Bismillah.
Salam.
Pengumuman:
Sufi..secara peribadi ia bermaksud sesuatu yang telus dan tulus, hubungan tanpa hijab..suci dan penuh bersih..Itu lah pendapat peribadiku..Sufi, sufiyah, soft..antara perkataan2 yg ku suka..Entah kenapa, sejak dari dulu.. (berangan nk letak nama anak Sofia, tapi abang dh guna letak nama tu utk anak dia..hehe..)
Sungguh, aku bakal merindu Kembara Sufi..namun Kembara Syahadah juga bukan calang2 nama..Syahadah yang membawa maksud yang mungkin lebih meluas dan besar..Syahadah, suatu penyaksian, yang mana setiap insan telah ikat dengan Allah sejak di alam ruh lagi..Maasha Allah. Sedarkah, kita semua pernah berjanji dengan Allah suatu ketika dulu? Bahawa Allah itulah Tuhan kita yang Satu/Tunggal..Ketauhidan yang telah diakui sekian lama..
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (dengan berfirman kepada mereka): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’.
Mereka menjawab: ‘Betul, (Engkaulah Tuhan kami), kami bersaksi’. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan; ‘Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini’”.
[ al-A’raf: 172 ]
Di sebalik Kembara Syahadah..
Dengan harapan dan doa, semoga kembara kehidupan kita di dunia yang hanya sementara ini menjadi kembara yang berlandaskan syahadah yang pernah kita akui seketika dulu..dan pembaharuan syahadah setiap kali solat menjadi peringatan bersama:
“Segala penghormatan yang berkat selawat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”
Dalam sungguh makna syahadah. Penyaksian agung bahawa Allah itulah Sembahan, dan Muhammad itu pesuruhNya..
Penutup Di Sebalik Nama Baru..;-)
Ya Tuhan kami, kami telah beriman maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan Nabi Muhammad SAW).
[ Al Maidah : 83 ]
Selamat Datang ke Kembara Syahadah..
*****************************************
4 comments:
nak kembara wahidah =( haha. name da tka kne tuka layout la ma.
huhu..yg tu nnti kot, weda nye belog~
hah? paling malas bab tu~huuuu
kembara syahadah~
jdik gak..^^
ske2!
smoga KEMBARA SYAHADAH ni mnjadi Penyaksian ke ats KEBENARAN..inshaAllah!^^
salam...wahh..new name...^^
moga perubahan membawa kepada peningkatan...
kembara syahadah...kembara menyebarkan penyaksian keEsaan ALLAH, dimuka bumi..^^
Post a Comment