Alhamdulillah
Terima kasih wahai Tuhan
Ingin saja kusujud menyembahMu
Tanda syukur tak terhingga
Ketenangan jiwa
Satu anugerah amat berharga
dariMu Tuhanku Yang Maha Pengasih
Subhanallah
Maha Suci Engkau wahai Tuhan
Tiada sanggup aku menduakan Engkau
Kau Yang Esa, Kau Yang Satu
Maha Kuasa Engkau ya Allah
Tidak terbeli kasihMu Tuhan
Ya Allah...
Indahnya bila namaMu disebut
Zikrullah menyelinap ke dalam jiwa
Mekar subur dalam hati yang hidup
Kekal selamanya
Hingga roh terpisah dari jasadnya...
~Sufee Soleha~
****************************
"Kak Maryam.."
"Ye Sufee.."
"Hmm..berkenaan dengan soalan akak hari tu, Sufee ada pendapat sikit.."
"Haa..cakaplah, akak nak dengar.."
"Macam ni..Bab-bab mimpi ni, adalah termasuk dalam salah satu rahsia Allah. Tak ramai di kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk memahami maksud mimpi yang manusia hadapi..Dan ini termasuklah untuk mengetahui sama ada mimpi yang kita dapat itu petunjuk atau ujian Allah.. Dan dalam hal istikharah pula ada digariskan beberapa panduan untuk mengaharap petunjuk Allah tu.."
"Oh.." Kak Maryam mendengar dengan tekun dan penuh minat.
Sufee menyambung.
"Emm..dan dalam adab melakukan istikharah sendiri, digariskan supaya kita mengosongkan hati kita dari segala bentuk pengaruh. Dalam kata lain, bersolat dengan hati yang tenang, tanpa memikirkan apa-apa keputusan , kerana mengharap petunjuk Allah dalam membuat keputusan tersebut..Dan antara tanda petunjuk Allah adalah, melalui mimpi dan gerak hati kita..Dan kuncinya adalah yakin.."
"Dan apabila kita merasa tenang dengan keputusan yang diambil, yakinlah bahawa itu daripada Allah.."
"Untuk hal berkaitan mimpi pula, mimpi itu hendaklah dari tidur yang dalam keadaan baik. Keadaan suci, keadaan penuh pengharapan dan doa memohon petunjukNya.. Dan apabila bermimpi daripada tidur sebegitu, atas kita lah untuk yakin atau tidak dengan mimpi tersebut.."
Panjang lebar Sufee menutur bicaranya.
"Oh, macam tu..Terima kasih Sufee..Sekarang akak dah makin faham.."
"Emm.takde apa akak. Sufee yang patut berterima kasih dengan akak, sebab bertanyakan soalan tu pada Sufee..Sufee sendiri tak terfikir , bahawa mimpi itu boleh jadi petunjuk, dan boleh juga jadi ujian, kan? Hal yang sangat rumit untuk dirungkaikan.."
"Ahhh..adakah ini suatu petunjuk atau, ujian dari-Mu Tuhan.....??" Dia bermonolog, sekali lagi...
*******************************
3 comments:
cerpen menarik..:)
bersiri plak tu...keep it up..moga
ada redhaNya di situ.
ema, thank u! ada info berguna kat sini..pernah jugak terpk pasal mimpi dan istikharah ni, anyway thanks!! wahhh, dah maju nih..hehe
SaljuSakura: Terima kasih. Masih belajar selok belok penulisan. huhu.. ameen, inshaAllah moga ada manfaat dr penulisan yang tak seberapa ni..
Aida: hehe sama2 kasih aida.. thanks juga, sifu! :-)
Post a Comment