Friday, September 3, 2010

Nota Cinta (ix) ~Resah di Dada~

*****************

Bunga berganti bunga, menandakan musim baru bakal tiba. Petang itu Sufee memilih untuk tidak pulang terus ke rumah selepas tamat kelas, sebaliknya kakinya senang menuju ke taman kesukaannya. "Warna apakah kali ini? Adakah tulip merah jambu dan kuning masih setia menantiku di sana? Atau mungkin sudah berganti dengan bunga lain?" Dia meneka sendiri.

Tanpa dia sedar, dia sudah berada di hadapan suatu kelompok bunga-bunga daisy ungu. Sungguh indah! Hilang serta merta kerisauan tentang peperiksaan tahun pertama yang bakal dia tempuhi dalam masa lagi dua minggu. "Ya Allah! Masih ada benda yang belum lepas, patut pun rasa berat beban di dada ni.." Sufee menyukai alam. Dan dengan alam, dia biasa menenteramkan jiwanya yang resah dan kesah.

Dilihatnya sebuah bangku kosong, di bawa sebuah pokok rendang, bertentangan dengan sebatang sungai; the River Stour. Puas memerhatikan gelagat pelancong-pelancong dari pelbagai peringkat umur itu, dia mengalih pandangannya ke arah bunga-bunga tulip putih krim di sepanjang bahagian atas tebing sungai itu. Kemudian matanya tertumpu ke arah seorang kanak-kanak kecil yang sungguh comel, lagaknya seperti Adreana, anak saudaranya. Ralit sungguh si kecil itu bermain dengan patung Barbie nya. Pandangannya terhenti apabila seorang lelaki datang dan mendukung bawa si kecil itu pergi. Mungkin bapanya, Sufee mengagak. Sekali lagi, dia memusatkan pandangannya ke arah bunga-bunga pelbagai jenis di situ. Tanpa rasa jemu.

"Assalamualaikum, Sufee."

"Erm, Waalaikumussalam", jawabnya tanpa sempat menoleh. "Oh, Aza. Kamu dari mana?"

Aza hanya tersenyum. Ditangannya terbimbit beg 'past time', sebuah kedai yang menjual barangan-barangan cenderahati yang kebanyakannya berunsurkan stail Inggeris. Tanpa menjawab soalan Sufee, dia mengangkat dan menjaja beg tersebut di depan mata Sufee. Sufee hanya membalas dengan senyuman, penuh ikhlas, walaupun hatinya gundah memikirkan sesuatu.

"Sufee, are you ok? This isn't Sufee whom I know. C'mon dear, what is a friend for if she leaves you like this?"

Kali ini air mata Sufee menitis. Lama ditahan, hanya menunggu hatinya dijentik. Sungguh, dia dapat merasakan keikhlasan dalam setiap bait kata yang terucap oleh Aza, sahabat karibnya sejak kolej persediaan lagi.

"Aza..I'm okay. Thanks a lot my dear, no worries. I'm just, a bit tired..and.."

"Cakap Sufee..I'm listening."

"Aku risau Aza..Aku tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas tadi, terasa subjek LAW tadi sangat susah..Dan, aku risaukan exam nanti..Entah, aku rasa tak sedap hati.."

"Oh..ingatkan risau sebab bakal tukar status tak lama lagi!hehe.."

"Aza please..."

"Ok2. Aku serius. hehe.Em, Sufee..Aku rasa, aku tidaklah layak untuk nasihat kau. Dan aku rasa kau lebih tahu..Semua itu kan urusan Dia? Kenapa perlu kau risau tentang natijah yang bakal kau tempuh?"

"Aku tidak lain hanyalah manusia biasa Aza. Kan manusia ni Allah cipta bersifat suka keluh kesah. Ada masanya, aku juga rasa semua tu Aza, seperti orang lain.."

Aza terasa terpukul.

"Tapi kan Azaa, betul juga katamu, aku mungkin sedang resah menanti hari itu tiba.."

Akhirnya Sufee meluahkan sedikit demi sedikit. Aza tersenyum.

"Hehe, kan betul! Ok, sekarang, pasal exam tu, kita setel kan sama2. Aku ada buat notes untuk kelas hari ni dan kelas-kelas yang lepas. Kau boleh pakai, apa-apa, boleh tanya aku, ok?"

Sufee tersenyum lega. Tanda setuju.

"Dan hal yang satu lagi tu, aku tak boleh tolong. hehe. By the way, sudah ditetapkan tarikhnya?"

"Alhamdulillah. Sudah. 15 September."

"Oh, dalam masa tak sampai dua bulan, dia akan merampas kau dari kami.."

Aza cuba bernada sedih. Dan hakikatnya, dia sedikit sedih, merasakan seakan Naufal itu seorang perampas.

"Aza..Jangan cakap macam tu.. Aku pun masih tak percaya semua ni. Semuanya datang dengan tiba-tiba..namun aku yakin, Dia Penyusun terbaik. Naufal bukan perampas, namun dia adalah seseorang yang bakal membuatkan aku lebih bersifat penyayang dan pengasih, inshaAllah."

Sungguh pandai Sufee mengambil hati sahabatnya itu. Dan kini Aza tersenyum, bangga dengan seseorang memeluknya erat itu. "Ah, masihkan ada peluang seperti ini untukku lagi?" Katanya, namun hanya dalam bisikan rahsia kalbu.

*********************

No comments: