Sunday, February 28, 2010

What happened in Sheffield?

Bismillah.
Salam..

Alhamdulillah, selamat sudah menjadi penyokong pasukan netball n badminton CCCU n penyokong wakil futsal and basketball CCCU di Sheffield Games. Perjalanan yg bermula 7p.m. until 1a.m. agak berbaloi walaupun agak kepenatan. Tahniah kepada pasukan badminton CCCU, Fyza and Huda, dapat first runner-up. Netball, tempat ketiga drp 3 pasukan yg bertanding ;). Alhamdulillah 'ala kulli haal.. And antara part yg best, dpt rasa makanan Malaysia n rasa suasana pasar malam Kerinchi kat Food Stall yang memang happening! huhu.. First time jumpa nasi kerabu, sambal petai etc di UK :)

Namun di sebalik kemeriahan Sheffield Games yang berlangsung, rupa2nya something unexpected happened..Sedih bila dengar about Syah, Rahim and Fairus Inteam yang tersekat di UK Border Agency, Stansted Airport, London. Patut pun nampak Hazamin sedih je semalam ;(
Ada masalah rupanya..Plan Nasheed Extravaganza (NEXT) yg patut berlangsung dgn kehadiran Inteam, terpaksa di adjust disebabkan masalah yg tak dapat dielakkan tersebut..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(al-Ankabut: 2)

Sangat terharu baca corat coret In Team and tengok video Amin perform sorang2 (klik sini, sweet sgt video ni) , without other Inteam members..Manisnya ukhuwwah apabila semuanya kerana Allah :)

Moral of the story, about NEXT ni.. Kita merancang, sedetail2 perancangan sekalipun, Allah jua yang menentukan pengakhirannya.. Di sinilah perlunya sentiasa optimis/ husnu dzon / bersangka baik dengan Allah..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(al-Insyirah: 5-6)


Tahniah buat organiser dan semua yang terlibat dalam Weekend @ Sheffield.. Semoga setiap usaha diberi ganjaran olehNya..InshaAllah.

p/s: Mungkinkah akan ada Weekend @ Canterbury suatu hari nanti? ;)



2 comments:

3F@unsp0ken said...

ptot xyah kot mention 3 team yg bertanding... hahaha

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

haha.. ter jujur la plak..hihihi