Thursday, June 18, 2009

Tarbiyyah dari Pencipta..

Innalillahiwainna ilaihi roojiuun..sekalung doa dan alfatihah buat saudaraku..

Alhamdulillah, pagi hari ini aku diberi peringatan olehNya, terima kasih ya Allah..sahabatku dari Mesir menghidupkan kembali berita tentang kepulangan sahabat kita, saudara ‘Ammar bin Zulkifli, pelajar Medic Mesir. “Walaupun sy tak pernah bercakap dgnnya, namun terasa kehilangan insan sepertinya..”begitulah lebih kurang komen sahabatku, Fakhriah. digambarkan arwah ‘Ammar seorang anak yg sangat baik dan soleh. Jiwa muda yang sentiasa membara dgn usaha2 dakwah di samping menjalankan tuntutan berjihad dalam bidang akademik. namun, pada usia semuda 21 tahun, Arwah pergi menyahut seruanNya..Shbtku yg berada di Jordan juga turut merasa kesedihan atas pemergian saudara ‘Amar,sekalipun dirinya memang tidak dikenali oleh shbtku. Subhanallah! itulah ukhuwwah kerana Allah, jalinan yang tersedia atas aqidah yang sama..meneroka link blog arwah dan rakan2 yang terlibat, aku sungguh terharu.terutamam apabila membaca entry yg dipost oleh ummu ammar, ibu arwah. terbayang ketabahan hati seorang ibu yang terpaksa merelakan pemergian seorang anak soleh yang dianggap sebutir permata berharga dalam keluarganya. Pada pengamatanku, Arwah seorang anak yang disenangi oleh orang2 di sekelilingnya..Semoga Allah menempatkan roh ‘Ammar bersama para syuhada’ dan solehin..amin..


“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat…melihat dunia dari jendela akhirat.” (dipetik dari ‘Ammar)

di sini ade link ke blog ‘Ammar:

kalam-puncak.blogspot

http://kalam-puncak.blogspot.com/2009/06/ummu-allahyarham-ammar-berbicara.html

amadanaksoleh.blogspot (kwn Ammar)

**mgkin tempias kesolehan arwah bleh membantu kita memperbaiki diri..insyaAllah..

Al-Fatihah….


sekali lagi, lebih kurang jam 11 lebih pagi ini, aku dikejutkan dgn satu lagi berita kematian..saudaraku (dua pupu) meninggal, accident. Apa yang membuatkan kami terkilan adalah, malam ini sepatutnya menjadi majlis penuh kenangan buat arwah kerana akan dilangsungkan majlis akad nikah..namun takdir dan perancangan Allah menukar segalanya..semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg soleh..amin..

…………..begitulah sedikit perkongsian..ujian itu satu tarbiyyah daripada Allah. tarbiyyah yang mampu menjentik hati yg kadang leka dan terlupa tentang maut. semoga kesedaran ini sentiasa mekar dalam hati kita..insyAAllah….

“kullu nafsin zaaiqotul maut”

(setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai maut/mati)

2 comments:

maisarah said...

subhanallh..
sya ade jg dgr kabar nie,tp bla bca entry ema kali tersentuh nk tahu dgn lebih lnjut cerita y sebenar..siapa mujahid 'ammar y sebenar..
harap Allah mncucuri rhmt keataS arwah..
sya sgt terpegun dgn kegigihan beliau memperjuangkn dkwah islm,
betapa Allh lebih mnyayangi arwah,
terasa diri ini jauh lebih kerdil.

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Subhanallah...
betul tu.. Amin, moga Allah menganugerahkan syahid buatnye..
~Perkongsian untuk kesedaran bersama..