Salam..
Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak jenguk blog..Rindu..:)
Syukur, dah selamat jalan2 ke Telford, for Winter Gathering (FUIYO 2009). Terisi sedikit hati yang kosong, makin subur dibajai dengan ilmu dan peringatan dariNya, InshaAllah..Semoga hati ini terus2an berkeinginan pada segala yang baik, inshaAllah..Allah yang pegang hati kita, moga2 tidak terjerumus pada keinginan yang kurang baik. Nafsu, musuh yang amat dekat, jauhlah..!
emm..tajuk: jika aku bisa memilih..
mulanya nak kongsi about FUIYO, tapi maybe bukan sekarang..tangguh dulu yang tu..dah lama tak tulis puitis2 nye entry..:)
itu juga suatu pilihan:)
Jika Aku bisa memilih..
Akan ku pilih yang mampu menjadi Imamku
menuntun hatiku kepadaNya..
Akan ku pilih yang mampu membimbingku
menunjukkan aku mana yang benar
membetulkan aku jika ada yang salah..
Akan ku pilih yang mengasihiku keranaNya
bukan kerana pandangan nafsu
namun pandangan hati yang disandarkan pada cintaNya..
Akan ku pilih yang cinta pada jihad di jalanNya
kerana itu tuntutanNya
agar aku juga bisa menemaninya..
Akan kupilih yang mencintaiNya lebih dari dia mencintaiku
kerana ku yakin dari cinta kepadaNya
akan wujud cinta sucinya kepadaku..
Akan kupilih yang sabar hatinya
kerana ku yakin dengan dia bersabar
aku turut merasa tempiasnya tika ujian menimpa..
Akan ku pilih yang mahu seiring berjalan bersamaku
agar ada yang menuntun tanganku
kerana ku sedar jalan dakwah itu amat payah..
Akan ku pilih yang banyak ilmunya
agar ada yang menjadi guruku, rujukanku
kerana ku sedar diri ini masih dahagakan ilmuNya..
Akan ku pilih yang matang fikirannya
agar aku juga menjadi matang dalam menempuh hidup
kerana taqdir kadang menguji kita..
Akan ku pilih insan yang sejuk mata memandang
mengingatkan aku padaNya
apabila dekat dengannya, terasa dekat jua aku padaNya..
Hanya jika aku bisa memilih..
Allah knows the best..
Namun, layakkah aku untuk semua itu?
Robbana hablana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrata a'yun..
Waj'alna lil muttaqeena imaama..Ameen..
--28 Disember 2009--
No comments:
Post a Comment