarham. semoga beliau ditempatkan di tempat orng2 yang soleh. ameen..

"cukuplah mati sebagai pengajaran" kepada kita yang masih hidup.. selagi nyawa dikandung badan, biarlah segala tingkah laku menjemput redha dari Allah.. inshaAllah..

*f@ryh@* said...

akhirnya jumpa jugak blog ema..salam takziah dari ieha untuk ema sekeluarga ye..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan hamba2 yag soleh dan beriman

Faizatul Ema said...

Salam..dah lama baru nk bls komen, maaf ya..

Thanks sarah, kak izy and eha..

Ameen, semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas arwah..inshaAllah.. (T_T)