******************
Ada sebab yang membuatkan Sufee termenung panjang, teringat-ingat kembali perbualannya dengan Kak Maryam, seniornya di kolej persediaan dahulu. Ya, waktu itu sangat signifikan dalam hidupnya, sama signifikan dengan keadaan yang dia hadapi sekarang.
Penuh pengharapan dan rendah diri, Sufee Soleha mengabdikan diri kepada-Nya, sujud menyembah dalam doa yang tulus..Kerana dia tahu, Allah paling dekat dengan hamba-hambaNya bilamana dahi mencecah bumi.
Selesai bertahajud, selesai sunat taubatnya, selesai solat hajatnya, dia lantas bangun lagi sekali, dengan jiwa yang dikosongkan. "Ya, kali ini istikharahku adalah untuk 'itu'... "
Dia membiasakan dirinya dengan istikharah, dengan harapan agar segala tindak tanduk sehariannya bersuluh hidayah dari-Nya. Allah, sungguh seorang hamba tidak mampu untuk berdiri dengan sendirinya.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Ameen, ameen, ameen ya Allah..
"Salam..Sufee. Apa khabar? Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, anakku. Hmm..Sebenarnya, paklong ada hajat mengirimkan emel ini kepada Sufee..
Begini, biarlah paklong berterus terang saja. Ada seorang anak kawan paklong, dia berkenan mahu mengenalimu. Mahu ber 'taaruf' katanya. Paklong sudah bertanyakan hal ini dengan ibu ayahmu, dan paklong tahu Sufee sudah ada pilihan hati sendiri. Tapi, paklong menanyakan juga hal ini bagi pihak si dia, tanda meraikan permintaannya..Jadi, adakah Sufee rasa, si dia masih ada peluang? Jika Sufee berniat, bolehlah paklong uruskan hal taaruf itu..Dan ingin paklong tegaskan, sesi taaruf hanyalah sesi berkenalan, bukan bermakna Sufee harus memilih dia. Semoga Sufee dapat membalas emel pakcik secepat mungkin..
Oh ya, dia yang paklong maksudkan juga sedang belajar di bumi yang sama Sufee berada sekarang, England. Itu sahaja buat masa ini. Jaga diri di tempat orang ya anakku..Salam dari bumi tanah air, Paklong."
"Allahu akbar, Allahu akbar..!"
Terdengar azan subuh dari komputer ribanya. Begitu dia merindui azan dari masjid, namun apakan daya, di tempatnya memang tiada masjid. Yang ada, hanyalah gereja, di merata tempat. The Cathedral yang menjadi kebanggan orang tempatan juga pernah dimasukinya, sejurus tiba di bumi Inggeris itu. "Ahhh, rindu datang lagi.." Bisik hatinya..
Usai Subuh, dia memilih untuk meneruskan tilawahnya. Sekali lagi hatinya terusik membaca terjemahan al-baqarah ayat 216:
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..."
Allah..bacaannya terhenti di situ. Dia tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada baris-baris dalam mushaf yang dipegangnya. Fikirannya sedikit terganggu. Dan dia teringat seseorang. Ya, seseorang yang kini sedang berjuang di bumi Russia..
*******************************
2 comments:
byk sgt Islamic info in ur writing dear..n sbnrnye rflect byk ngn ur life yg sejjar ngn Islam is my way of life..wish 2 be like u^^
huhu moga ada manfaat dari penulisan yg tak sbrapa ni.. eh, wish to be like u too dear.. :-) saling melengkapi..hehe.. <3
Post a Comment