*****************
" Salam, semoga baik-baik saja. Selamat Hari Lahir. Mohon maaf atas segala salah silap. Sampaikan salam buat Kak Aina.."
Dia menghantar mesej, setelah beberapa bulan mereka berpisah, dengan cara baik.
" Salam, Sufee. Ini Kak Aina. Sekarang akak yang guna handphone Hilmi. Em, by the way, Hilmi dah selamat terbang ke Madinah, semalam.. Untuk sambung pengajian dia..Alhamdulillah, dia juga sudah khatam hafaz 30 juzuk..Suatu kejutan untuk kami sekeluarga. Dia baik-baik saja. Takpelah Sufee, takde apa-apa, ada la hikmah atas apa yang berlaku..InshaAllah. "
Dia membiarkan saja mesej itu terhenti di situ. Berfikir panjang. Mengucap syukur yang tidak terhingga, mungkin inilah hikmah di sebalik keputusan yang diambil. "Alhamdulillah ya Allah.." Bisik hati kecilnya.
"Sufee masih berhubung dengan dia? "
"Ye Bu, kenapa? "
"Hmm..takde apa-apa"
Tiba-tiba dia teringat perbualan dengan ibunya suatu ketika dahulu. Bukan sekali. Bukan dua kali. Ibunya seolah-olah memberi hint yang dia kurang senang dengan perhubungan Sufee dan Hilmi. Ya, atas suatu sebab.
"Ibu mana yang tak mahu anaknya bahagia, kan? " Sufee bermonolog sendirian, sambil mengeluh panjang.
" Sufee... "
"Ye Bu.. Oh! Maafkan aku Aza.."
"Apa yang kau fikirkan? Maafkan aku jika aku buat kau kurang senang.."
"Eh, takde apa..It's ok.."
Sufee cuba menyembunyikan kisah silamnya itu dan dia tidak berniat untuk menceritakan segalanya kepada kawan baiknya itu. Sebolehnya, segalanya ingin dilupakan, walaupun terkadang memori itu hadir tanpa diminta.
" Aku tahu, kau ada kisah silam. Dan aku tahu, kau juga ada kisah sekarang. Aku tidak akan memaksa kau untuk bercerita segalanya denganku, namun aku akan sentiasa sedia untuk mendengar darimu.."
"Ah, kau memang pandai membaca hatiku, Aza! " Sekali lagi Sufee bermonolog.
"Em..Aza..kau memang sahabat yang baik. Aku sangat2 hargai..Sampai masa, kau akan tahu segalanya tentangku.. " Dan dia cuba untuk senyum.
********************************
Sufee membelek-belek diarinya...terpaku membaca luahan hatinya pada 21 OKTOBER 2007, 9 SYAWAL 1428..
TAKKAN KUUNDUR LAGI
Bersyukur aku
Kerana merasa hidup dalam tarbiyyahMu
Hidup dalam cahaya petunjukMu
Dikala aku terleka
Datang peringatan buatku
Hamba yang kerdil hina
Kemanisan iman pernah kurasa dulu
Agung rasa tak terkata
Nikmat tak terbayang
Aku bebas dari cinta manusia
Aku milikMu Tuhan
Pencipta yang Maha Mencipta
Pencipta kasih sayang
Pencipta kerinduan
Namun
Lumrah manusia bernafsu
Sering kali tersilap langkah
Jua mungkin ujian buat diriku
Ya...
Dia menguji kata-kataku sendiri
Aku seolah terjerat
Terjerat dengan cinta insani...
~Sufee Soleha~
*************************************
No comments:
Post a Comment