Thursday, December 31, 2009

Countdown 010110 --mengimbau kenangan 2009--

Bismillah..
Salam 'alayk..

Menghitung saat untuk memberi lambaian selamat tinggal pd 2009..2010 bakal menjelang..
Mengimbau kenangan, pahit manis 2009 sungguh banyak..Sudah genap 5 bulan lebih usia blog ini..macam2 diari hidup terukir di sini..

2009 dalam kenangan..

Awal tahun..bermulanya Semester akhir Foundation di Institut Perguruan Bahasa2 Antarabangsa..

Bulan May, menempuh Final Exam..Alhamdulillah dengan izin Allah, lepas fly..
Bulan May-Jun-July-Ogos plak, sibuk dgn urusan visa, bermacam2 surat dari University dan BPG..Alhamdulillah, segala susah senang ditempuh bersama sahabat2.. Tidak dilupa bantuan ma ayah dan lecturers..

Bulan Jun..19 hb..kehilangan datuk belah keluarga Ma..Sedih sgt..
Bulan Ogos..Menghabiskan saat2 akhir berpuasa bersama keluarga..
Bulan September..13 hb..Terbang ke UK..
Bulan September..4 hari berada di UK, terima berita pemergian nenek sebelah Ma, kembali menemuiNya..Lagi sedih..Hanya Allah yang tahu, betapa lemah untuk kaki berdiri saat tu..

Bulan Sep-Dec..Bermula Term 1, Year 1 di Canterbury Christ Church University..
Masih samar2 dgn apa yang dipelajari..Sedar2 dah habis Term 1..Banyak belajar subjek baru..Persekitaran, dan cara mngajar yang sedikit berbeza berbanding masa Foundation dulu..

Sekarang..Looking forward..Nak start Term 2..Ada satu lagi subjek baru lagi, dan kali ini akan bercampur dengan foreign students yg lain..subjek Learning and the Learners..

***************

Tahun 2009: ade perkara yang diriku cuba buang jauh2..tak mahu ingat lagi..
Ada perkara yang sangat2 driku look forward..Semoga Allah permudahkan..

p/s: Lagu yang menyentuh hati, membawa kembali kenangan:
--Langkah Tercipta, Kembara Ilmu--
Hati ini jatuh cinta..

Ya Allah, moga kehadiran tahun baru ini membuatkan diriku lebih matang..
InshaAllah..

4 comments:

Fakhrul Islami said...

Assalamualaikum...
Selamat Tahun Baru
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Andai Allah mengurniakan ujian, jangan mudah berputus asa, kecewa mahu pun bersedih. Sesungguhnya ujian Allah itu, tanda kasih sayangNya baut hamba-hamba yang disayangiNya...
Semoga berjaya menempuh ranjau perjalanan dalam kehidupan...

h-huda said...

May this new year will bring u more joy and happiness darling;)

Faizatul Ema said...
This comment has been removed by the author.
Faizatul Ema said...

Waalaikumussalam, fakhrul Islami..InshaAllah..Thanks for your words..Selamat Tahun baru juga, Moga Allah berkati..:)

Kak Huda syg..
InshaAllah..amin..
May the same go to you..
Have a blessed new year..
Semoga berbahagia ya.;)