Monday, August 10, 2009

Buatmu yang bergelar wanita...


Bismillah..

Salam..

tibe2 dapat mood nak update blog (tambah2 ade peluang yg jarang dapat ni.hee..), maka rasa nak coret sumthing...

erm..

benar kata dehearty..wanita...

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan





tersentuh hati seorang wanita..kena plak, hari ni baca msg ni, thanx kak zahra..

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanya. .

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrim kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. .Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan. .

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. .

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia menggoncang iman lelaki..

************************

Erm..just sharing..ampunkan dan maafkan diri ini andai pernah menggetarkan hatimu, Adam..



4 comments:

kacipcrew said...

i like this post

SaljuSakura said...

me too..

LiTtle_siS said...

zuuppp.. tersentak menusuk ke kalbu..huhu.. nice post..

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

thanx..segala yang baik hanya dari Allah.