Tuesday, December 29, 2009

FUIYO 2009: What You Give, You Get Back..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Sedikit perkongsian dan rumusan program FUIYO (Fun with IluvIslam's Youths Overseas, 22-25 Dec 2009 di Telford..Daripada apa yg saya faham secara ringkas..

Tema What You Give, You Get Back yang dibawakan cukup menarik. Semua ceramah dan LDK yang disediakan menepati tema. Ceramah yang disampaikan juga mengikut flow yang jelas, buat audience cepat faham apa yg ingin disampaikan. Tahniah buat Ustaz Zaharuddin, 4 ceramah utama yang disampaikan dirasakan satu pakej lengkap yang berjaya menanam satu mesej yang bermakna dalam diri ini. InshaAllah..

Ceramah pertama drp UZAR @ U.Zaharuddin, "Bermula dengan Kasih Sayang", saya rasa cukup mudah formula yang diberikan. Tajuk yang simple, namun makna yang mendalam. Betapa aqidah yg sejahtera yang menimbulkan rasa cinta yang sebenar kepada Khaliq itu menjadi suatu motivasi untuk kita 'memberi' sesuatu.

Ceramah kedua: "Kita Perlu Sesuatu Untuk Memberi"..Jika akarnya adalah aqidah dan kasih sayang, maka yang lain2 adalah 'sesuatu' yg kita perlukan dalam memberi..5 point utama:

--Persediaan Spiritual (aqidah, kasih sayang plus keseronokan beribadah)
--Iman(yaqin)
--Intelektualiti (ilmu)
--Kematangan (hikmah)
--Fizikal (sihat)
--Urus masa

Saya tertarik dengan kata2 ustaz, bahawa Solat itu adalah Antivirus kepada maksiat juga antibodi buat diri. Nas2 motivasi yang dikongsikan oleh ustaz juga sgt2 mengetuk hati ini..Betapa manusia insan yang sering lupa, lemah semangat adakalanya, memerlukan motivasi diri dlm melakukan sesuatu..

Salah satu nya:

"Sesungguhnya Allah, MalaikatNya, penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut-semut di sarangnya, sehingga ikan-ikan di lautan, akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar ilmu kebaikan (agama)." [At-Tirmizi]

MaashaAllah!

Ceramah ketiga; "Cabaran dalam Memberi". Mendengar tajuk, sudah dapat kita agak apa intipati yang akan disampaikan.Tidak dinafikan, jalan dakwah itu sentiasa penuh dgn ujian..Duri2 sepanjang jalan dakwah itulah yang kadang membuatkan hati kita lemah dan mungkin longlai di pertengahan jalan.Betapa kita mungkin terlepas pandang, nafsu yg berada dalam diri kita, paling dekat dgn kita, adalah musuh dan cabaran utama..Kesibukan belajar/kerjaya, juga tidak ketinggalan..Lintasa minda yang memikirkan keburukan atau memikirkan bahawa 'memberi' itu memberi mudharat pada diri, juga bukan suatu yang pelik..Antaranya: merasa diri tidak layak, org yg menerima tdk berterima kasih, penat usaha etc..

Ceramah ke-4 sangat2 membuka mindaku..Tajuk "What You Give You Get Back" yang dipinjam dari tema program sgt2 membuatkan diri ini terfikir..Apakah sebenarnya yang cuba diterapkan dr program on the whole?

--Barakah--
Subhanallah. Barakah itu hanya datang dari Allah. Sesuatu yang kadang kita terlepas pandang, kerana barakah itu suatu yang tidak terzahir secara langsung, maka mata juga mudah tertipu..Sedarilah apabila kita ikhlas 'memberi' atau dalam kata lain mengajarkan sesuatu yang baik, Allah akan balas dengan barakah..Dan barakah itu ada macam2 bentuk..Allah boleh ringankan ke atas kita kebaikan, atau memberatkan maksiat..Atau Allah boleh campakkan perasaan mudah kesal dan taubat dlm diri kita..Allah juga boleh menganugerahkan barakahNya dengan cara menempatkan kita kelompok yg terpelihara!

--Harta--
Dari segi harta, apabila memberi, pengorbanan harta memang diperlukan. Jadi mcm mana dikatakan kita akan dapat harta drp 'memberi' ni? Membuatkan diri terfikir, ya..rezeki itu dari Allah..Cuba kita fikir, apabila tidak berkurangnya harta, harta kita bersih dan digunakan secara optimum utk jalan yg baik, bukankah itu juga suatu anugerah?

--Busyro--
Subhanallah..Allah sendiri yg menyampaikan busyro atau berita gembira buat hamba2 yg terpilih..Hati terjaga, darjat diangkat oleh Khaliq, yang Maha Pencipta..

--Tidak dilupakan, Persekitaran yg baik yg dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan juga antara benda that we will get back..Satu lagi, kesihatan, fizikal dan spiritual..Apabila pergantungan plg tggi dan motivasi plg berkesan itu disandarkan pada Allah, inshaAllah, kita kan rasa lebih kuat..Tiada rasa sedih..

***************************************************************************
Sekadar perkongsian, semoga menjadi motivasi buat pembaca..Kata2 dari hati insan yang masih belajar dan mencari erti hidup..
Salam..


Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

--Video penutup FUIYO 2009, retrieved : 29 Dec 09, http://vimeo.com/8392879)

3 comments:

faisalzulkifli said...

jangan lokek untuk memberi..

joegrimjow said...

mantap2
perkongsian macam ni ku cari

smoge terus istiqamah dalam memberi

Kembara Syahadah ~NFES~ said...

Salam, el nino.inshaAllah..
Salam juga buat joegrimjow, alhamdulillah, setakat ni je mampu kongsi.he..

inshaAllah.amin..