Thursday, December 31, 2009

Countdown 010110 --mengimbau kenangan 2009--

Bismillah..
Salam 'alayk..

Menghitung saat untuk memberi lambaian selamat tinggal pd 2009..2010 bakal menjelang..
Mengimbau kenangan, pahit manis 2009 sungguh banyak..Sudah genap 5 bulan lebih usia blog ini..macam2 diari hidup terukir di sini..

2009 dalam kenangan..

Awal tahun..bermulanya Semester akhir Foundation di Institut Perguruan Bahasa2 Antarabangsa..

Bulan May, menempuh Final Exam..Alhamdulillah dengan izin Allah, lepas fly..
Bulan May-Jun-July-Ogos plak, sibuk dgn urusan visa, bermacam2 surat dari University dan BPG..Alhamdulillah, segala susah senang ditempuh bersama sahabat2.. Tidak dilupa bantuan ma ayah dan lecturers..

Bulan Jun..19 hb..kehilangan datuk belah keluarga Ma..Sedih sgt..
Bulan Ogos..Menghabiskan saat2 akhir berpuasa bersama keluarga..
Bulan September..13 hb..Terbang ke UK..
Bulan September..4 hari berada di UK, terima berita pemergian nenek sebelah Ma, kembali menemuiNya..Lagi sedih..Hanya Allah yang tahu, betapa lemah untuk kaki berdiri saat tu..

Bulan Sep-Dec..Bermula Term 1, Year 1 di Canterbury Christ Church University..
Masih samar2 dgn apa yang dipelajari..Sedar2 dah habis Term 1..Banyak belajar subjek baru..Persekitaran, dan cara mngajar yang sedikit berbeza berbanding masa Foundation dulu..

Sekarang..Looking forward..Nak start Term 2..Ada satu lagi subjek baru lagi, dan kali ini akan bercampur dengan foreign students yg lain..subjek Learning and the Learners..

***************

Tahun 2009: ade perkara yang diriku cuba buang jauh2..tak mahu ingat lagi..
Ada perkara yang sangat2 driku look forward..Semoga Allah permudahkan..

p/s: Lagu yang menyentuh hati, membawa kembali kenangan:
--Langkah Tercipta, Kembara Ilmu--
Hati ini jatuh cinta..

Ya Allah, moga kehadiran tahun baru ini membuatkan diriku lebih matang..
InshaAllah..

Happy New Year vs. Birthday Ayah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Khas buat pengunjung blog yang dihargai..

Salam Tahun Baru.
Salam 'azam baru.
Salam semangat baru.
Salam perubahan.
Selamat Datang, Ahlan Wasahlan ya 2010.

Semoga tahun ini lebih baik dari sebelum2nya.
May all of us have a blessed new year.
Semoga segala hajat dimakbulkan Allah.

Tidak lupa,
Selamat Hari Lahir yang ke-55 buat ayahanda tersayang yang jauh di mata, dekat di hati.
Semoga usia Ayah diberkati Allah.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga dianugerahkan Allah usia yang penuh berkat, kesihatan yang baik, harta yang bersih jua hati yang sentiasa terikat padaNya.
Semoga segala hajat Ayah dimakbulkan Allah.

Sama2 doakan yang baik2 jom..

Salam Sayang dan rindu buat Ayah..
Salam mesra, salam ukhuwwah buat pembaca sekalian.

Ikhlas,
Nur Faizatul Ema binti Salehuddin,
Canterbury,
United Kingdom.
17:59, 31 December 2009

I love Nature

Lihat bulan dan bintang
Menerangi dunia
Betapa agung kerajaan-Nya
Lihat pula lah hutan
Sang suria di atasnya
Semua akur pada Yang Esa
Umpama kan sang unggas
Di rimba belantara
Begitulah bandingannya kita
Sungguh kerdilnya insan
Yang diciptakan Tuhan
Ternyatalah Agung Ar -Rahman
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony..
Rembulan cahayanya menawan
Menerangi kegelapan malam
Bebintang sinar berkelipan
Menghiasi cahaya rembulan
Bulan dan bintang menjadi saksi
Kebesaran Ilahi..
Subhanallah..Maasha Allah..Maha Suci Tuhan yang menciptakan..Alam biasanya dikaitkan dengan ketenangan..Personally, I love nature. I enjoy the sightseeings of nature..I love green..kenapa kita rasa tenang bila menikmati keindahan 'alam ya? Adakah sebab warnanya, hijau lagi menenangkan? Atau sebab bau alam (pokok2 hijau) itu? Atau sebab2 lain?
"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (Al-Israa', 17:44)
Subhanallah..seluruh isi langit dan bumi, dan penghuni antara keduanya bertasbih memuji Allah! Burung yang sedang melebarkan sayapnya di udara, ikan2 yang berenang2 di dalam air, semut2 yang sibuk ke sana ke mari..Even katak yang memanggil-manggil hujan..Hatta batu dan pasir yang hanya diciptakan sebagai benda konkrit dan statik..Tidak mampu berbuat apa2, semuanya bertasbih kepadaNya..Lalu di mana nilai diri ku di sisi Nya? Astaghfirullah..
Inilah jawapannya.. Betapa selama ini diri ini telah menyalahtafsirkan 'alam..Menerima ayatNya tanpa berfikir secara mendalam..Ya, ramai yang tahu bahwa semua isi alam ini bertasbih kepada Allah..Ya, ianya ibarat suatu fakta..Tanpa sedar, itulah sebenarnya sumber ketenangan buat insan2 yang menikmati alam, dan merasakan tempias ketenangan..
Begitulah dalam hidup..Jika kita ingin hati ini tenang, cubalah untuk berada dalam suasana yang baik..suasana di mana hati sentiasa mengingat Allah..Jika pandang alam (yang semuanya tengah bertasbih, memuji-muji Allah), maknanya kita sedang 'menyertai' tasbih itu..Lebih2 lagi jika dgn melihat alam itu, hati mula mengkagumi kehebatan dan keagunganNya dalam menciptakan segalanya..dan terzahir dengan kalimah2 agung, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar! Betul lah, alam itu juga sumber zikrullah..
"Robbana ma kholaqta haaza baathila..Subhaanaka faqina azaabannar.."
(Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.) [Ali-Imran: 191]
Bacalah ayat ini tika hati terketuk menyedari kebesaranNya saat alam direnung dengan penuh rasa kerdil..Ustazah Siti Esah (SMKA Wataniah) pernah cakap, jika tersedar di malam hari,sebelum meakukan amaln2 sunat yg lain, jenguklah ke luar, lihat langit atau alam, dan bacalah doa tersebut..
Petikan lagu2:
--Yang Maha Penyayang, Hijjaz
--Open Your Eyes, Maher Zain
--Bulan Bintang, Saujana

Wednesday, December 30, 2009

Nitemare..

Salam..

Baru bangun tdo..alhamdulillah, msh diberi pinjam nyawa ini..
Tapi..tadi tdo tak tenang..astaghfirullah..agaknya sebab tak buat amalan sebelum tdo betul2..n tdo tanpa dirancang betul2..Tertdo smbil bce buku..ntah apa mimpi macam2..sungguh dirasakan tak tenang..

So pengajaran..
Nak tdo tu, pastikan bersedia dulu..
Bersedia:

--ameklah wudhu'
--baca doa tido
--ayat2 suci (ayatulKursiy, 3 Qul dll)
--niat nak bngn awal
--jangan lupa perbaharui shahadah (mengucap la ya, kita tak tau umur kita smpi bila..maybe diambil masa tdo..wallahua'lam..)

Teringat kat ma..tiap kali after mandi, ma ajar amek wudhu'..automatik da jadi habit..tak rugi kalu sentiasa dalam keadaan wudhu' nih..tiap kali amek wudhu', dosa2 kecil boleh gugur, inshaAllah..Maasha Allah! Sesungguhnya Allah Maha Pengampun..

FADHILAT DAN KELEBIHAN WUDHU' (Tazkirah Jumaat, Masjid Kundasang)

--Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.
--Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.
--Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama --Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.
--Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
--Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara dua waktu solat.
--Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

(Retrieved: 30 Dec 2009,
http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2008/07/18-julai-2008-15-rejab-1429h.html )

Buat renungan bersama..
Semoga sentiasa dilimpahkan ketenangan dalam hati kalian, inshaAllah..

Tuesday, December 29, 2009

FUIYO 2009: What You Give, You Get Back..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Sedikit perkongsian dan rumusan program FUIYO (Fun with IluvIslam's Youths Overseas, 22-25 Dec 2009 di Telford..Daripada apa yg saya faham secara ringkas..

Tema What You Give, You Get Back yang dibawakan cukup menarik. Semua ceramah dan LDK yang disediakan menepati tema. Ceramah yang disampaikan juga mengikut flow yang jelas, buat audience cepat faham apa yg ingin disampaikan. Tahniah buat Ustaz Zaharuddin, 4 ceramah utama yang disampaikan dirasakan satu pakej lengkap yang berjaya menanam satu mesej yang bermakna dalam diri ini. InshaAllah..

Ceramah pertama drp UZAR @ U.Zaharuddin, "Bermula dengan Kasih Sayang", saya rasa cukup mudah formula yang diberikan. Tajuk yang simple, namun makna yang mendalam. Betapa aqidah yg sejahtera yang menimbulkan rasa cinta yang sebenar kepada Khaliq itu menjadi suatu motivasi untuk kita 'memberi' sesuatu.

Ceramah kedua: "Kita Perlu Sesuatu Untuk Memberi"..Jika akarnya adalah aqidah dan kasih sayang, maka yang lain2 adalah 'sesuatu' yg kita perlukan dalam memberi..5 point utama:

--Persediaan Spiritual (aqidah, kasih sayang plus keseronokan beribadah)
--Iman(yaqin)
--Intelektualiti (ilmu)
--Kematangan (hikmah)
--Fizikal (sihat)
--Urus masa

Saya tertarik dengan kata2 ustaz, bahawa Solat itu adalah Antivirus kepada maksiat juga antibodi buat diri. Nas2 motivasi yang dikongsikan oleh ustaz juga sgt2 mengetuk hati ini..Betapa manusia insan yang sering lupa, lemah semangat adakalanya, memerlukan motivasi diri dlm melakukan sesuatu..

Salah satu nya:

"Sesungguhnya Allah, MalaikatNya, penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut-semut di sarangnya, sehingga ikan-ikan di lautan, akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar ilmu kebaikan (agama)." [At-Tirmizi]

MaashaAllah!

Ceramah ketiga; "Cabaran dalam Memberi". Mendengar tajuk, sudah dapat kita agak apa intipati yang akan disampaikan.Tidak dinafikan, jalan dakwah itu sentiasa penuh dgn ujian..Duri2 sepanjang jalan dakwah itulah yang kadang membuatkan hati kita lemah dan mungkin longlai di pertengahan jalan.Betapa kita mungkin terlepas pandang, nafsu yg berada dalam diri kita, paling dekat dgn kita, adalah musuh dan cabaran utama..Kesibukan belajar/kerjaya, juga tidak ketinggalan..Lintasa minda yang memikirkan keburukan atau memikirkan bahawa 'memberi' itu memberi mudharat pada diri, juga bukan suatu yang pelik..Antaranya: merasa diri tidak layak, org yg menerima tdk berterima kasih, penat usaha etc..

Ceramah ke-4 sangat2 membuka mindaku..Tajuk "What You Give You Get Back" yang dipinjam dari tema program sgt2 membuatkan diri ini terfikir..Apakah sebenarnya yang cuba diterapkan dr program on the whole?

--Barakah--
Subhanallah. Barakah itu hanya datang dari Allah. Sesuatu yang kadang kita terlepas pandang, kerana barakah itu suatu yang tidak terzahir secara langsung, maka mata juga mudah tertipu..Sedarilah apabila kita ikhlas 'memberi' atau dalam kata lain mengajarkan sesuatu yang baik, Allah akan balas dengan barakah..Dan barakah itu ada macam2 bentuk..Allah boleh ringankan ke atas kita kebaikan, atau memberatkan maksiat..Atau Allah boleh campakkan perasaan mudah kesal dan taubat dlm diri kita..Allah juga boleh menganugerahkan barakahNya dengan cara menempatkan kita kelompok yg terpelihara!

--Harta--
Dari segi harta, apabila memberi, pengorbanan harta memang diperlukan. Jadi mcm mana dikatakan kita akan dapat harta drp 'memberi' ni? Membuatkan diri terfikir, ya..rezeki itu dari Allah..Cuba kita fikir, apabila tidak berkurangnya harta, harta kita bersih dan digunakan secara optimum utk jalan yg baik, bukankah itu juga suatu anugerah?

--Busyro--
Subhanallah..Allah sendiri yg menyampaikan busyro atau berita gembira buat hamba2 yg terpilih..Hati terjaga, darjat diangkat oleh Khaliq, yang Maha Pencipta..

--Tidak dilupakan, Persekitaran yg baik yg dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan juga antara benda that we will get back..Satu lagi, kesihatan, fizikal dan spiritual..Apabila pergantungan plg tggi dan motivasi plg berkesan itu disandarkan pada Allah, inshaAllah, kita kan rasa lebih kuat..Tiada rasa sedih..

***************************************************************************
Sekadar perkongsian, semoga menjadi motivasi buat pembaca..Kata2 dari hati insan yang masih belajar dan mencari erti hidup..
Salam..


Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

--Video penutup FUIYO 2009, retrieved : 29 Dec 09, http://vimeo.com/8392879)

Monday, December 28, 2009

Jika aku bisa MEMILIH..

Salam..

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak jenguk blog..Rindu..:)
Syukur, dah selamat jalan2 ke Telford, for Winter Gathering (FUIYO 2009). Terisi sedikit hati yang kosong, makin subur dibajai dengan ilmu dan peringatan dariNya, InshaAllah..Semoga hati ini terus2an berkeinginan pada segala yang baik, inshaAllah..Allah yang pegang hati kita, moga2 tidak terjerumus pada keinginan yang kurang baik. Nafsu, musuh yang amat dekat, jauhlah..!

emm..tajuk: jika aku bisa memilih..
mulanya nak kongsi about FUIYO, tapi maybe bukan sekarang..tangguh dulu yang tu..dah lama tak tulis puitis2 nye entry..:)
itu juga suatu pilihan:)

Jika Aku bisa memilih..
Akan ku pilih yang mampu menjadi Imamku
menuntun hatiku kepadaNya..
Akan ku pilih yang mampu membimbingku
menunjukkan aku mana yang benar
membetulkan aku jika ada yang salah..
Akan ku pilih yang mengasihiku keranaNya
bukan kerana pandangan nafsu
namun pandangan hati yang disandarkan pada cintaNya..
Akan ku pilih yang cinta pada jihad di jalanNya
kerana itu tuntutanNya
agar aku juga bisa menemaninya..
Akan kupilih yang mencintaiNya lebih dari dia mencintaiku
kerana ku yakin dari cinta kepadaNya
akan wujud cinta sucinya kepadaku..
Akan kupilih yang sabar hatinya
kerana ku yakin dengan dia bersabar
aku turut merasa tempiasnya tika ujian menimpa..
Akan ku pilih yang mahu seiring berjalan bersamaku
agar ada yang menuntun tanganku
kerana ku sedar jalan dakwah itu amat payah..
Akan ku pilih yang banyak ilmunya
agar ada yang menjadi guruku, rujukanku
kerana ku sedar diri ini masih dahagakan ilmuNya..
Akan ku pilih yang matang fikirannya
agar aku juga menjadi matang dalam menempuh hidup
kerana taqdir kadang menguji kita..
Akan ku pilih insan yang sejuk mata memandang
mengingatkan aku padaNya
apabila dekat dengannya, terasa dekat jua aku padaNya..
Hanya jika aku bisa memilih..

Allah knows the best..
Namun, layakkah aku untuk semua itu?

Robbana hablana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrata a'yun..
Waj'alna lil muttaqeena imaama..Ameen..

--28 Disember 2009--

Sunday, December 20, 2009

My First Snow!


Bismillah..
Salam..

I'm too excited upon knowing that it's snowing here and there! Very excited it's now snowing in Canterbury! Subhanallah! wow wow!Sungguh teruja.. ^^

My first snow in real life: Masa dalam bus, dari Manchester ke London (petang, 17 Dec 09)
My first snow yg saya sentuh dan pegang: London, Victoria Train Station (malam, 17 Dec 09)
My first snow yg sy sentuh kat tempat sendiri: Parham Road, Canterbury (2++ a.m., 18 Dec 09)
My first snow man (snowman yang tak jd, sbb snow belum bnyk.hehe): Canterbury, pagi 18 Dec 09)

Here are the piccas..^^

-The view from my room, 18 Dec 2009, 7++ a.m.-

-The roof of our house, 18 Dec 09-

-Kami..tumpang glamer kat kete jiran.hehe-

-Making snowman, ended up with a small Fuji-like Mountain.hehe-

-Ha.ni khas untuk insan2 tersayang yang tak dapat pegang salji lagi.. How I wished u were here..-

-Second day, salji turun lagi..but bentuk bulat2 kecik2 mcm polisterin plak..19 Dec 09.Ni mase balik dr ASDA, shopping barang rumah..-

-The same day, 19 Dec..Petang tu kami pegi Strode Park for volunteering..See, snow is there.. Suka pokok kat belakang tu, cantik.-

Ok, That's all! ^^

p/s: Esok akan bertolak ke London. Then pegi ke Sheffield for Winter Gathering. Fun With IluvIslam's Youths Overseas (FUIYO), 22-25 Dec. Balik ke Canterbury on 27 Dec. Moga Allah permudahkan semuanya..ameen..

Winter Break: Manchester and Liverpool

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..
May all of you be in good health and good iman, inshaAllah..

Teringat plak zaman2 di kolej Islam..
Apabila K.Wan Zahidah, Presiden HAWA ke depan surau, n greet kami muslimah by asking:

Kaifa ahwaalukunna jamii'an? (apa khbr anda semua?)
Wa kaifa ahwaalu iimaanukunna? (Apa khbr juga iman anda?)
Yazeed au yanqus? (bertambah atau berkurang?)

Apa yang mahu dijawab?
Alhamdulillah..bikhoir..Yazeed, InshaAllah!
Dengan penuh semangat dan harapan,supaya iman yang hanya senipis kulit bawang ini semakin bertambah..

Sedikit kenangan terimbau,sebagai muqoddimah utk kali ini..:)

Alhamdulillah, it's now winter break! Though this one-month break does not mean a real break for me, I'm grateful that I have more chances to go travelling around the UK. The Manchester and Liverpool tour has taught me a lot about many things! I did enjoy the sightseeing s very much, not missing the experience of travelling on our own (7 of us, all girls). Alhamdulillah, we made it, despite some troubles along the way..

Places we marked our footsteps with:

World Museum Liverpool
The Park outside the St. George's Hall, Liverpool
Central Library, Liverpool
Walker Art Gallery, Liverpool

University of Manchester
The Manchester Museum
Manchester Arndale (Macam Alamanda Putrajaya je.hehe)
Old Trafford Manchester (MU)
The Wheel of Manchester
We tried the Snow Slide at Piccadilli Garden, Manchester

Here are some pictures of Manchester and Liverpool tour:


-The Wheel of Manchester-

-Hehe. Ticket/Pass untuk Museum & Tour @ Old Trafford (GBP 8.50 with student ID)-

-Walker Art Gallery, sgt besar.-

-Depan Walker Art Gallery, masuk time dah nk tutup..a quick guided tour-

-Ni kat park, luar St George's Hall..-

-My friends..Old Trafford Manchester..khas buat peminat2 MU. Me, not.sokong je sume, sbb tak tau pasal bola.hehe-

Ok, that's all for now..More pictures on Facebook! :)
Next entry: My First Snow! ^^
Salam..


Monday, December 14, 2009

Virtue of Sabr

Ya Allah..

I need my mum now...All I need is HER..But..I know..You have planned the best for me..Allah, bless me with patience..(T_T)

Ya Allah..Thanks to warm tears..You woke me up this morning, with only one thing in my mind..MUM..How is she doing now? Is she fine? Bless her ya Allah..



O Self, You're a Musleem! Have patience!
T_T

p/s: We'll be leaving today..But takde mood plak..Ya Allah..tenangkan hatiku..ameen..

Sunday, December 13, 2009

Announcement!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat pengunjung blog yang dihargai sekalian..

Doakan saya dan kawan2 ye..
Kami akan ke Manchester esok petang, InshaAllah..

Canterbury-London (by train)
London-Manchester (by bus)
Manchester-Liverpool (by bus)

Doakan semoga perjalanan kami selamat, dan segala urusan dipermudahkan..Semoga Allah pelihara kami sepanjang permusafiran ini..Moga safar ini juga dikira sebagai ibadah keranaNya..ameen..

Terima kasih buat yang mendoakan.Moga Allah balas yang terbaik buat kalian..See u soon, InshaAllah..

Maaf salah silap ye..;)
Assalamualaikum..

Friday, December 11, 2009

<3 Kami bertemu dalam mimpi <3



Bismillah..
Alhamdulillahirobill'aalameen..
Alhamdulillah..Hari Jumaat yang indah bagiku..=)

Syukur, perasaan dah lega sket..kalau semalam nk emo2 marah2 sedih2..hari nih kontra plak, Alhamdulillah!

Pagi nih dapat dengar suara 3 orang yang kusayang...Ayah, ma n kak yan my roomate mase sem 1 di IPBA..Kak Yan dah nk balik Msia, ntah ade peluang ke tak jumpa K.yan d Plymouth..Dengan jadual n plan yang agak penuh sepanjang sebulan winter break nih..InshaAllah, moga2 ade peluang,ameen..

Plan for Winter Break:

-- 12 Dec 2009 : Strode Park, Kent kot.. (My first Voluntary Work)
-- 14-17 Dec 09: Manchester and Liverpool (Jalan2 with housemates)
-- 21-27 Dec 09: Sheffield and Manchester (Winter Gathering, FUIYO)

Itulah perancangan setakat nih..moga2 dipermudahkan Allah..Moga Allah bagi kesihatan yang baik jua pemeliharaanNya..Ameen...

Kami bertemu dalam mimpi....

Alhamdulillah..dapat borak panjang dgn my mum today..Alhamdulillah, ma n ayah sihat2 je..=)
Sekarang, sejak duk jauh beribu2 batu nih..macam jd kebiasaan plak nk share pasal apa yg disembang2 ngn ma kt blog..he..Today dah 11 Dec..Lagi 2 hari, cukuplah 3 bulan merantau kat cni..The longest period ever being away from my family..again, ayah asked about ticket balik Malaysia. Ayah plak yang tak sabar2.hehe..still ingat, before fly, ayah dah siap2 tanya tarikh2 cuti..;) InshaAllah, jumpa nanti ye ayah!

Ma dah tak selsema, alhamdulillah..tp anak dia lmbt sket nk ilang.huhh..
(sedikit excerp perbualan kami..tranlslate kot BM sket..hehe)

Ma, Ema mimpi balik rumah la mlm tadi..jumpa ma n lain2..happy sgt..
Iyeee??? Ma pun mimpi jgk..Ma mimpi Ema balik kg..N kita kumpul2.. (^_^)
Waaa..kita jumpa dlm mimpi ek Ma?
Ha ah..kalu mcm ni mimpi tiap2 mlm pun takpe kan?hehe..
Ha ah la Ma..Ema nok mimpi tiap2 malam la..hhe..
InshaAllah..

(ade suara ayah tetibe menyampuk.ehhe.."Ema, makan rambuatan mehh"..;)

Ayahhhhh...!!!hehe;)

Ma,rindu sgt2... (T_T)
Takpee..tak lama je lagi..tak smpai setahun..;)
Ma, ingat2 Ema bila mkn rambute tuh yeee..he..
Owh! Mestila ingat sokmooo..;)

Alhamdulilah..terubat sket rindu nihh..

Akhir perbualan..

Ma doakan moga Ema dgn kawan2 bahagia sokmo..=)
Ameen, InshaAllah..Tme kasih Ma..

Ya Allah, Ampuni segala dosa2ku, dan juga dosa2 ibubapaku..
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka menjagaku sejak kecil lagi..
Kau sediakanlah SyurgaMu buat mereka..Ameen Ya Allah..

Jom, doakan ibu ayah kita..Moga kita semua tergolong dalam anak2 soleh.Anak soleh itu harta. =)


Wednesday, December 9, 2009

Again, I'm currently in LOVE


I have no God, but Him
He forgives sins
I have no God but Him
He is a light for the heart
O Allah..
I'm a servant of much guilt
Who is defeated by distress
From and in You I seek refuge
O Allah..
Don't deprive me from
Your blessings
Don't leave me sick
You are the Owner of all blessings
And You're the Most Merciful
You are the Most High (Highest)
The Most powerful, the Greatest
O Allah..
You're the All-Hearing, the All-Seeing, the All-Knowing
You're the Most High, the Most Powerful, the Greatest
You forgive the disobedient for You're the Most Patient
You're the Most Kind
O Allah..
You have mercy on humans
You're the Forgiver of the sinners
My hope is to guide me
O Allah..
Have mercy to my weakness!
Many are my sins
So, forgive me
You're the Owner of Majesty!
O Allah..
You're the Mighty, the Most Forgiving, the Most Merciful
O Allah.. The Holy, the Generous and the Source of Peace
O Allah....

p/s: I'm now falling in love with this song!
Maali Rabbun siwah..





Credit to someone for introducing this song to me!
--kire aci yek culik dari Youtube.hehe--

Sunday, December 6, 2009

Mimpi dan terus bermimpi...


* makan2 before fly.. *

Bismillah..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah semua sihat2 and baik2 je kt kampung halaman yg jauh di mata..
Semalam n mlm tadi, mimpi rumah lagi.Huh.memang rindu tahap kritikal, bleh masuk icu.huhu..Semoga mimpi-mimpi yang bermain dalam tidurku memberi kebahagiaan, mengubat kerinduan di hati..dan juga moga rindu yg terpendam smpai ke hati2 org yg dirindui..
ahhh..hari ni hari rindu kot. Dinihari yang sunyi, hati memang mudah terusik..Alhamdulillah..

Takleh tahan bila ma cakap..

"Ema, nape suara lain?"
"selsema la ma.."
"Owh..ema jangkit ngn ma ye.."
"hehe.ye kot..jauhnya bleh jangkit ye maa."
"ye la tu, ma rasa ema jngkit ngn ma la.."


hehe..i miss u mum.

mcm biasa, bila call rumah, kecoh2 ngn suara budak kecik 2 org tuh..ajim n fawwaz..huh.rindu2..

"ema, nk ikan goreng tepung?mehlaa.."

nakal sungguh abg iparku..sje la tu..hehe.

Friday, December 4, 2009

Muhammad Al-Fateh

Bismillah..
Malam nih tetibe rasa nk tgk movie nih..Sultan Muhammad Al-Fateh, the famous person masa the Conquest of Constantinople (Istanbul, Turki). Tapi tak kesampaian, just pasang tp tgk sket2 je, dialogues ye jd background sound smbil2 wat keje..huhu. Hope dapat tgk betul2 next time..inshaAllah..





diculik dari:

http://video.google.co.uk/videoplay?docid=-1790877653830860287#

Thursday, December 3, 2009

Eidul Adha 1430/2009 In Canterbury


Bismillah..
Assalamualaikum to all..
Alhamdulillah..here are some pictures of eidul adha..

10 Dzulhijjah 1430H

::Morning: Eid Prayer at Uni of Kent
::Morning-Noon: Open House (my house)
::2-4p.m: Language Support Class
::Night: Open House (My friend's house)


* on our way to the bus station, to get to Uni of Kent *

* nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, kari ayam, kari telur, cheese cake.yummy! *

11 Dzulhijjah 1430H

::Morning: Touching on assignments
::After Asar: Open House (My friend's house & sisters from London came)


* At Miera's house..Makan soto!best! *

12 Dzulhijjah 1430H

::Morning: Malaysian Gathering at Uni of Kent

* With sisters and brothers at Keynes College, Uni of Kent *

* Sesi taaruf *

p/s 1: I'm grateful to You, Allah for giving such Blessings..
p/s 2: Hope next eids will be more interesting and happening!InshaAllah.

Tuesday, December 1, 2009

Something wrong..



**Allah...From You I seek help..**


**Subhanallah**


Bismillah.

Living a life in a small cubic world does serve me loneliness and sort of unhappiness..Undoubtedly privacy is important yet silence sometimes kills my soul.Telling the truth, I hardly get a full-forced motivation of doing work and assignments in my own sweet room here. All I see everyday are only the four walls, my lappy, the so called study table, chair, laundry basket etc..It is totally different as compared to my life before. I got motivated and forced to do work when seeing my roommates or housemates busy typing and opening some books-yeah, that's the assignment season! But now, I have no roommate. Meeting housemates is only when we have meals together (plus the post-feast conversations) or when we are out for shopping household items.

Waking up with a 'heavy' head almost every morning has become something common that I have to ignore. Am I thinking too much of unnecessary matters? (which I'm not sure what matters they are). Do I take enough sleep? Am I worried too much about the still-in-progress assignments? Am I thinking too much about my LIFE? Am I stressed? Am I in a very critical homesickness?Or maybe too much viewing the monitor/screen, facebooking!*no answer*

One thing that worries me now is myself.I think there's nothing wrong in saying that the weather is getting more terrible day by day that I feel unwell, especially when nights come.The coldness makes me think of staying at home all day long, keeping myself warm and having a heavenly rest, lying on my back in my room (ironically, I still love my room). Now, feeling dizzy and light-headed is not only because of the extra-hot-and-spicy food, but also because of the flu or maybe because of the yellowish lamp which makes me see everything as such an 'eyesore' especially at night..I don't think that I have any extra or subsidiary blood that I always get minor nose bleeding..and I'm not to blame the shampoo I'm using for losing more hair lately..I should thank my tumbler for being loyal to stay beside my bed, though I still get cough.. And about the skin problem that most of my friends and I have since living here, I should thank Garnier Hydralock!It's getting better now..Alhamdulillah.huuhhh..

Am I pressured by the only small and little work I have? Or is it because of the shocking terrible weather which is somehow regarded normal to the locals? Or is it because of the pepsi max?*no more* emmm..Mum said that I should get enough sleep or sleep well, eat enough and healthy, take supplements if needed, and even see the doctor! emm..sorry mum, I think I'm a qualified doctor to myself.hehe.

Huhh..my essays are still in progress.Feel like vomiting, but they are only 1250+2000 words! Wonder how it would be upon finishing a 10thousand words dissertation in the upcoming Year 3 of my studies! Wow! Hoping and praying hard!

*sigh*
Opening Word Document, yeah, should continue putting my thoughts into sensible words!

p/s*Pending Promise: telling about eidul Adha celebration.
p/s:I love blogging.*babbling in my blog*
senang je jari nak taip kalu sesuatu itu datang dari hati..kalu esaimen, tak datang dari hati kot, sebab tu payah nk tulis.hehe..skrg nk lebih mendalami dgn perasaan lah essays nih.yosh! ^^
Credit to Google Image for the pictures!