Tersebutlah sebuah kisah..
Setiap manusia mempunyai kisah silam. Ada pahit, ada manis. Ada yang rasa ingin diulang, ada yang sebolehnya diharap tidak berulang. Ada masa kita perlu membuat pilihan. Ada masa kita dengar dan taat. Dan biasanya kita membuat sesuatu keputusan, dengan bersebab..
SETIA dan PERCAYA.
Dua kata keramat yang maksudnya sgt mendalam. Dalam setia dan percaya terselit KEJUJURAN. Namun perasaan apabila kepercayaan diragui itu sangat pedih. Seperti sesuatu yang tidak dihargai, sedangkan percaya itu sangat mahal nilainya, pada pandanganku. Apa lagi yang lebih baik bagi suatu kepercayaan yang disia-siakan dan diragui, selain hapuskan terus kepercayaan yang tidak dihargai itu? Buat baik dibalas baik, macam tu juga percaya. Ianya sesuatu yang 'saling', takkan bermakna jika ianya hanya dari satu pihak..
Menjaga Hati.
Susah, bukan senang. Ada orang yang terlalu JUJUR, namun kadang tanpa sedar KEJUJURAN kadang boleh menyakitkan hati orang lain. Sungguh, ianya kerap berlaku tanpa SEDAR, dan biasanya sesuatu yang SPONTAN. Itu dari skop yang general.
Menjaga hati insan yang kita sayang. Juga susah. Kadang terpaksa menyimpan dalam hati, tidak mampu terluah, atas sebab mahu menjaga hati. Seksa. Tapi itu mungkin lebih baik.
Menjaga hati sendiri.
Ini laaaagi susah. kerana Dia maha membolak-balikkan hati..
Teringat entry yang pernah ditulis di Myspace Blog ku..pasal dinamiknya hati ciptaan Allah ini..
Lelaki dan Perempuan itu berbeza.
Sungguh. Ianya benar. Lelaki sinonim dengan ego, wanita sinonim dengan emo. Setakat mana kebenaran, it depends on individuals. In general (from my point of view), wanita kena faham ego lelaki, lelaki kena faham emo wanita.
Komunikasi berkesan.
Macam tajuk presentation masa belajar theme communication dulu.. Especially dalam interpersonal communication, di mana konflik sangat mudah berlaku. Masihbanyak yang perlu belajar pasal essential skills regarding that matter...
Kita hanya merancang.
Lepas ni kita akan ke sini. After that kita ke sana. Itu hanyalah perancangan makhluk. Yang menentukan sama ada jadi atau tidak, semua urusanNya. Itulah motivasi terbaik bagi insan yang ade iman (having faith in Allah). Tawakkal dan redha, indah.
Doa dan harapan.
Hanya disandarkan padaNya..Dengan ikhtiar selagi mampu..
Ye betul, Usah berhenti berharap. Jangan jemu berdoa.Namun, jangan kita lupa tinggalkan space untuk REDHA...
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...Ameen..
Wassalam..
p/s 1: Buat yang berada di benua Asia.
p/s 2:Entry menarik click here (Saya sudah bertunang)
3 comments:
hmm suka bace entri ini..
lelaki kena pham emo perempuan..dan permpuan kene paham ego lelaki. =D
Fuiyo! :P
lets hope that evrything goes well..iAllah. He knows what is the best for us~
Intan: hehe... :-)
Nadiah: It's very true... Ameen..
Post a Comment