Thursday, September 10, 2009

La takhof wa la tahzan!

Bismillah..Dengan namaMu..

"Duhai hati, la tahzan, jgn kamu bersedih! Duhai hati, be strong!Duhai hati, tabahlah! Ingatlah wahai hati, jika kamu lemah, maka tuanmu juga akan lemah! Jika kamu goyah, maka tuanmu juga akan goyah! Maka duhai hati yang kuat, menjadi kuatlah kamu, kerna perananmu amat besar! Duhai hati yang lembut, kelembutanmu bukan suatu kelemahan, malah suatu keistimewaan! Namun dengan hati yang lembut itu, jangan kau cuba untuk menjadi lemah!"


Kesedihan itu suatu ni'mat. Anugerah Allah buat hamba-hambaNya yang terpilih. Manusia dengan hati yang kering, mana kan bisa merasa sedih. Tersentuh, amat jauh sekali. Maka syukurlah dengan ni'mat perasaan yang Allah anugerahkan buat kita. Dengan adanya perasaan, kita boleh merasa bahagia, gembira, seronok, mahupun sedih, sayu dan belas. Alhamdulillah,syukur, Maha Suci Allah yang menciptakan PERASAAN. Maka jangan kita berasa kesal jika hati kita bersedih. Dalam kesedihan juga, terselit seribu hikmah dan rahmat. Mungkin tersembunyi. Dalam keadaan sedihlah, kita akan kembali padaNya (biasanya). Ya. Itu benar. Siapa lagi yang paling hebat untuk mendengar rintihan manusia jika bukan Penciptanya? Maka wahai hati yang bersedih, mengadulah padaNya. Dia maha mendengar suaramu. Bersyukurlah juga dengan kehadiran insan2 istimewa dalam hidupmu, kerna mereka juga adalah tanda rahmat dariNya..Bersyukurlah wahai hati, ucapkanlah kalimah hamdalah yang agung itu! Alhamdulillah!
~La Tahzan ya Qolbi!

3 comments:

zz said...

la tahzan ye ema

Salju Sakura said...

betul..dont be sad..becose,ALLAH is always looking at you,die x kan beri sesuatu yg hambaNya tidak mampu kan?so..be strong...(^_^)

Faizatul Ema said...

To ZZ n Salju Sakura: Ok, insyaAllah.. Thanx a lot ye..