Friday, October 29, 2010

Golongan Manusia (Hamba)

Bismillah.
Salam.

Dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah (Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali)

Seorang hamba itu dipandang dari sudut AGAMA terbahagi kepada 3 darjat:

  • "Salim" : ertinya orang yang selamat iaitu orang yang hanya MENUNAIKAN yang FARDHU dan MENINGGALKAN MAKSIAT.

  • "Rabih" : ertinya orang yang beruntung iaitu orang yang menunaikan yang FARDHU dan MENINGGALKAN MAKSIAT dan menambah pula dengan amalan/perbuatan SUNAT.

  • "Khasir" : ertinya orang yang rugi iaitu orang yang taksir atau CUAI daripada melakukan yang FARDHU.


"Maka jikalau engkau tidak mampu menjadi yang rabih, maka berusahalah menjadi yang salim...Tetapi jangan sekali-kali jadi yang khasir..."


Wednesday, October 13, 2010

To love


To love
is to share

To love
is to care

To love
is to say good words

To love
is to listen

To love
is to stay beside
or maybe close at heart

To love
is to remember the person in your prayers
in every breath you take

To love
is to gain His blessings...

I Love You.

Mode: Homesick makin parah.....

Wednesday, October 6, 2010

Syukur


Alhamdulillah
Tiada yang lebih agung untuk pujian itu
Hanya untuk-Mu
Restu
Redha
Bakal membawa barakah
rahmah
Jua menggamit
mahabbah

Tuesday, October 5, 2010

Sedar & Sesal



Penyesalan
bukti suatu kesedaran
kesedaran
kunci untuk suatu perubahan
perubahan
memerlukan keinginan yang menggerakkan
teman
pendamping buat diri yang memerlukan

Saturday, October 2, 2010

Bismillah.
Salam.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.. after a longgggg break I am now back to reality: lectures, coursework, financial management, and 'management ' in general. Alhamdulillah have settled with moving in thingy, and my first week of new academic year with sooooo many things to do in head. =S Please please begging prayers from you .

No more homesick please. People begging, and me deeply inside my heart's core, denying the feelings I'm 'suffering' from now. But Alhamdulillah it's everyone's prayers, maybe (Thank Youuu)..I'm 'tougher' than before (so far).

If only I could tell eeeeeeverything I feel, eeeevery problems I have, eeeevery difficulties I'm suffering from..and if only this would HELP people understand WHY and WHY things are like that. But it's not possible. impossible.

Peeps, prayers please.
May Allah ease.

Wslmwbt.

p/s: talking to myself :-)

Sunday, September 5, 2010

Di Sebalik Nota Cinta

Bismillah.
Salam 'alayk para pengunjung blog yang dikasihi kerana-Nya.

Alhamdulillah, akhirnya berakhir sudah nukilan Nota Cinta buat masa ni. Penulisan pertama yang banyak cacat cela. Antara feedback membina yg saya dapat: Boleh pelbagaikan kosa kata, kurangkan guna bahasa/ejaan sms, buat perenggan elok2 /pendek/kemas, supaya senang orang nak baca, to keep what I have done up, dan supaya meneruskan penulisan yang orang dapat pelajari sesuatu. Alhamdulillah, terima kasih atas komen2 tersebut. Sangat2 dihargai dan membantu. Ada juga yang komen, Sufee tu, saya ke? Oh tidak, Sufee itu adalah Sufee Soleha, suatu watak rekaan semata-mata :-)

Niat menulis, asalnya kerana terbit minat dan perasaan ingin mencuba setelah membaca karya seorang rakan satu course saya, Aida Ismail @ lebih dikenali sebagai CikDa di dunia blog. DESTINASI CINTA yang ditulisnya sangat menarik dari segi olahan, bahasa, story line dan boleh saya kata memang ada gaya penulisan novel. Kalau bukukan dan komersialkan, sure laku. :-) Boleh baca di blog Cikda . Currently she's working on her second 'novel', Antara Dua, selepas Destinasi Cinta yang meletup tu..huhu..

Sudah menjadi lumrah, latar belakang seorang penulis akan mempengaruhi gaya penulisan dan apa yang ditulisnya, kan? (Ini yang sy belajar dlm salah satu subjek; Literary Analysis/Poetry). Patutlah sebelum belajar apa2 poem atau short story, ada baiknya kita mengenali penulisnya dulu..Untuk dpt analysis yg lebih tepat.. (Though dalam literary analysis, there's neither right nor wrong). Dan dalam Nota Cinta ini sendiri, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kehidupan penulis.. ( Kehidupan: pengalaman sendiri, pengalaman orang sekeliling..)

Pemilihan setting , memang diakui dipengaruhi oleh latar belakang penulis yang tahu serba sikit tentang kehidupan di England. Dan kenapa Moscow dipilih? Sebab dapat idea daripada pembacaan Novel Bumi Cinta oleh Habiburrahman el-Shirazy. Terima kasih buat yang recommend kan novel tersebut.

Sekali lagi, terima kasih buat semua. Terima kasih buat yg setia membaca. Terima kasih buat yg komen.. :-)

Pada kesempatan ini juga, saya nak ucapkan SALAM EIDULFITR buat semua. Mohon maaf atas segalanya, buat yg mengenali diri ini. Moga Allah terima amal kita semua. ameen..

Setakat itu sahaja buat masa ini. Moga bermanfaat serba sedikit.
Wslmwbt...

p/s: Tinggal lagi lebih kurang 2 MINGGU untuk terbang balik ke UK dan kembali kepada kehidupan seorang pelajar ~ Allahumma yassir. ( Belum prepare apa2 lagi pun. Doakan..)

Friday, September 3, 2010

Nota Cinta (xi) ~Hikmah~

******************
Setelah berbincang dengan suaminya, akhirnya keputusan diambil. Tarikh pulang Sufee ke England terpaksa diawalkan, walaupun hatinya begitu berat untuk meninggalkan suami tercinta. Dia amat kecewa dengan diri sendiri dan malu dengan suaminya kerana terpaksa menduduki peperiksaan ulangan. Permohonannya untuk meminda tarikh peperiksaan itu ditolak. Bertambah kekecewaannya. Namun jauh di sudut hati, dia pasrah dan berserah.

"Pergilah. Ini untuk kebaikan Sufee juga. Jangan risaukan Abang. Sufee jaga diri. Kalau tak boleh tidur, Sufee panggil awan terbang. Minta dia bawakan Abang ke sana. hehe. "

Sempat lagi Naufal berjenaka. Mahu menyembunyikan kesedihan di hati. Namun, tidak di mata seorang isteri. Kesedihannya tidak mampu disembunyikan lagi. Hati mana tidak sedih, terpaksa berjauhan beribu batu dengan insan yang baru seminggu bergelar isteri.

Dan kini, Sufee hilang dari pandangannya. Tenggelam dalam gumpalan awan yang memutih di langit.

*******************

Sufee hanya ada tiga hari untuk revision subjek Education itu. Dia bersyukur kerana kawan-kawannya mengamanahkan dia untuk memegang kunci rumah, sekaligus memudahkan urusannya. Sungguh, Dia Maha Mengetahui.

Musim luruh kian tiba, dan kesejukan mulai terasa. Dia bersyukur pemanas udara dalam biliknya itu berfungsi dengan baik.

"Abang..."

Ingatannya tiba-tiba beralih kepada suami tercinta. Namun, sedaya upaya, dia menumpukan perhatian kepada info yang tersedia dalam bentuk isi-isi penting. Namun kesunyian berada keseoarangan di rumah enam bilik itu membuatkan Sufee tidak sedar bila saatnya matanya terpejam lena.

Allahu Akbar, Allahu Akbar.

"Ya Allah! Sudah masuk Subuh!"

Sufee tersedar dari tidurnya yang nyenyak, mungkin keletihan. Dibiarkan komputer ribanya berada dalam keadaan 'stand by' setelah azan habis dikumandangkan. Usai Subuh, dia mencapai al-Quran birunya, salah satu barang hantaran oleh suaminya. Selesai beberapa muka, dia berhajat untuk meneruskan ulangkajinya.
Dan tiba-tiba...

"Ting Tong.."

Loceng rumahnya berbunyi. Sufee kehairanan. Siapakah yang datang seawal itu? Cleaner kah? Tak mungkin, itu terlalu awal. Oh, mungkin Sarah, atau Mira, atau Laila yang menghabiskan cuti musim panas mereka di sana. Ya, dia yakin dan melangkah menuju ke pintu untuk menyambutnya. Pintu dibuka.

Sufee terpaku, seakan tidak percaya dengan susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya.

"Tak nak jemput Abang masuk?"

Naufal berlagak selamba. Dan Sufee masih belum berganjak. Cuba berlagak tenang, Sufee membalas.

"Assalamualaikum.."

"Oh! Maaf. Abang terlalu excited! hehe..."

"Belum jawab tu..."

"Dah, dalam hati. Sufee tak dengar? WAALAIKUMUSSALAM tuan puteri.."

Dan kedua-duanya melangkah masuk dengan berpimpin tangan, penuh bahagia...Menggamit memori hari pertama kedua-duannya disatukan dengan akad nikah..

*************

"Abang, nasib baik Sufee takde sakit jantung."

"Sebab Abang tahu Sufee takde sakit jantung la Abang berani buat macam ni..hehe.Hmm, Sufee , Abang rasa ni balasan Allah sebab Abang mengkhianati janji sendiri kot..Tak pasal-pasal Sufee kena megulang satu paper.."

"Erk. Janji apa?"

"Masih ingat ayat ni? 'Saya akan sambung niat saya selepas dua-dua tamat pengajian..'?

Sufee tergelak kecil.

"Abang, ini bukan soal mengkhianati janji...Inilah yang dikatakan taqdir. Sesuatu yang di luar kuasa kita.."

"Pandai isteri Abang..Hmm, by the way, apa yang Abang boleh bantu Sufee sekarang?"

"Abang dah teman Sufee study ni pun, dah lebih dari cukup.." Sufee tersenyum

Jawapan yang cukup menyenangkan hati suaminya. "Sufee, Abang ada baca nota Sufee tadi. Dengarkan, Abang nak bentang."

"Elektron dihasilkan apabila berlaku hentaman cahaya bergelombang tinggi ke atas kepingan logam, dan ikatan-ikatan antara logam itu dipotong dengan tenaga yg dihasilkan oleh cahaya, membolehkan zarah-zarah untuk terbang keluar secara bebas......bla, bla, bla.."

Sufee terlopong mendengar. Sungguh, langsung tidak dia fahami konsep apa yang baru sahaja dibentangkan oleh seorang pelajar Engineering itu.

Naufal terasa dia menang untuk kali ini. Isterinya mati kata.

"Abang, terbukti seorang guru bahasa boleh je hidup dengan seorang engineer kan?Sape cakap tak boleh.."

Kali ini, Naufal yang terdiam. Kagum. "Sufee Soleha, benarlah, kau seorang yang memandang segalanya dengan hikmah!"

**************

Abang, kat mana dan bila kita akan berbulan madu? Tinggal lagi dua minggu lebih, abang akan balik ke bumi Moscow. Sufee pula, akan mula sibuk dengan kuliah di sini..

Bulan Disember nanti! Abang bawa Sufee ke sana!

Ke mana?

Kita main salji kat tempat Abang! ;-)

**************

~TAMAT~
~Namun, kisah CINTA mereka baru bermula...~

Nota Cinta (x) ~Tarbiyyah dariNya~

********************

Peperiksaan tahun pertama sudah ditempuhnya. Berbekal tawakkal, dia meninggalkan bumi England. Dan akhirnya, seiring doa sahabat-sahabat dan keluarga, Sufee Soleha kini selamat berada di tanah air. Dua hari pertama dihabiskan di rumahnya sahaja, merehatkan badan setelah hampir dua hari berada dalam perjalanan. England-Cairo-Malaysia. Sungguh penat. Sebermulanya hari ketiga, Sufee mulai sibuk dengan urusan pertunangan dan perkahwinannya. Dari hal kursus kahwinnya, bajet untuk kenduri dan barang-barang hantarannya, sehinggalah perancangan jadual hariannya sebelum dia kembali meninggalkan bumi Malaysia, buat ke sekian kalinya. Namun, dia sendiri masih tidak dapat membayangkan kehidupannya selepas ini. Mungkin jadualnya akan berubah. Ya, mungkin.

Hari-hari berlalu begitu cepat , sehingga tidak terasa. Mungkin kerana kesibukannya mempersiapkan segalanya, dengan bantuan keluarga, sahabat-sahabat dan juga bakal suaminya sendiri. Sehinggalah tiba hari itu..

"Tahniah, Puan Sufee Soleha."

"Tahniah juga, Encik Naufal."

Dua mempelai saling mengucapkan tahniah, yang disemai dengan kalimah hamdalah yang tidak putus. Selesai sahaja majlis menyarungkan cincin pertunangan, kedua-duanya kemudiannya diijabqabulkan. Majlis yang cukup sederhana, namun diharapkan penuh keberkatan dan redha-Nya. Disaat gugurnya air mata kesyukuran Sufee sejurus selesainya ijab dan qabul, di saat itu jugalah terasa suatu amanah yang tergalas dibahunya. Amanah dalam menumpahkan segala kasih, mengikat segala janji setia, mentaati speenuh rela. Ya, dia kini berperanan sebagai sayap kiri perjuangan seorang insan yang bergelar SUAMI.

Tersentuh hati wanitanya apabila pertama kali dikucup di dahi, sejurus selesai solat sunat nikah sebentar tadi. Debar yang dirasakan kini, bukan debaran penuh resah, namun debaran penuh kebahagiaan. Sufee tersenyum, dirasakan mahu sujud syukur selamanya..

***************

Majlis di kedua-dua belah pihak berlangsung seperti yang dirancang. Dan kini Sufee Soleh meneruskan hidup barunya dengan semangat yang baru.

"Abang, Sufee pinjam laptop, boleh?"

"Kalau Abang cakap, TAK BOLEH?"

"Ok.."

"Bagusnya..solehah..macam namanya.." Naufal tersenyum nakal, dan Sufee hanya tunduk.

"Aduh. Aku salah cakapkah?" Tekanya di dalam hati. Naufal sedikit kebingungan. Dia sendiri masih belum mengenali isterinya. Sekarang dia hilang tingkah, memikirkan apa yang patut dilakukan.

Diambilnya komputer ribanya, dan ditekankan butang ON. Internet disambungkan, kerana dia tahu itu yang diinginkan isterinya pada awalnya tadi.

"Wahai tuan puteri, sudikah dikau mengahwiniku?" Dia berlagak seperti seseorang yang sedang melamar suri hati, dengan sebentuk cincin. Namun kali ini bukan cincin yang dihulurkan, namun sebuah komputer riba!

"Kalau saya cakap TAK SUDI?"

Hah! Kali ini dia yang terkena!

"Sufeeeeeeeeeeeeeeeeee! Abang tak sangka Sufee macam ni ya...hehe."
Kali ini Sufee tidak dapa menahan tawanya. Naufal juga.

**********************
~Tarbiyyah dariNya II~
**********************

Naufal kini terlelap, keletihan seharian berjalan, bertandang ke rumah saudara-maranya untuk memperkenalkan isteri tersayang. Namun Sufee masih sibuk di hadapan komputer riba suaminya, ralit membaca emel-emel dari pihak university. Bertimbun. Summer Break Reading List, New Semester Academic Schedule, New Accommodation, Freshers' Week, dan..matanya tertumpu kepada subject yang berbunyi: EXAM:Referral Paper.

Ya Allah!!!

*********************


Nota Cinta (ix) ~Resah di Dada~

*****************

Bunga berganti bunga, menandakan musim baru bakal tiba. Petang itu Sufee memilih untuk tidak pulang terus ke rumah selepas tamat kelas, sebaliknya kakinya senang menuju ke taman kesukaannya. "Warna apakah kali ini? Adakah tulip merah jambu dan kuning masih setia menantiku di sana? Atau mungkin sudah berganti dengan bunga lain?" Dia meneka sendiri.

Tanpa dia sedar, dia sudah berada di hadapan suatu kelompok bunga-bunga daisy ungu. Sungguh indah! Hilang serta merta kerisauan tentang peperiksaan tahun pertama yang bakal dia tempuhi dalam masa lagi dua minggu. "Ya Allah! Masih ada benda yang belum lepas, patut pun rasa berat beban di dada ni.." Sufee menyukai alam. Dan dengan alam, dia biasa menenteramkan jiwanya yang resah dan kesah.

Dilihatnya sebuah bangku kosong, di bawa sebuah pokok rendang, bertentangan dengan sebatang sungai; the River Stour. Puas memerhatikan gelagat pelancong-pelancong dari pelbagai peringkat umur itu, dia mengalih pandangannya ke arah bunga-bunga tulip putih krim di sepanjang bahagian atas tebing sungai itu. Kemudian matanya tertumpu ke arah seorang kanak-kanak kecil yang sungguh comel, lagaknya seperti Adreana, anak saudaranya. Ralit sungguh si kecil itu bermain dengan patung Barbie nya. Pandangannya terhenti apabila seorang lelaki datang dan mendukung bawa si kecil itu pergi. Mungkin bapanya, Sufee mengagak. Sekali lagi, dia memusatkan pandangannya ke arah bunga-bunga pelbagai jenis di situ. Tanpa rasa jemu.

"Assalamualaikum, Sufee."

"Erm, Waalaikumussalam", jawabnya tanpa sempat menoleh. "Oh, Aza. Kamu dari mana?"

Aza hanya tersenyum. Ditangannya terbimbit beg 'past time', sebuah kedai yang menjual barangan-barangan cenderahati yang kebanyakannya berunsurkan stail Inggeris. Tanpa menjawab soalan Sufee, dia mengangkat dan menjaja beg tersebut di depan mata Sufee. Sufee hanya membalas dengan senyuman, penuh ikhlas, walaupun hatinya gundah memikirkan sesuatu.

"Sufee, are you ok? This isn't Sufee whom I know. C'mon dear, what is a friend for if she leaves you like this?"

Kali ini air mata Sufee menitis. Lama ditahan, hanya menunggu hatinya dijentik. Sungguh, dia dapat merasakan keikhlasan dalam setiap bait kata yang terucap oleh Aza, sahabat karibnya sejak kolej persediaan lagi.

"Aza..I'm okay. Thanks a lot my dear, no worries. I'm just, a bit tired..and.."

"Cakap Sufee..I'm listening."

"Aku risau Aza..Aku tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas tadi, terasa subjek LAW tadi sangat susah..Dan, aku risaukan exam nanti..Entah, aku rasa tak sedap hati.."

"Oh..ingatkan risau sebab bakal tukar status tak lama lagi!hehe.."

"Aza please..."

"Ok2. Aku serius. hehe.Em, Sufee..Aku rasa, aku tidaklah layak untuk nasihat kau. Dan aku rasa kau lebih tahu..Semua itu kan urusan Dia? Kenapa perlu kau risau tentang natijah yang bakal kau tempuh?"

"Aku tidak lain hanyalah manusia biasa Aza. Kan manusia ni Allah cipta bersifat suka keluh kesah. Ada masanya, aku juga rasa semua tu Aza, seperti orang lain.."

Aza terasa terpukul.

"Tapi kan Azaa, betul juga katamu, aku mungkin sedang resah menanti hari itu tiba.."

Akhirnya Sufee meluahkan sedikit demi sedikit. Aza tersenyum.

"Hehe, kan betul! Ok, sekarang, pasal exam tu, kita setel kan sama2. Aku ada buat notes untuk kelas hari ni dan kelas-kelas yang lepas. Kau boleh pakai, apa-apa, boleh tanya aku, ok?"

Sufee tersenyum lega. Tanda setuju.

"Dan hal yang satu lagi tu, aku tak boleh tolong. hehe. By the way, sudah ditetapkan tarikhnya?"

"Alhamdulillah. Sudah. 15 September."

"Oh, dalam masa tak sampai dua bulan, dia akan merampas kau dari kami.."

Aza cuba bernada sedih. Dan hakikatnya, dia sedikit sedih, merasakan seakan Naufal itu seorang perampas.

"Aza..Jangan cakap macam tu.. Aku pun masih tak percaya semua ni. Semuanya datang dengan tiba-tiba..namun aku yakin, Dia Penyusun terbaik. Naufal bukan perampas, namun dia adalah seseorang yang bakal membuatkan aku lebih bersifat penyayang dan pengasih, inshaAllah."

Sungguh pandai Sufee mengambil hati sahabatnya itu. Dan kini Aza tersenyum, bangga dengan seseorang memeluknya erat itu. "Ah, masihkan ada peluang seperti ini untukku lagi?" Katanya, namun hanya dalam bisikan rahsia kalbu.

*********************

Thursday, September 2, 2010

Nota Cinta (viii) ~Musim yang Berlalu~

*****************
Musim luruh sudah lama pergi, meninggalkan sececbis memori yang membuang segala kepahitan bersama daun-daun yang gugur lemah, patuh dengan kehendak alam. Begitu juga dengan kedinginan yang mencengkam, sudah berlalu membawa angin segar musim bunga, bersama kicauan beburung menyambut kehadiran sang mentari pagi. Tinggal hanya musim panas yang belum dirasai oleh Sufee sejak tinggal di bumi Inggeris itu. Baginya, setiap musim itu ada keistimewaannya tersendiri.

Musim luruh dengan daun-daun yang gugur, menjadi hamparan buat laluan manusia. Musim sejuk dengan kesucian saljunya, membawa seribu erti, mengingatkan sucinya fitrah kejadian seluruh makhluk dengan fitrah kebertuhanannya. Musim bunga membawa keriangan dan senyuman, dengan mentari yang bersinar indah menyuburkan bunga-bunga yang cukup memikat hati. Subhanallah. Walhamdulillah.

Berlalunya musim-musim yang melakar kenangan indah dalam kamus hidupnya, tidak bermakna berlalu semua memori yang lalu. Semuanya masih segar dalam ingatan. Tinggal lagi sebulan untuk Sufee dan teman-temannya pulang bercuti di tanah air, menikmati setiap titis kasih sayang daripada keluarga tercinta, setelah berhempas-pulas bertarung dengan segala macam dugaan di bumi asing.

Malam itu, Sufee meluangkan sedikit masa untuk membaca longgokan emel dalam inbox nya. Dia memilih emel-emel yang mahu di delete, yang kebanyakannya emel berkaitan promosi dari e-bay, facebook notifications dan emel-emel yang kurang penting. Ralit mendelete, tiba-tiba matanya terhenti pada suatu emel, daripada seseorang yang dikenalinya. Tertulis nama AbuAnas sebagai pengirimnya. Perasaan ingin tahunya memaksanya untuk mengalihkan tumpuan kepada emel tersebut. Klik.

"Salam. Saudariku, apa khabar? Moga sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Di sini, saya ingin menanyakan beberapa soalan. Harapnya saudari Sufee sedia untuk menjawab..Pertamanya, boleh saya tahu bila Sufee akan balik ke Malaysia untuk cuti? Dan untuk berapa lama Sufee akan berada di sana? Mohon dibalas a.s.a.p. Penting. Salam dari bumi Moscow, Naufal."

Sufee tertarik dengan ayat terakhir dalam warkah yang pendek itu. PENTING. Apakah? Maka, tanpa berlengah lagi, Sufee membuka diarinya, melihat catatan tarikh-tarikh penting. 3 Julai: Pulang ke Malaysia. 23 September: Pulang ke UK. Ya, setelah yakin yang dia tidak tersalah lihat, jarinya pantas menaip emel balasan.

"Waalaikumussalam, saudaraku Naufal. Alhamdulillah saya baik-baik saja di sini. Cuma sedang menghitung hari untuk pulang bercuti. Semoga Naufal juga sejahtera hendak-Nya. Em, berkenaan soalannya itu, inshaAllah dijadualkan, saya akan terbang pulang ke tanah air 3 Julai ini, dan akan berada di Malaysia selama hampir 3 bulan lamanya. Em, maaf, apakah yang dikatakan penting itu?"

Sent.

Tiba-tiba Sufee ditegur di laman chat Skype. Sedikit terkejut.

AbuAnas: Salam. Maaf mengganggu.

SSoleha: Wslm. Tak mengapa.

AbuAnas: Saya ada hantar sesuatu kat inbox Sufee semalam. Sudah baca?

SSoleha: :-) Baru saja dibalas. Sudah di check?

AbuAnas: Sedang baca.

SSoleha: Ok. Jika sudah baca, apa jawapan kepada soalan saya?

AbuAnas: Hmm. Macam ni. Sudah sedia untuk dengar? Sesuatu yang serius.

SSoleha: InshaAllah. Saya sedia dengar.

AbuAnas: Begini..Saya kan mula bercuti pada 30 June dan akan pulang ke Malaysia 20hb. Dijadualkan akan pulang ke Moscow balik pada 25 Sep, InshaAllah. Dan saya bercadang, untuk menghantar rombongan, dalam cuti tersebut..

SSoleha: Erm..rombongan?

AbuAnas: Ya, rombongan meminang, diikuti majlis akad nikahnya.

Allahu akbar! Bagai disentap jantungnya. Mimpi apakah ini? Berkali-kali Sufee membaca mesej terakhir tersebut, bimbang andai dia tersalah. Lama dia terdiam. Naufal menyambung, seolah faham keadaan Sufee yang mungkin masih terkejut.

AbuAnas: Maaf, andai ini suatu yang kurang menyenangkan. Tapi jangan bimbang, saya sudah berbincang dengan ibu ayah saya, dan juga ibu ayah Sufee. Tiada kekangan daripada mereka, alhamdulillah.

Setelah mendapat kekuatan untuk menennagkan dirinya, akhirnya Sufee membalas. Pendek. Tanpa banyak soalnya.

SSoleha: Sungguh, ini suatu kejutan bagi saya. Alhamdulillah atas segalanya. Jika itu lebih baik, saya terima saja. Apa-apa perbincangan lanjut, boleh inform pada saya lagi ya.

AbuAnas: Baguslah kalau begitu. Jika tiada apa-apa lagi, sampai di sini saja buat masa ni..jaga diri ya. Salam..

SSoleha: InshaAllah. Wslmwbt..

Sufee terduduk. Buntu seketika. Matanya yang makin lemah tadi kembali segar. Tanpa berlengah, dia melangkah kakinya menuju ke bilik air, mahu menyucikan diri. Dihidupkan malamnya itu dengan solat-solat nawafil, seperti biasa. Tahajud, taubat, hajat, istikharah, dan disudahi dengan witir. Bezanya malam ini, qiam nya dimulakan dengan solat sunat syukur. Itulah kebiasaan Sufee, seorang gadis biasa yang berjiwa penuh pengharapan kepada Penciptanya.. Jika diyakini dia tidak mampu untuk bangun di akhir malam, dia akan menunaikan hak ruhaninya sebelum melelapkan mata. Hanya redha Allah yang didamba!

****************
Sufee mengumpulkan kekuatan untuk memberitahu tentang berita tersebut kepada teman-teman serumahnya. Aza adalah orang yang paling gembira buat dirinya. Yang lain juga turut sama mendoakan yang terbaik buat Sufee. Indah sungguh ukhuwwah dalam rumah yang harapnya penuh dengan barakah itu.

Dan kini Sufee memiliki suatu tanggungjawab dan misi yang lebih besar untuk diselesaikan....