Wednesday, June 1, 2011

seakan lupa..



terkadang..
diri seakan lupa..
lupa bagaimana sifat seorang anak soleh..
lupa bagaimana cara untuk belajar..
lupa bagaimana mahu fokus..
lupa matlamat hidup..
lupa bahawa Tuhan Kekasih pertama,
lupa bahawa Tuhan Pendengar setia,
lupa adab,
lupa apa itu akhlak,
lupa segalanya..

hanya kerana
NAFSU
dan
EMOSI
yang meraja..

ampun, maaf
atas segala khilaf yang ada
kerana diri manusia biasa
amat biasa
malah penuh ketidaksempurnaan..

cukuplah ia sebagai rencah hidup
menambah rasa
mengajar diri menjadi lebih matang
lebih pandai mengurus emosi
lebih pandai menjaga adab
lebih ingat bahawa HIDUP adalah medan penuh ujian..


~ jiwa ingin bebas seperti burung ~


2 comments:

Pink Ciput said...

http://www.youtube.com/watch?v=62RAK4arstU&NR=1&feature=fvwp

nanti tengok..best!! :)

Allah,
We're calling You for freedom, fighting for freedom and You won't let us fall.

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Calling for FREEDOM.. ^^

Best.. ^^