Thursday, September 2, 2010

Nota Cinta (vii) ~Salju Ketenangan~

*************************

Sufee membaca kembali emel yang dibalasnya kepada paklong.

"Assalamualaikum, paklong. Sungguh, hanya Dia yang tahu perasaan Sufee sekarang. Alhamdulillah atas segalanya. Terima kasih juga paklong bertindak sebagai orang tengah yang berhemah. Em, alhamdulillah, setelah berfikir panjang dan melakukan apa yang patut, Sufee rasa, Sufee dah buat keputusan. Dengan rendah hati, Sufee rasa ada baiknya jika taaruf itu tidak diadakan. Sufee tidak berhajat untuk mengenali dia dengan lebh dekat, kerana Sufee merasakan itu adalah lebih baik untuk kedua-dua pihak. Dan sebetulnya, memang sudah ada yang mendahului dia dalam hal ini. Jadi, Sufee sudah terima si dia dengan ikat janji dalam hati. Cuma sekarang masih dalam perancangan untuk ikatan secara rasmi dan pertemuan dua pihak keluarga. Ibu dan ayah juga sudah maklum tentang hal ini. Mohon doa dari paklong juga. Moga Allah sediakan suri hati yang jauh lebih baik untuk dia. InshaAllah. Salam dari bumi England, Sufee Soleha.."

Dan tiba-tiba pandangannya beralih ke luar tingkap. "Subhanallah!" Dia menjerit, antara percaya dan tidak! Antara syukur dan excited. "Subhanallah..Indahnya...!"

Ya. Salji mulai menampakkan dirinya. Putih. Bersih. Suci. Dan membawa kesejukan yang mencengkam. Sufee tidak pernah berangan untuk melihat salji di depan mata, apatah lagi menyentuh benda yang seakan kapas putih itu. Dan kini, tanpa dia sedar segumpal salji sudah berada dalam genggamannya. Dia sendiri tidak sedar bila tingkap biliknya sedikit dibuka untuk diambil gumpalan salji yang singgah di situ.


Jam menunjukkan jam 8.15 pagi. Kelam dinihari melabuhkan tirai, dan syuruk mula menyapa. Keadaan di luar sangat putih, dilitupi salji nipis, namun cukup menerbitkan rasa girang di hati Sufee. Girang kerana baginya ibarat mimpi yang menjadi nyata, melihat salji di depan mata. Sungguh ianya suatu paradoks; hatinya berbunga riang disaat hari tampak suram tanpa cahaya matahari yang terik seperti yang biasa dialami di tanah air.

Sekali lagi, salji turun, bagaikan air hujan lebat jatuh menyembah bumi. Tiada lagi warna tanah, digantikan dengan karpet putih dan bersih. Sungguh tenang dan damai. Ingin saja dia keluar dan bermain seakan kanak-kanak riang. Dalam hatinya, dia memuja-muji Yang Maha Menjadikan segala sesuatu, dengan hanya menyebut 'Kun!'. Dan inilah antara bukti keagungan-Nya.

Salji. Salju. "Ah, novel itu!" Gumam Sufee sendirian. Dan ingatannya berpusat sekitar beberapa minggu sebelum dia terbang meninggalkan bumi Malaysia. Diterimanya hadiah dari seseorang, sebuah novel yang berjaya memikat hatinya. Penuh dengan nilai-nilai islami yang indah, menyemai semangat juang serta mengajar erti kasih sayang yang tulus.Salju Sakinah. Salju Ketenangan.

***********************


Cinta itu lumrah. Dan cinta itu fitrah. Dan fitrah adalah sesuatu yang suci. Namun, kekesalan ke atas diri yang menodai kesuciannya.

Tipulah jika Sufee tiada perasaan cinta, ingin disayangi dan memiliki insan istimewa, kerana dia juga insan biasa. Tidak mampu menolak perasaan yang dialami. Namun terkadang jiwanya resah mengenang kisah silam yang tidak mahu diulanginya. Dia akui bahawa dia pernah menyayangi seseorang, menyandarkan kesetiaan pada hati seseorang. Namun, segalanya bukan seperti yang dirancang. Kematangan semakin mengajar dia semuanya. Dan sejak itu dia menilai 'cinta' dari sudut yang sedikit berlainan.

"Assalamualaikum. Maaf. Sekadar mahu bertanya, masih adakah ruang untuk saya menjadikan saudari suri hati saya? Tapi, saya hanya akan sambung niat ini selepas kedua-duanya tamat pengajian. Mohon maaf jika ini mengganggu saudari."

Masih terbayang keresahannya pada waktu itu. Di saat genting dirinya mempersiapkan 'kelengkapan' untuk menempuh peperiksaan akhir, di saat itulah juga datang seseorang merisiknya.

Berhari-hari dia tidak keruan. Mencari jawapan yang terbaik. Mencari tindakan yang tidak akan dikesalinya lagi. Akhirnya, dia hanya berserah. Berserah pada waktu dan masa, agar ia dan Dia yang menentukan segalanya.

*************************

Lama Sufee melayan perasaannya, sehinggakan tidak disedarinya bila salji mulai berhenti turun menyembah tanah. "Ah, aku terlalu banyak termenung dan mengenang kisah lama.." Ya, dari salji, Salju Sakinah, dan kisah risikan pertama si pemberi novel itu.

"Apa khabar agaknya dia di sana?" Hati kecilnya berbisik runsing. "Astaghfirullah. Kenapa perlu aku runsing, sedang Dia sentiasa bersama hamba-hamba yang mengingati-Nya?"

Sufee mendapat tahu serba sedikit tentang bumi Moscow, Russia dari pembacaan sebuah novel pembangun jiwa karya Habiburrahman el-Shirazy. Sungguh berbakat si penulis, sehinggakan berjaya menerbitkan rasa takut dan bimbang di hati Sufee apabila membayangkan kehidupan di sana. Bumi Moscow yang pernah diisytiharkan sebagai Kota Atheist , kota yang menolak adanya Tuhan. Astaghfirullah. Juga Kota Pelacuran. Nauzubillah! "Kuserahkan dia dalam jagaanmu Ya Tuhan.."

**********************

Nota Cinta (vi) ~Ini Jalanku~


***********************
Hari ini Sufee lebih yakin dengan dirinya. Assignmentnya sudah sedia untuk di submit. Beberapa urusan persatuan sudah diselesaikan. Ibunya di kampung juga sudah ditelefon, menanyakan khabar. Dan hari ini dirasakan cukup tenang baginya, setenang langit yang cerah di pagi hari, bertemankan burung-burung yang berterbangan dengan bebasnya. Ya, salah satu sebab dia menyayangi bilik kecilnya itu adalah kerana pemandangan dari tingkapnya yang cukup menyenangkan mata yang memandang. "Ahh, sedih pulak nak tinggalkan bilik ini nanti.." Dia sedikit mengeluh.

Dan suatu hal lagi yang membuatkan dia sedikit senang, dia sudah bersedia untuk membalas emel daripada paklongnya. Dalam kesibukan menyiapkan coursework nya, Sufee berperang dengan perasaan sendiri. Memikirkan tindakan terbaik yang patut diambil.

Bismillah.Email sent.

Alhamdulillah. Perasaannya kini sedikit lega. Dalam hati, dia tidak pernah lupa berdoa, agar apa yang diputuskan itu adalah terbaik buat dirinya. Dan kali ini, dia tidak mahu membebankan ibunya dalam hal ini, sedaya upaya dia cuba menyelesaikan sendiri, dengan nasru dari-Nya..

Dan malam itu, seperti biasa dia log-in laman sosial facebooknya. Jarinya seolah-olah terlebih rajin untuk menaip notes, meluahkan perasaan yang tersimpan di hati. Tambah-tambah lagi, tugasnya sudah dihantar ke ES02 pagi tadi. Ah, ES02, yang mana akan diserbu oleh semua pelajar Education apabila tiba hari submission of coursework.

Pantas jarinya menaip...

Bismillah.
Salam..

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya layak bagiNya, Pencipta alam dan segala isinya..Alhamdulillah, peringkat pertama syukur; yang mana kita kembalikan segala rasa syukur atas segala nikmat kepadaNya..

Hakikat hidup, memang penuh dengan 'demand' atau dalam kata lain, tuntutan.. Salah satunya, tuntutan dalam membuat keputusan..seringkali kita dengar, 'life is all about making decisions..'.. Yang mana kita tahu memilih itu memerlukan penilaian, pemikiran, survey, research, pemerhatian, pertimbangan dan yang sewaktu dengannya.. Bukan mudah.. Kalau hanya mengharapkan 'kemampuan' akal sendiri, masakan kita mampu membuat pilihan yang terbaik. Pengalaman, ilmu dan buah fikiran orang lain saya kira sumber yang tidak disangkal boleh membantu..Rasullullah juga pernah berpesan supaya meminta petunjuk/guidance drp org yang berakal..selain meminta suluhan hidayah dariNya..

Itu hanyalah proses awal dalam membuat keputusan..Di tengah2nya, jangan difikir urusannya telah selesai. seringkali manusia merasakan hati sudah cukup senang setelah men'decide' sesuatu perkara.. Jadi ingatlah, tiada salah untuk terus meminta petunjuk spjang jalan dariNya, agar kita betul2 berada dalam horizon keputusan yang benar..Allah knows best..Lemahnya diri sebagai seorang insan, tidak mampu untuk terus tetap dan yakin.. ya, yakin di mulut, dan yakin di hati yang berserta ruh penuh penyerahan dan redha padaNya...

Buat jiwa yang keluh kesah, atau tidak tenang dengan keputusan yg diambil...Moga beroleh ketenangan yang hanya datang dariNya.. Berdoa dan terus berdoa, moga petunjuk itu tidak putus2...

Dan dengan rendah hatinya...Bismillah...aku 'memilih' 'jalan' ini....
Moga yang ingin disampaikan 'tersampai' jua...

p/s: sekadar coretan...nak update blog, keadaan tidak mengizinkan.. (internet connection yg slow, n mungkin kelembapan komputer ni sndiri..)

Wallahu a'lam...

-Insan yang lemah dan tidak berdaya, namun tetap sujud syukur atas segalanya, kerana ianya datang dariMu...-

FB log-out.
**********************************
nasru: pertolongan

Nota Cinta (v) ~Warkah dari Tanah Air~

******************

Ada sebab yang membuatkan Sufee termenung panjang, teringat-ingat kembali perbualannya dengan Kak Maryam, seniornya di kolej persediaan dahulu. Ya, waktu itu sangat signifikan dalam hidupnya, sama signifikan dengan keadaan yang dia hadapi sekarang.

Penuh pengharapan dan rendah diri, Sufee Soleha mengabdikan diri kepada-Nya, sujud menyembah dalam doa yang tulus..Kerana dia tahu, Allah paling dekat dengan hamba-hambaNya bilamana dahi mencecah bumi.

Selesai bertahajud, selesai sunat taubatnya, selesai solat hajatnya, dia lantas bangun lagi sekali, dengan jiwa yang dikosongkan. "Ya, kali ini istikharahku adalah untuk 'itu'... "

Dia membiasakan dirinya dengan istikharah, dengan harapan agar segala tindak tanduk sehariannya bersuluh hidayah dari-Nya. Allah, sungguh seorang hamba tidak mampu untuk berdiri dengan sendirinya.

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Ameen, ameen, ameen ya Allah..

"Salam..Sufee. Apa khabar? Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, anakku. Hmm..Sebenarnya, paklong ada hajat mengirimkan emel ini kepada Sufee..

Begini, biarlah paklong berterus terang saja. Ada seorang anak kawan paklong, dia berkenan mahu mengenalimu. Mahu ber 'taaruf' katanya. Paklong sudah bertanyakan hal ini dengan ibu ayahmu, dan paklong tahu Sufee sudah ada pilihan hati sendiri. Tapi, paklong menanyakan juga hal ini bagi pihak si dia, tanda meraikan permintaannya..Jadi, adakah Sufee rasa, si dia masih ada peluang? Jika Sufee berniat, bolehlah paklong uruskan hal taaruf itu..Dan ingin paklong tegaskan, sesi taaruf hanyalah sesi berkenalan, bukan bermakna Sufee harus memilih dia. Semoga Sufee dapat membalas emel pakcik secepat mungkin..

Oh ya, dia yang paklong maksudkan juga sedang belajar di bumi yang sama Sufee berada sekarang, England. Itu sahaja buat masa ini. Jaga diri di tempat orang ya anakku..Salam dari bumi tanah air, Paklong."

"Allahu akbar, Allahu akbar..!"

Terdengar azan subuh dari komputer ribanya. Begitu dia merindui azan dari masjid, namun apakan daya, di tempatnya memang tiada masjid. Yang ada, hanyalah gereja, di merata tempat. The Cathedral yang menjadi kebanggan orang tempatan juga pernah dimasukinya, sejurus tiba di bumi Inggeris itu. "Ahhh, rindu datang lagi.." Bisik hatinya..

Usai Subuh, dia memilih untuk meneruskan tilawahnya. Sekali lagi hatinya terusik membaca terjemahan al-baqarah ayat 216:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..."

Allah..bacaannya terhenti di situ. Dia tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada baris-baris dalam mushaf yang dipegangnya. Fikirannya sedikit terganggu. Dan dia teringat seseorang. Ya, seseorang yang kini sedang berjuang di bumi Russia..

*******************************

Wednesday, September 1, 2010

Nota Cinta (iv) ~Istikharah: Antara Ujian dan Petunjuk~


************************

"Sufee, akak nak tanya something boleh? Akak tengah confused nih.."

"Ye kak, boleh saja. InshaAllah saya akan jawab semampunya..Em, pasal apa?"

"Macam ni..Akak selalu dengar, orang kata, antara jawapan kepada solat istikharah kita disampaikan melalui mimpi..Emm..betul ke?"

"Hmm..Ye kak. Ada yang Allah pilih dengan memberikan mimpi sebagai petunjuk..Wallahu'alam.."

"Oh..Tapi kan, yang akak confused nya, macam mana kita nak tahu sama ada mimpi yang kita dapat adalah betul-betul petunjuk daripada Allah, atau sebenarnya ujian dari-Nya? I mean, Allah mungkin hanya sekadar memberi mimpi tu untuk menguji kita dalam membuat sesuatu keputusan.."

Dia terdiam. Lama. Bukan sebentar. Bagaimana dia sendiri tidak pernah terfikir tentang itu? Sedangkan dia selalu mengamalkan istikharah, malah pernah bermimpi.....

Dia datang dengan pakaian serba putih, dengan wajah suci bersih..Putih..

"Sufee Soleha..."

"Eh, ye kak. Maafkan saya. Emm.. macam ni kak, Sufee sendiri pun tak pasti tentang itu.. Boleh Sufee postpone dulu jawapan untuk soalan tu?"

"Oh, ok2..takpe..Em, Sufee, doakan akak ya.."

"InshaAllah kak, sentiasa.. "

******************************

Alhamdulillah

Terima kasih wahai Tuhan

Ingin saja kusujud menyembahMu

Tanda syukur tak terhingga

Ketenangan jiwa

Satu anugerah amat berharga

dariMu Tuhanku Yang Maha Pengasih

Subhanallah

Maha Suci Engkau wahai Tuhan

Tiada sanggup aku menduakan Engkau

Kau Yang Esa, Kau Yang Satu

Maha Kuasa Engkau ya Allah

Tidak terbeli kasihMu Tuhan

Ya Allah...

Indahnya bila namaMu disebut

Zikrullah menyelinap ke dalam jiwa

Mekar subur dalam hati yang hidup

Kekal selamanya

Hingga roh terpisah dari jasadnya...

~Sufee Soleha~

****************************

"Kak Maryam.."

"Ye Sufee.."

"Hmm..berkenaan dengan soalan akak hari tu, Sufee ada pendapat sikit.."

"Haa..cakaplah, akak nak dengar.."

"Macam ni..Bab-bab mimpi ni, adalah termasuk dalam salah satu rahsia Allah. Tak ramai di kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk memahami maksud mimpi yang manusia hadapi..Dan ini termasuklah untuk mengetahui sama ada mimpi yang kita dapat itu petunjuk atau ujian Allah.. Dan dalam hal istikharah pula ada digariskan beberapa panduan untuk mengaharap petunjuk Allah tu.."

"Oh.." Kak Maryam mendengar dengan tekun dan penuh minat.

Sufee menyambung.

"Emm..dan dalam adab melakukan istikharah sendiri, digariskan supaya kita mengosongkan hati kita dari segala bentuk pengaruh. Dalam kata lain, bersolat dengan hati yang tenang, tanpa memikirkan apa-apa keputusan , kerana mengharap petunjuk Allah dalam membuat keputusan tersebut..Dan antara tanda petunjuk Allah adalah, melalui mimpi dan gerak hati kita..Dan kuncinya adalah yakin.."

"Dan apabila kita merasa tenang dengan keputusan yang diambil, yakinlah bahawa itu daripada Allah.."

"Untuk hal berkaitan mimpi pula, mimpi itu hendaklah dari tidur yang dalam keadaan baik. Keadaan suci, keadaan penuh pengharapan dan doa memohon petunjukNya.. Dan apabila bermimpi daripada tidur sebegitu, atas kita lah untuk yakin atau tidak dengan mimpi tersebut.."

Panjang lebar Sufee menutur bicaranya.

"Oh, macam tu..Terima kasih Sufee..Sekarang akak dah makin faham.."

"Emm.takde apa akak. Sufee yang patut berterima kasih dengan akak, sebab bertanyakan soalan tu pada Sufee..Sufee sendiri tak terfikir , bahawa mimpi itu boleh jadi petunjuk, dan boleh juga jadi ujian, kan? Hal yang sangat rumit untuk dirungkaikan.."

"Ahhh..adakah ini suatu petunjuk atau, ujian dari-Mu Tuhan.....??" Dia bermonolog, sekali lagi...

*******************************

Nota Cinta (iii) ~Hikmah~

*****************

" Salam, semoga baik-baik saja. Selamat Hari Lahir. Mohon maaf atas segala salah silap. Sampaikan salam buat Kak Aina.."

Dia menghantar mesej, setelah beberapa bulan mereka berpisah, dengan cara baik.

" Salam, Sufee. Ini Kak Aina. Sekarang akak yang guna handphone Hilmi. Em, by the way, Hilmi dah selamat terbang ke Madinah, semalam.. Untuk sambung pengajian dia..Alhamdulillah, dia juga sudah khatam hafaz 30 juzuk..Suatu kejutan untuk kami sekeluarga. Dia baik-baik saja. Takpelah Sufee, takde apa-apa, ada la hikmah atas apa yang berlaku..InshaAllah. "

Dia membiarkan saja mesej itu terhenti di situ. Berfikir panjang. Mengucap syukur yang tidak terhingga, mungkin inilah hikmah di sebalik keputusan yang diambil. "Alhamdulillah ya Allah.." Bisik hati kecilnya.

"Sufee masih berhubung dengan dia? "

"Ye Bu, kenapa? "

"Hmm..takde apa-apa"

Tiba-tiba dia teringat perbualan dengan ibunya suatu ketika dahulu. Bukan sekali. Bukan dua kali. Ibunya seolah-olah memberi hint yang dia kurang senang dengan perhubungan Sufee dan Hilmi. Ya, atas suatu sebab.

"Ibu mana yang tak mahu anaknya bahagia, kan? " Sufee bermonolog sendirian, sambil mengeluh panjang.

" Sufee... "

"Ye Bu.. Oh! Maafkan aku Aza.."

"Apa yang kau fikirkan? Maafkan aku jika aku buat kau kurang senang.."

"Eh, takde apa..It's ok.."

Sufee cuba menyembunyikan kisah silamnya itu dan dia tidak berniat untuk menceritakan segalanya kepada kawan baiknya itu. Sebolehnya, segalanya ingin dilupakan, walaupun terkadang memori itu hadir tanpa diminta.

" Aku tahu, kau ada kisah silam. Dan aku tahu, kau juga ada kisah sekarang. Aku tidak akan memaksa kau untuk bercerita segalanya denganku, namun aku akan sentiasa sedia untuk mendengar darimu.."

"Ah, kau memang pandai membaca hatiku, Aza! " Sekali lagi Sufee bermonolog.

"Em..Aza..kau memang sahabat yang baik. Aku sangat2 hargai..Sampai masa, kau akan tahu segalanya tentangku.. " Dan dia cuba untuk senyum.

********************************

Sufee membelek-belek diarinya...terpaku membaca luahan hatinya pada 21 OKTOBER 2007, 9 SYAWAL 1428..

TAKKAN KUUNDUR LAGI

Bersyukur aku

Kerana merasa hidup dalam tarbiyyahMu

Hidup dalam cahaya petunjukMu

Dikala aku terleka

Datang peringatan buatku

Hamba yang kerdil hina

Kemanisan iman pernah kurasa dulu

Agung rasa tak terkata

Nikmat tak terbayang

Aku bebas dari cinta manusia

Aku milikMu Tuhan

Pencipta yang Maha Mencipta

Pencipta kasih sayang

Pencipta kerinduan

Namun

Lumrah manusia bernafsu

Sering kali tersilap langkah

Jua mungkin ujian buat diriku

Ya...

Dia menguji kata-kataku sendiri

Aku seolah terjerat

Terjerat dengan cinta insani...

~Sufee Soleha~

*************************************




Tuesday, August 31, 2010

Nota Cinta (ii) ~Kisah Dulu~


****************************

" Sufee, aku belum puas hati dengan jawapanmu.."

"Tentang apa?"

"Tentang dirimu. Segalanya tentang dirimu, masa depanmu."

"Oh, tidaklah aku mampu untuk berbicara tentang masa depan, ianya di luar kawalanku.." Katanya sambil tersenyum. Penuh ikhlas.

"Hehe, kamu sungguh pandai berkata-kata. Patutlah, ada yang memberitahuku, membaca blogmu cukup untuk membuat orang jatuh hati. Mungkin terpegun dengan susunan kata-katamu yang indah dan menyenangkan.."

"Wah, kamu nampaknya lebih pandai berkata-kata dariku, Aza. Hmm. apa yang kau mahu tahu tentang diriku? Bukankah kita sudah lama kenal? belum setel lagi taaruf kita, ya? hehe.."

Itulah Sufee, takkan pernah orang menang dengannya..

"Hmm. Ya, sebenarnya aku serius bertanya tentang insan istimewamu. Andai benar kamu belum berpunya, mahukah kau jika aku kenalkanmu dengan seseorang?"

"Hmm..Aza..beginilah, aku terus terang saja denganmu.."

"Itu lebih baik. Khabarkan padaku, sahabat.."

"Suatu ketika dulu, aku memang menolak segala bentuk cinta dari insan bernama lelaki. Bukan apa, aku takut. Takut andai akademikku terabai. Takut andai lebih banyak buruknya berbanding baiknya yang kukira engkau sendiri tahu. Dan hati aku sendiri tidak mahu membiasakan dengan semua tu..Lagi-lagi setelah melihat realiti depan mata..Astaghfirullah!"

"Maksudmu..? Aku masih kurang jelas.."

"Hmm. Ya, itu suatu ketika dahulu, di mana kurasakan diriku amat kuat untuk mempertahankan diri aku sendiri. Mempertahankan hati dan perasaanku. Hingga suatu ketika.."

"Macam menarik.."

"Aku dilamar oleh seseorang. Seseorang yang baru kukenal. Bukan sesuatu yang mudah kukira, untuk membuat keputusan pada umur seawal 18 tahun. Setelah berfikir panjang, ku terima si dia. Atas satu alasan, kerana aku berkenan dengan keluarganya. Sesetengah orang mungkin fikir aku ini pelik. Terima seseorang kerana keluarganya, bukan kerana 'dia' sendiri."

"Wah, sesuatu yang tidak kujangka, Sufee. Semestinya keluarganya, dan dirinya hebat, bukan? Sehebat pemuda yang orang sepertimu selalu dambakan.."

"Hehe, sejak bila aku pernah ceritakan tentang pemuda dambaanku? Pandai saja kamu Aza.. Hmm.. Tapi Aza, dipendekkan cerita, aku terlupa sesuatu dalam membuat keputusan tu.."

"Apa dia? istikharah?"

"Hmm..istikharah sudah. Namun Dia jua yang maha Mengetahui. Aku tidak pasti dengan gerak hatiku, tetapi aku terus memilihnya...tanpa...hmm..tanpa aku berbincang dengan ibu ayahku.."

"Oh..jadi adakah itu kau anggap sesuatu yang kau kesalkan?"

"Ya. Aku amat menyesal. Namun di sebalik kekesalanku, aku cuba memikirkan hikmahnya yang mungkin jauh lebih besar dari kekesalan diriku..."

Dan Sufee termenung panjang....

*********************************

Monday, August 30, 2010

Nota Cinta (i) ~Siapa di Hatinya?~

Hati tergerak utk menukilkan kisah..sebuah kisah yg mungkin pernah wujud di alam realiti, dan mungkin hanya sebuah mimpi suka duka hidup...

*************

Dia , seorang yg berprinsip. Dia, seorang yang tegas dgn prinsipnya. Dia juga seorang yang mempunyai cita2. Dia gadis biasa bukan? tidak pelik..Dia seorang yg menolak cinta...Dan dia pernah berazam utk tidak langsung mencintai sesiapa..

"Em, betul gadis sepertimu, tidak ada siapa yang punya?Aku tak percaya. Susah untuk percaya. Masakan tiada yang melamarmu.."

"Oh, siapa cakap saya tak berpunya?"

"Jadi, siapa insan bertuah itu, jika apa yang kukatakan itu salah? Jangan bergurau, jika betul kamu masih belum berpunya, akan ku carikan calon untukmu.."

Dia tergelak kecil. Sudah biasa dengan situasi sebegitu. Tenang saja baginya.

" Ya, aku sudah berpunya dan sampai bila-bila akan akan menjadi milikNya."

"Ahh..tak kusangka kau juga pandai berkata2 romantis. Ingatkan kaku saja.Jadi, siapa si dia?"

"Hmm..Aku ini milik Dia. Milik dia yang Menciptaku. Jadi siapa kata aku belum berpunya? Aku juga punya ibu dan ayah, yang masih mempunyai tanggungjawab ke atasku.."

Katanya sambil tersenyum.Tanpa sedikit runsing di wajahnya.


"Ah, mati2 aku ingatkan kau sudah ada si dia...Kamu nih.."

"Kenapa? Kenapa tiba2 saja bertanya pasal tu?"

"Hmm, takdelah, aku hairan, masih wujud lagi gadis sepertimu sekarang.Aku kagum, dengan prinsipmu, dengan ketegasanmu.Pasti orang yang bakal mendapatkanmu itu setanding hebatnya denganmu."

Dia hanya senyum.Sekali lagi. Manis. Cantik. Jika dibanding2, dia tidaklah secantik model dan ratu, namun cukup senang bagi mata yang memandang. Wajah yang menenangkan, penyejuk mata. Manis, dengan aurat yang tertutup dan terjaga. Ah, wanita solehah dambaan!

Dalam hati, dia hanya mampu berdoa. Agar ditetapkan hati oleh Sang Pemegang hati...

********************************

Merdeka dan Al-Qadr

Bismillah.
Salam.

Salam Merdeka, 31 Ogos 2010. Alhamdulillah, syukur atas nikmat kemerdekaan yg dirasa, keamanan dan kebebasan yang jga nikmat dariNya. Hidup di sebuah negara yang bebas dr belenggu penjajah. Walaupun makna 'kemerdekaan' itu sgt subjektif bagi setiap individu, namun ku kira ianya masih suatu nikmat yang amat patut disyukuri, Alhamdulillah. Mata masih sakit dengan kejahilan di depan mata, dengan doa di dalam hati yg tak pernah putus, moga Allah jentik hati2 mereka (dan hatiku) dengan HidayahNya.Dan moga hidayah yg datang, tidak tersia-sia..Ameen.. Ahh, malam2 merdeka ni, membawaku ke bumi barakah, Palestine... Allah..

Berkongsi satu doa, di peroleh dr status seorang rakan FB:

Doa sempena hari kemerdekaan: Doa Nabi Ibrahim -

رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ

"Ya Tuhanku, jadikanlah negara ini negara yang aman, dan jauhkanlah aku serta anak-anakku daripada menyembah berhala2."

(surah Ibrahim ayat 35)

Hmm.sudah lama blog tak dijenguk. Ah, tak perlu dinyatakan sebab / atau mungkin sesetengah org memanggilnya alasan yg dicipta. :P

21 Ramadhan, sudah berlalu. Dan malam ini tirai 22 Ramadhan sudah dilabuhkan. Alhamdulillah, masih ada sisa umur / roh dalam jasad ini..Pasti ramai yg sedang sibuk memburu Laylatul Qadr, malam yg Dia janjikan, adalah lebih baik dari 1000 BULAN. bukan seribu MALAM. Tapi seribu bulan. Ya, jika kita kira, kalau dapat pahala 1000 Bulan beribadah itu, seumur hidup ibadah kita pun takkan sama dengannya..Allahu akbar!

Di saat manusia yg beriman sedang memburu cintaNya, pasti ada yang cemburu..Cemburu kerana tidak dapat ikut serta tarawihnya, tahajudnya, solat sunat taubatnya, sunat hajatnya, sunat tasbihnya, sunat istikharahnyadan solat2 nawafil yg lain...Malam yang hidup dengan sebenar2 taqwa, tawaran hebat buat hamba yang memburu...buat hamba yg berniat memburu..buat hamba yg bersungguh2 mengabdikan dirinya..

Ya, golongan yang cemburu itu pastinya dari insan yang sedang mamnu' ( terhalang )..terhalang dr melakukan ibadah2 seperti itu...Antaranya adalah wanita yg sedang dalam 'waktu'nya..

Namun, Allah itu maha adil. Sungguh adil. Allah sayangkan kita, wahai puteri2 sekalian.. Biarpun segala solat sunat itu bukan milik kita, namun kita masih ada DOA... Kita masih ada zikrullah (mengingat Allah)..Kita ada zikrulmaut (mengingat MATI).. Kita ada tadabbur (menghayati maksud) ayat2Nya.. Kita ada sedeqah..Kita ada amal2 islami yg lain, yg boleh diniatkan kerana ALLAH.. InshaAllah, moga2 kita tak tergolong dalam golongan yg rugi..Ameen..

Sama2 banyakkan doa ini:

Allahumma innaka 'afuwwun kareem, tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna..Ameen..

Maksud: Wahai Tuhan yg Maha Pengampun/Pemaaf , dan suka mengampun/memaaf kan, maka ampunkan/maafkanlah kami..Ameen..

Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fu anna.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفُوَ فَاعْفُ عَنِّي
O Allah You are the Most Forgiving; You love to forgive so forgive us.

Juga amalkan:

Allahumma inna nas aluka ridhoo ka wal jannah, wa na'uuzubika min sakhhotika wan naar..Ameen..

Maksud: Ya Allah kami memohon redhaMu, dan SyurgaMu, dan kami berlindung dari Neraka.. Ameen..

Wassalam, cukup buat masa ni..Moga segala kata ini menjadi amal, dan pemangkin amal buat diri ini..ameen..

Wslmwbt..

p/s: Salam Al-Qadr.


Monday, August 9, 2010

It's the Holy Month..

Bismillah.
Salam.

Selamat datang wahai tetamu agung..Welcome o Ramadhan....... Ahlan, Ahlan..Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al-mubarak! The month of shiam/fasting, qiam/prayer at night,mercy,blessings,sabr,love, forgiveness,solidarity and everything.. The month of 'ibadah', and the month when Allah will give us extra rewards/pahala for everything we do for Him..Let's grab the chance, use the opportunities to the fullest..and make full use of our time serving for Allah.. Let's prolong our prayers and ask for forgiveness from Him..InshaAllah... It's the month of IBADAH, yet it doesn't mean that it is the ONLY month we submit ourselves to Allah and worship Him... Let's take this month to put our first steps in, if not a continuity to our deeds as muslims, to gaining Allah's blessings and to show our TAQWA upon Allah...Thank You Allah, for allowing us to witness or meet (inshaAllah) Ramadhan again..

“O you who believe, fasting has been prescribed for you as it has been prescribed for people before you so that you will (learn how to) attain Taqwa” (al-Baqarah, 2:183)

My dear brothers and sisters..Let us please Allah with our best deed of fasting..InshaAllah...

p/s: Reflecting my past years' fasting...Did Allah accept them? Let's try our best this year inshaAllah.. T-T


Monday, July 19, 2010

My first Summer Break: More than words...

Bismillah..
Salam...

It has been a longggg while since the last time I updated you, Mr. (Miss, hehe) blog. Alhamdulillah, alhamdulillah. The countdown is over, since I'm now safely home, sweet home.. It's 19 July, hence one of the most memorable moments in my life has put a mark in my life diary 2 weeks ago..Thank You Allah, for making this a reality...Nor sweet words neither great poems could I say or recite, except for endless thanks and gratitude upon You..Alhamdulillah...

A 2-week duration seems to fly very fast, that I feel it's like only 2 days being here.. Having spent loads of time at home makes me a very 'reserved' person. huhu. And when people ask my mum, or rather my father; "Where's ur daughter Ema?" The schematic response would be "She spends a lot of her time sleeping". Such an honest answer :p Yes, I do admit that I was suffering from jetlag for about 1 week. And I would dare say nothing to comment on the other remaining week. *sigh* Perhaps it's another phase of jetlag, huhu. Sorry Ma, I know I didnt help you much so far....... You're the one who cooks, and serves the meals.. And it's you who always asks me what to eat, as if I could request any from you. Thanks Ma :))

I really loved the first few days when you spent some time with me, sharing things I missed before...and the part I like the most when you started the 'story' of our late beloved Grandma off..It was so touching, the way you made the storyline..and it was such a 'good' bedtime story that made me feel like going back to the past time, being there when that 'tragedy' occured. Oh I shouldnt say that, 'cos I certainly couldnt do so... Allah knows best.. The memories return when we talk about 'it', and share things related to 'it'....Thanks Mama.. *Al-Fatihah*

And the feelings when the first time I saw Ayah from the window of MAS flight that night, are something I couldnt even express here..It's something..Yes, something.. And the time when you hugged and kissed me...comforting me over all the sufferings I had, and all the sadness, sorrow and emptiness.... And when my tears became yours, I could feel the re-bonding..How I miss all that...Alhamdulillah, I should thank Him first, for all the blessings He gives...

And thanks..for keep listening to me..hehe.. - Thanks for making things easier when you told Ayah about 'that'.. ;-) -

Thank You Allah..Thank You Allah..Thank You Allah..
Please don't stop showering your blessings on us...Ameen..

"The longest a wife could survive without her husband is 4 months..and it can only stand for 8 months the maximum for a daughter to be away from her mother... (I made it , it's 10 months.. I survived until the 8th month and the last couple of months was....MISERABLE) huhu.." *this is merely my own-created theory*

**********************************************************

Still spending time at home..until 23rd July...
And this is my plan..

23: Off to KL.
24: Spending time with Kak Gee & Ustaz
25: Meeting Wawa before her send-off to Jordan (with Ira)
26: Overnights at Mama's house
27-28: To Weda's house (IPBA plus KL 'tour')
29: Weda's or Mama's house?
30-2 Aug: Wonderful Overseas Weekend WOW (IluvIslam's Predeparture)
(31 July: Weddings in Ampang and Gombak InshaAllah try to make it)
2 Aug: Off to Lumut, Perak..Meeting sister & family.
4 Aug, maybe: home sweet home..

May Allah ease..

Having presented this to Mum, she said... "Kejapnye ema duk rumah.." *sedih*
InshaAllah I'll try my best to make this short stay as meaningful as I could InshaAllah.
Pray for me, jzkk ^^

Wslm :)