Friday, February 19, 2010

Words of Wisdom from Mama

Bismillah..
Salam Mesra :)

Alhamdulillah..di saat2 minda yang kepenatan memikirkan hal2 kerja, sedikit motivasi disuntik dalam diri ini.. jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Mungkin ramai yang sudah enak dibuai mimpi..Dan di tanah air, masing2 sudah bertebaran di muka bumi Allah yang luas, mencari rezeki dalam redhaNya..

Alhamdulillah.. Terima kasih Ma and Mama.. Kalian buatku tersenyum dengan kata yang tersusun indah.. Menyuntik semangat untuk terus berusaha dan bekerja despite halangan dan cabaran yang kuat berjauhan dari insan2 tersayang..

Tidak cukup dengan membaca text sms, ku call direct..Terima kasih, aku insan bertuah memiliki kalian berdua... Ma and Mama, I love u both so much..

"Hujan mas di negeri orang, baik lagi hujan batu d negeri sendiri..Kuatkan iman di dada menempuh ketidakselesaan. Jangan mudah terpengaruh budaya yg merosakkan. Buktikan Islam itu indah, terbaik dari segi akhlak, aqidah, pakaian..Peluang pelajar2 menjelaskan apa itu Islam dan cara langsung pelajar2 harus berilmu utk memberi penjelasan dan tidak membayangkan kepada 'mereka' bahawa kita jahil bila menjawab soalan2 yg dikemukakan. Ramai pelajar tidak dapat memberi jawapan tepat berkaitan Islam kepada orang bukan Islam. Semoga menjadi insan sejati.."

Sungguh mahal ayat2 ini.
Bagaikan terketuk hati membacanya..
Semoga terus menjadi motivasi diri untuk terus tabah dan tidak jemu menuntut ilmu..
Penguat semangat untuk terus melakukan yang terbaik dalam segala hal..

Terima kasih Mama..
"Haaza min fadhli Rabbi.."

Anakanda yang jauh (namun dekat di hati),
~Faizatul Ema~

p/s: Duit elaun cukup?
"Alhamdulillah setakat ni cukup Ma.."
Bagus kerajaan.. :) Sempat Mama pesan, Balik nanti, jangan lawan kerajaan! hik hik.
"Takpe Ma, Ema tak tunjuk! hehe " ;))