Tuesday, August 31, 2010

Nota Cinta (ii) ~Kisah Dulu~


****************************

" Sufee, aku belum puas hati dengan jawapanmu.."

"Tentang apa?"

"Tentang dirimu. Segalanya tentang dirimu, masa depanmu."

"Oh, tidaklah aku mampu untuk berbicara tentang masa depan, ianya di luar kawalanku.." Katanya sambil tersenyum. Penuh ikhlas.

"Hehe, kamu sungguh pandai berkata-kata. Patutlah, ada yang memberitahuku, membaca blogmu cukup untuk membuat orang jatuh hati. Mungkin terpegun dengan susunan kata-katamu yang indah dan menyenangkan.."

"Wah, kamu nampaknya lebih pandai berkata-kata dariku, Aza. Hmm. apa yang kau mahu tahu tentang diriku? Bukankah kita sudah lama kenal? belum setel lagi taaruf kita, ya? hehe.."

Itulah Sufee, takkan pernah orang menang dengannya..

"Hmm. Ya, sebenarnya aku serius bertanya tentang insan istimewamu. Andai benar kamu belum berpunya, mahukah kau jika aku kenalkanmu dengan seseorang?"

"Hmm..Aza..beginilah, aku terus terang saja denganmu.."

"Itu lebih baik. Khabarkan padaku, sahabat.."

"Suatu ketika dulu, aku memang menolak segala bentuk cinta dari insan bernama lelaki. Bukan apa, aku takut. Takut andai akademikku terabai. Takut andai lebih banyak buruknya berbanding baiknya yang kukira engkau sendiri tahu. Dan hati aku sendiri tidak mahu membiasakan dengan semua tu..Lagi-lagi setelah melihat realiti depan mata..Astaghfirullah!"

"Maksudmu..? Aku masih kurang jelas.."

"Hmm. Ya, itu suatu ketika dahulu, di mana kurasakan diriku amat kuat untuk mempertahankan diri aku sendiri. Mempertahankan hati dan perasaanku. Hingga suatu ketika.."

"Macam menarik.."

"Aku dilamar oleh seseorang. Seseorang yang baru kukenal. Bukan sesuatu yang mudah kukira, untuk membuat keputusan pada umur seawal 18 tahun. Setelah berfikir panjang, ku terima si dia. Atas satu alasan, kerana aku berkenan dengan keluarganya. Sesetengah orang mungkin fikir aku ini pelik. Terima seseorang kerana keluarganya, bukan kerana 'dia' sendiri."

"Wah, sesuatu yang tidak kujangka, Sufee. Semestinya keluarganya, dan dirinya hebat, bukan? Sehebat pemuda yang orang sepertimu selalu dambakan.."

"Hehe, sejak bila aku pernah ceritakan tentang pemuda dambaanku? Pandai saja kamu Aza.. Hmm.. Tapi Aza, dipendekkan cerita, aku terlupa sesuatu dalam membuat keputusan tu.."

"Apa dia? istikharah?"

"Hmm..istikharah sudah. Namun Dia jua yang maha Mengetahui. Aku tidak pasti dengan gerak hatiku, tetapi aku terus memilihnya...tanpa...hmm..tanpa aku berbincang dengan ibu ayahku.."

"Oh..jadi adakah itu kau anggap sesuatu yang kau kesalkan?"

"Ya. Aku amat menyesal. Namun di sebalik kekesalanku, aku cuba memikirkan hikmahnya yang mungkin jauh lebih besar dari kekesalan diriku..."

Dan Sufee termenung panjang....

*********************************

8 comments:

KHAIRUL said...

hoho.. ada bakat .. ini kisah benar ke ? ;p

ira^^ said...

i like..^^..xsbr tgu nxt epsode..

Anonymous said...

salam Ema, hehe..wahhh, dah ada 2 part rupanya, waiting for the 3rd :)
http://cikdaismail.blogspot.com/2010/09/antara-dua-part-1.html

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

K.Anam: tme kasih..bakat yg tak berapa balat..try2 je lps dpt semangat tgk my fren menulis..

Ira: hihi.. tenkiu sudi baca..ema ngarot jah tu.. :p

Aida/Cikda: Wslm Aida..hehe tenkiu....u r my inspiration tau :-)

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

bakat*

Anonymous said...

best la ema..terbayang macam ni kisah betul je..sufee tu macam ema je..hik3
..ieha..

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

hihi ieha, thanks for dropping by... ish, sufee itu sufee soleha.. lain dgn faizatul ema ;-))

mohon feedback utk pembaikan juga..hehe

tggu kesudahannya :-)

Anonymous said...

huk3..ye ke lain..tapi sifat peribadi sufee itu persis faizatul ema yang eha kenal sejak 6 tahun yang lalu..x sabar nak tunggu kesudahannya