Wednesday, August 12, 2009

..Sebuah Pelayaran..


Antara sedar dan tidak..

Antara sengaja dan tidak..

Antara hati dan minda..

Antara perasaan dan pertimbangan..



Antara dan antara..itulah sebuah kehidupan..sentiasa menuntut kita untuk membuat pilihan. Tiada siapa yang bersalah, wujudnya pilihan dlm hidup.malah, ia suatu ujian.dan ujian itu biasanya menjanjikan sebuah nikmat sesudah hikmah yang terselit mula kita sedari..ya Allah..dalam menjalani sebuah kehidupan juga, ada pelbagai macam rencah yang perlu kita rasai. mermacam ragam manusia, yang dikurniakan Allah sesuatu yang amat unik..ya..unik. itulah sebuah PERASAAN..perasaan itu suatu nikmat, juga menjadi sesuatu yang memeritkan..namun itulah sunnahNya, aturan Yang Maha Agung..bayangkan, jika kita ditarik nikmat perasaan, teruk juga kan? tidak sedih, n tidak juga gembira. Tidak sakit hati, tidak marah dan tidak tersentuh jiwa. tiada kesan. Robot. Alhamdulillah, atas nikmat perasaan yang Kau beri..

Namun..menjaga hati dan perasaan seseorang, bukan lah sesuatu yang mudah. Malah amat payah, kerana sesuatu itu sering berlaku di luar dugaan kita..di luar kawalan n di luar permintaan kita..aah..banyak sudah hati insan yang terguris keranaku..Astaghfirullah..maafkanku..

Pasang surut laut kehidupan membuatkan kita lebih matang, lebih berhati2 dan berfikir lebih mendalam. sejarah yang pernah meninggalkan kesan dalam coretan sebuah kehidupan, memang sukar dilupakan.Bohonglah andai kita senang2 melupakan sesuatu yang amat bermakna dalam diari kehidupan kita. Namun, itu bukan alasan untuk kita terus menyimpan sesuatu yang indah mahupun yang mengguris hati. sesuatu yang indah, elok juga dikenang, andai ia tidak menjejaskan kehidupan yang akan datang. tapi sesuatu yang memeritkan untuk ditelan, harus dikenang hanya sebagai pengajaran, yang mengajar kita pada masa yang akan datang..

akhiirulkalam..

Semoga Allah tabahkan hati kita semua dalam menghadapi apa jua kemungkinan suratan hidup. Tiada yang kita mampu selain usaha,doa dan tawakkal. percayalah, redhanya hati kita sesudah tawakkal yang sebulat2nya padaNya, bakal mengukir senyuman walaupun dalam kepahitan..itulah nikmat sabar.ya, sabar itu amat indah, kan?

em..sebuah kekecewaan bukan bermakna ketidakadilan. dan sebuah kebahagiaan adalah suatu rahmat dariNya...

******









1 comment:

Blog Joker said...
This comment has been removed by a blog administrator.