Monday, June 7, 2010

Pilu dalam syukur...


Bismillah.
Salam 'alayk..

Apa perasaan anda sejurus mata terpandang gambar di atas..? Allah... Sungguh, amat memilukan. Sedih. Kasihan. dan mampu membuatkan air mata tertumpah. Personally, gambar ini terasa amat dekat denganku, kerana membayangkan anak2 saudaraku atau sepupu2 ku yang seumur kanak2 di atas, jika dalam keadaan yang sama...Amat kasihan..Hanya Dia yang tahu...Sungguhpun sumber asal gambar ini tidak kuketahui, hanyalah diambil dari laman Facebook (yang membataskan ku untuk bercerita lebih), namun rasanya sekeping gambar ini sudah berjaya memberi 'ibrah/pengajaran yang mendalam..juga tarbiyyah ke dalam hati kecil ini..

Isu yang dapat kukaitkan dengan gambar ini adalah tidak lain dan tidak bukan isu kekejaman rejim Zionist yang kini sekali lagi tampil menghuru-harakan masyarakat seluruh dunia amnya, di Gaza khususnya...Allah...Peristiwa 31 May seolah2 suatu jentikan dariNya, yang membawa kembali umat Islam kepada kesedaran persaudaraan Islam itu sendiri..Dan lebih mengkagumkan, isu 31 May juga membuka mata masyarakat dunia yang berbilang agama dan ethnic, untuk tampil meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka terhadap kekejaman rejim Zionist yang tak pernah mengalah..Malah tidak jemu menyiksa umat Islam Palestine mahupun mana2 pihak yg melawannya...Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui..dan inilah susunanNya... DiambilNya nyawa puluhan aktivis Humanitarian Aid Flotilla, dan dibukakanNya mata ratusan ribu (atau mungkin lebih) dari segenap pelusuk dunia tentang betapa Zionist bertindak langsung di luar dasar kemanusiaan...

Secara peribadi, diri ini juga kesal dengan ketidak endahan / ketidakpedulian terhadap perkembangan insan2 terpilih oleh Allah di bumi barakah Palestine, ibarat menunggu kejadian seperti ini dan seperti akhir tahun lepas, barulah semngat itu muncul. Astaghfirullah.. Ku berpesan pada diri sendiri, dan yang di luar sana, agar terus mengambil tahu (walaupun sedikit) , atau dlm kata lain, be aware of what happens in the world, particularly issues like this.

Merujuk kembali pd gambar di atas, apa yang boleh kukatakan adalah, untuk merasakan sesuatu adalah dekat dgn hati dan ruh kita bukanlah mudah...Mungkin mulut lancar dan semangat melaungkan "Save Palestine..!Israel itu..Israel ini...!" macam2..namun sejauh mana apa yang kita laungkan/perkatakan itu meresap dlam ruh, kita tidak tahu..Moga Allah terus kekalkan nikmat perasaan belas dan empathy dlm diri ini, agar semangat yang ada terus kekal inshaAllah...

DEMO di London..

Alhamdulillah..seumur hidupku inilah kali pertama aku menyertai demonstrasi..Even di Malaysia sendiri belum pernah merasa..Allah izin di bumi Britain ni jugak untuk kurasa semua itu..Namun kupasti CARA nya amat berbeza jika dibandingkan dgn negara sendiri..Demo Freedom Flotilla/Save Palestine yang diadakan di Downing Street London, sangatlah memberiku pengalaman yang sgt berharga dan bermakna...Berlaku secara aman, berjaya menunjukkan unity pelbagai kelompok manusia dan betapa orang2 di sini open-minded.. (apart from some yang agak pessimist and prejudice dgn org Islam..) Terasa bergetar hati mendengar satu suara melaungkan "Viva, viva Palestina" dan "Save, save Palestine.."

Semoga Allah 'kira' usaha yang sedikit ini (termasuklah be concern dgn apa yg berlaku, doa yang tak pernah putus, update berita, derma etc.). Moga Allah redha.Ameen.

p/s 1: Yakin dan terus yakin dengan janjiNya..Namun tak bermakna kita hanya perlu bergoyang kaki tanpa berbuat apa2..Sumbanglah, walaupun sekecil zarah...Allah knows best..InshaAllah..

p/s 2:Alhamdulillah..my skin is getting much2 better and cured.. :) Ubat: Pakai mosturizer sokmo..n doa.. :) After London (2 days ago) and Whincheap (yesterday), I'm going to Cambridge (Cohort trip) tomorrow.. May Allah ease..InshaAllah..

2 comments:

weda said...

tgok pic je da sdeh. xtau la kalo kite kt tmpt dowg kn ma? ='(

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

betul tu weda,,,,gambar ni sgt2 memilukan... T.T belum tengok dsendiri dpn mata lagi..mereka golongn terpilih...